Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Rabu, 20 Januari 2016

Tennis Elbow


Tennis elbow adalah satu istilah biasa yang disebabkan oleh berlebihan menggunakan otot lengan dan akan membawa kepada kesakitan di bahagian siku.

Latih bisep berlebihan atau hampir semua pergerakan latihan bebanan bahagian atas badan secara langsung memberi risiko berlakunya kecederaan ini.

Biasanya kebanyakan kes melibatkan mereka yang tidak memberi rehat yang cukup pada otot lengan.

Tennis elbow disebabkan kecederaan sama ada secara tiba-tiba pada otot atau tendon di kawasan sekitar luar siku. 

Tennis elbow melibatkan kawasan di mana otot dan tendon lengan berhubung, di bahagian lateral epicondyle di siku. 

Dahulu kebanyakan kes ini melibatkan mereka yang bermain tenis, jadi ia dinamakan tennis elbow. Ia menjadi masalah besar bagi sesetengah pemain tenis.

Nama lain bagi tennis elbow ialah lateral epicondylitis. Satu lagi istilah adalah golfer elbow, keadaan yang melibatkan banyak pemain golf, yang dimana juga dikategorikan sebagai epicondylitis. 

Epicondylitis bukan sahaja boleh didapati daripada sukan tenis, golf dan latihan bebanan, tetapi juga mereka yang kerja di pejabat, menggunakan komputer, menaip atau bermain interaktif games jangka masa yang lama.

Kecederaan ini boleh memberi kesan kepada kedudukan siku yang mana seterusnya mungkin menyebabkan masalah-masalah lain.

Tennis elbow biasanya hanya berlaku pada bahagian siku dominan, namun ada juga kes yang berlaku pada juga pada bahagian siku bukan dominan atau mungkin kedua-dua bahagian.

Simptom 
  • Sakit secara perlahan tetapi meningkat di sekeliling luar siku. Mungkin kurang, tetapi boleh tiba-tiba sakit.`
  • Kesakitan mungkin menjadi teruk apabila tangan bergerak.
  • Kesakitan boleh jadi lebih teruk apabila daya digunakan, seperti latihan bebanan, membuka botol air yang ketat, dan pelbagai lagi.
  • Sakit di siku tidak semestinya disebabkan tennis elbow, tetapi kebanyakan sakit ini didiagnos sebagai tennis elbow.
  • Kebanyakan kes di gim boleh terus didiagnos sebagai epicondylitis jika melihat pada cara senamannya yang melibatkan banyak penggunaan lengan.
Rawatan
  • Jenis rawatan yang ditetapkan bagi tennis elbow bergantung kepada beberapa faktor termasuk umur, jenis ubat lain yang diambil, kesihatan keseluruhan, sejarah perubatan dan tahap kesakitan.
  • Rawatan bertujuaan mengurangkan kesakitan atau radang, menggalakkan penyembuhan, dan mengurangkan tekanan dan penderaan ke atas siku yang cedera.
  • Kesakitan untuk satu tempoh yang lama menandakan keradangan yang serius dan biasanya sukar sembuh begitu sahaja. Air batu boleh digunakan.
  • Sesetengah kes memerlukan pengambilan nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) seperti ibuprofen.
  • Kes yang lebih serius biasanya disuntik steroid jenis cortisone. Selepas kesakitan akibat keradangan hilang, baru terapi tertentu dibuat untuk meregangkan dan menguatkan otot dan tendon sekeliling.
  • Tapi orang kita biasanya, sakit-sakit pergi urut dan akhirnya akan menyebabkan sakit bertambah teruk.
  • Dalam proses meregang dan menguatkan kembali otot dan tendon terlibat, aktiviti fizikal seperti latihan bebanan yang melibatkan penggunaan lengan patut dielakkan dahulu.
  • Anda ingin sembuh dalam masa 2 minggu atau 2 bulan pun belum tentu sembuh? Penggunaanband yang mengikat bahagian siku hanya mampu menghilangkan kesakitan sementara tetapi akhirnya mungkin menyebabkannya menjadi lebih serius.
  • Kebanyakan kes boleh dirawat dengan rawatan perubatan dan terapi tetapi ada kes mungkin memerlukan pembedahan. 
Langkah Pemulihan
  • Rehat 2 minggu lebih baik tetapi ada sesetengah kes dimana atlet masih perlukan latihan atau kes degil, elakkan penggunaan dumbbell ketika melakukan bench press, inclined, declined atau rata. 
  • Dumbbell memerlukan anda untuk stabilkan tangan anda yang biasanya melibatkan tendon di siku. Barbell lebih selamat.
Mengurangkan risiko
  • Kuatkan otot sekeliling dan jangan terlalu tumpu pada pergerakan yang melibatkan lengan seperti sesetengah orang yang hanya latih dada, tangan, dada, tangan, dada, tangan.
  • Latih bahagian lain juga penting dan lakukan dengan seimbangkan. Antara bahagian perlu dikuatkan termasuk otot scapulardan rotator cuff.

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...