Pengenalan
Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences ) telah diasaskan oleh Howard Gardner (1983) seorang profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti. Menurut Gardner kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Manakala mengikut pandangan tradisional pula, kecerdasan seseorang telah ditetapkan semasa ia dilahirkan dan ia hanya meliputi tiga bidang iaitu bidang bahasa, matematik dan visual/spatial.
Justeru, Dr. Howard Gardner yang telah membuat kajian mengenai teori kognitif telah mengemukakan teori kecerdasan pelbagai sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Teori ini menyatakan bahawa manusia mempunyai sekuran-kurangnya lapan kecerdasan(intelligences) dan merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud secara semulajadi.
Gardner
menjelaskan bahawa setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling
bergantung. Seseorang mungkin lemah dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi
cemerlang dalam domain (bidang kecerdasan) yang lain. Menurut beliau lagi,
setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau
kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Sesuatu kecerdasan
boleh dimanifestasikan dalam
pelbagai bentuk dan
cara. Kecerdasan tersebut boleh
dikembangkan menerusi pendidikan, galakan,
pengalaman dan persekitaran.
Oleh itu Teori
Kecerdasan Pelbagai ini
bukan sahaja memperluaskan
keluarga kecerdasan setiap
individu, malah telah menjana
definisi dan konsep kecerdasan yang
relevan dalam pendidikan
hari ini.
Definisi Teori
Kecerdasan Pelbagai
Dalam konteks
Teori Kecerdasan Pelbagai
ini Howard Gardner
telah mendefinisikan kecerdasan
seperti berikut;
“ An intelligences entails the ability to solve
problems or fashion product that are of consequence in a particular cultural
setting. The problem-solving skill allows one approach a situation in which a
goal is to be obtained and to locate the appropriate route to that goal. The
creation of a cultural project is crucial to capturing transmitting knowledge
or expressing one's view or feelings. The problems to be solved range from
creating and end to a story to anticipating a mating move in chess to repairing
a quilt. Products range from scientific theories to musical composition to
successful political campaigns.”
(David G. Lazear, 1991: xi )
David G. Lazear telah mempermudahkan Teori
Pelbagai Kecerdasan dengan meperkenalkannya sebagai “Seven Ways of Knowing”. Beliau juga memperkembangkan teori
itu sebagai “Seven Ways of Teaching” dan
seterusnya sebagai “Seven Pathways of
Learning”.
Thomas Armstrong memberi
tumpuan kepada jenis kecerdasan pelbagai berdasarkan inventori linguistik,
logik-matematik, ruang, kinestetik-badan, muzik, interpersonal. Armstrong juga
kreatif menyesuaikan istilah kecerdasan pelbagai sebagai “Armstrong’s Multiple Intelligences Pizza” iaitu pizza kata, logik,
gambar, badan, muzik, orang dan diri.
Elaine Winter pula
menggunakan asas Teori Kecerdasan Pelbagai dalam konteks gaya atau cara pembelajaran dengan memberikan
tumpuan kepada indera bermain seperti bermain dengan kata, bermain dengan
soalan atau perkaitan, bermain dengan gambar, bermain dengan muzik, bermain
dengan pergerakan, bermain dengan kegiatan sosial, dan bermain sendirian.
Berdasarkan definisi
yang telah dikemukakan
oleh beberapa tokoh maka Linda
Campbell, Bruce Campbell dan
Dee Dickinson dapat merumuskan
bahawa teori kecerdasan
pelbagai ini merujuk
kepada kebolehan menyelesaikan
masalah yang dihadapi dalam kehidupan,
menghasilkan keluaran atau
perkhidmatan yang bernilai
dalam lingkungan sesuatu
budaya dan potensi
mencari atau mencipta
masalah yang membolehkan
individu memperolehi pengetahuan
baru.
JENIS-JENIS KECERDASAN
Jenis
Kecerdasan
|
Penerangan
|
Kecerdasan Muzik
|
Berkebolehan
mengesan dan menikmati irama dan lagu, membuat persembahan atau mencipta
karya seni muzik dan peka kepada pitch,
ritma melodi atau bunyi-bunyi persekitaran.
KERJAYA:
Komposer, penyanyi, penggubah lagu, pemain muzik.
CONTOH: Adnan Abu Hassan, M. Nasir, Yasin, Kitaro, Beethoven, Mozart, P. Ramlee, Siti Nurhaliza, |
Kecerdasan
Logik-Matematik
|
Berupaya
menggunakan angka secara berkesan dan
bijak berhujah, menaakul secara
deduktif atau induktif. Mengenal pasti
serta memanipulasi pola-pola abstrak dan hubungan corak. Memhami
prinsip sebab akibat
serta kebolehan menjangka.
KERJAYA: Ahli
matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan
CONTOH: Carl Friedrich Gauss, Al-Khawarizmi, Isaac Newton |
Kecerdasan
Interpersonal
|
Boleh memahami
orang lain, menyedari tentang objektif, motivasi, tabiat hasrat
dan dapat berkerjasama dengan orang lain secara
berkesan. Berupaya memahami emosi, matlamat, tujuan, kekuatan dan
kelemahan secara kendiri
KERJAYA: Ahli politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan
CONTOH: Donald Trump, David Letterman, Aznil Hj. Nawawi |
Kecerdasan
Naturalis
|
Peka dan berkebolehan tentang pola, corak persekitaran dan alam semula
jadi ( flora dan fauna ), serta mampu menyerap, menjelas dan
mengingati ciri-ciri alam semula jadi secara terperinci. Ia juga bekebolehan
untuk mengenali artifak
budaya dari segi
pakaian dan makanan.
KERJAYA:
Petani, Ahli botani, Ahli biologi, Perancang Bandar ,Geologist
CONTOH: Louis Agassiz, David Starr Jordan, Edward D. Cope, Charles Darwin |
Kecerdasan Kinestetik
|
Berkemampuan
mengguna seluruh anggota badan untuk melahirkan idea, meluahkan perasaan
dan menyelesaikan masalah, termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, keanjalan dan
menggunakan tangan untuk menggubah sesuatu.
KERJAYA: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari,
pelakon, tentera, polis.
CONTOH: Nicole David, Michael Jordan, David Beckham, Shazlin Zulkifli, Muhammad Ali, Shah Rukh Khan, Jackie Chan |
Kecerdasan
Visual- Ruang
|
Boleh mengesan
dan menggambar bentuk, ruang, warna dan garisan termasuklah mencipta imej
grafik bagi menjelaskan dan memanipulasikan sesuatu yang digubah secara
mental.
KERJAYA: Pelukis, pengukir, arkitek.
CONTOH: Hijjaz Kasturi. Minoru Yamasaki, Alexander Thomson Alexander, Pablo Picasso, Leonardo Da Vinci |
Kecerdasan
Verbal-Linguistik
|
Kebolehan
menggunakan kata-kata secara berkesan
dalam lisan dan penulisan termasuklah
keblehan mengingat maklumat, meyakini orang
lain, serta bercakap tentang
bahasa itu sendiri.
KERJAYA:
Sasterawan: Penulis, Penyajak, Penceramah.
CONTOH: Faisal Tehrani, A. Samad Said, William Shakespeare, Rene Blanco, Sir Arthur Conan Doyle |
Kecerdasan
Intrapersonal
|
Boleh memahami
perasaan, matlamat, kekuatan dan kelemahan kendiri. Dapat membantu
individu menangani perasaan,
beradap sopan serta mengawal
kemarahan atau kesedihan
diri.
KERJAYA: Pengarang, Penyajak, Ahli falsafah, Ahli
Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli Psikologi
CONTOH: H.M Tuah Iskandar, Dr. Fadzilah Kamsah, Albert Ellis, Willaim Glasser, Howard Gardner, Jean Piaget |
Definisi Guru
Penyayang
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, terbitan DBP pada tahun 2005 penyayang membawa maksud orang yang kasih akan yang lain, pencinta, bersifat belas kasihan. Oleh itu berlandaskan pengertian ini, guru penyayang dapatlah didefinisikan sebagai guru yang mempunyai sifat yang pengasih dan amat menyayangi serta memahami murid-muridnya.
Tugas seorang guru bukan terhad kepada menyampaikan ilmu sahaja malah ia turut menggalas pelbagai peranan seperti peranan sebagai pendidik, pengajar , pembimbing, mentor, fasilitator malah juga sebagai guru penyayang. Justeru, sebagai guru penyayang selaras dengan kehendak teori kecerdasan pelbagai perlulah mempunyai ciri-ciri seperti bersikap ikhlas dan mempunyai empati yang tinggi, memahami kehendak dan keperluan murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, sentiasa memberi peluang dan ruang kepada murid, bertanggungjawab dan perihatin serta mampu menangani masalah murid samada dari segi pengurusan tingkah laku mahu pun masalah pengajaran dan pengajaran.

Mengapa Teori
Kecerdasan Pelbagai perlu
diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran
Terdapat beberapa faktor
yang menyebabkan Teori Kecerdasan
Pelbagai perlu diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran:
- Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid
- Menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan.
- Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas
- Meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan
- Meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran
- Mempelbagaikan cara penilaian
- Mewujudkan suasana kolaboraif di sekolah
Implikasi Teori
Kecerdasan Pelbagai kepada
guru penyayang
(a) Menggunakan domain kecerdasan pelbagai murid dalam membantu pembelajaran mereka secara berkesan.

Seorang guru sering diharap
dapat menjadi seorang pengajar, konselor, jurulatih, dan apa sahaja yang
diharapkan oleh masyarakat pada masa kini. Namun guru juga akan dipersalahkan
seandainya tidak dapat mengajar murid mengikut sukatan yang telah ditetapkan, walhal
setiap murid adalah berbeza tahap penerimaan pembelajaran mereka walaupun
diajar atau dibimbing oleh guru yang sama. Adalah mustahil seorang guru yang
prihatin dan menyayangi muridnya tidak mahu melihat kejayaan setiap anak didik
mereka. Guru dengan bebanan tugas yang berat dan imbuhan yang tidak setimpal
masih tetap seorang guru yang akan mengambil berat setiap kebajikan muridnya.
“Menurut Howard Gardner (1995),
guru-guru yang menggunakan kecerdasan pelbagai murid dalam menjayakan pengajaran
dan pembelajaran akan lebih berjaya berbanding dengan guru tradisional yang
lebih menekankan kepada dua kecerdasan utama iaitu logic matematik dan verbal
lingustik semata-mata”
“Keith Golay di dalam bukunya
‘Learning Patterns and Temperament Styles’ menyebut bahawa perangai atau tabiat
seseorang adalah perkara perkara permulaan yang akan berubah apabila diberi
jalan berfikir, menyedari kekurangan, emosi dan menunjukkan tingkahlaku
seseorang akan membentuk cara belajar sendiri yang akan merangkumi beberapa
jenis kecerdasan”
“Memetik daripada kata-kata Golay,
Debra Bell di dalam bukunya The Ultimate Guide to Homeschooling memberi
cadangan bagaimana guru boleh mengambil kesempatan daripada domain kecerdasan
murid untuk sesi pembelajaran mereka disamping meningkatkan kecerdasan yang
lemah pada diri seseorang pelajar”
Sebagai seorang guru penyayang,
sudah pasti dia ingin melihat anak muridnya dapat menerima pembelajaran dengan
baik. Teori kecerdasan pelbagai yang dipelopor oleh Howard Garner dapat memberi
kesan yang dikehendaki oleh guru seandainya guru mengambil kira domain
kecerdasan yang ada pada anak murid mereka. Guru yang menggunakan teori ini
akan mendapati di dalam sesebuah kelas wujud murid dengan pelbagai kehendak dan
kecerdasan. Kebolehan guru mengenalpasti kecerdasan yang paling domain dengan
murid-muridnya akan dapat membantu proses pembelajaran untuk lebih berkesan.
Teori ini akan memudahkan guru untuk mencari bahan rangsangan yang sesuai dalam
setiap sesi pembelajaran murid.
Berdasarkan teori kecerdasan
pelbagai, murid-murid akan diajar berdasarkan apa yang diminati bukan apa yang
dikehendaki oleh guru semata-mata. Jika sebelum ini murid yang mempunyai
kecerdasan muzik dan kinestatik menjadi murid yang sering didenda oleh guru,
kerana dianggap tidak serius dalam belajar serta menjadi gangguan di dalam
kelas. Namun dengan menggunakan kecerdasan domain murid ini, guru akan dapat menukarnya kepada
impak yang positif dengan memasukkan unsure-unsur muzik dan kinestatik di dalam
setiap sesi pembelajaran murid. Ini akan turut membantu murid yang lemah di
dalam domain ini untuk meningkatkan kecerdasan muzik dan kinestatik mereka.
Guru juga akan dapat menarik
minat murid untuk belajar matapelajaran yang mungkin kurang diminati contoh mata pelajaran yang menggunakan
kecerdasan logik matematik dan verbal linguastik. Kecerdasan matematik dan
verbal linguastik yang lebih akademik ini akan lebih menarik setelah guru
memasukkan unsur-unsur visual ruang, muzik dan kinestatik. Implikasinya, guru
akan dapat meningkatkan prestasi dan minat murid di samping mengembangkan
kecerdasan domain murid yang lain.
Guru penyayang juga akan dapat
melahirkan pelajar yang mampu memotivasikan diri dan orang lain, memahami
perasaan orang lain serta bekerjasama di dalam kumpulan sebaya. Dengan
menggunakan kecerdasan interpersonal dan intrapersonal, seseorang guru dapat
membantu murid untuk menjadi proaktif dan bertanggungjawab di dalam apa sahaja
yang mereka lakukan. Implikasinya guru akan mudah untuk mengajar murid-murid
ini serta dapat meningkatkan kemahiran belajar dan kemahiran bersosial mereka.
Disamping tujuh kecerdasan
yang biasa dibincangkan, Howard turut memasukkan kecerdasan naturalis yang mana
kecerdasan ini melibatkan kebolehan murid memahami alam dan budaya sekitar.
Guru yang memahami teori ini akan dapat menerangkan tentang budaya kepada murid
lain dengan menggunakan kecerdasan naturalis murid. Bagi murid yang lemah
mereka boleh dirangsang dengan memasukkan eleman domain kecerdasan yang mereka
ada. Implikasinya guru tidak terlalu terikat dengan sukatan pelajaran tetapi
turut membuat penghubungkaitan dalam membantu pembelajaran murid.
Penggunaaan kecerdasan
pelbagai ini tidak hanya merujuk kepada pelajar, guru-guru juga sebenarnya
mempunyai domain kecerdasan mereka sendiri. Guru yang menyedari domain
kecerdasan mereka akan dapat menggunakannya bagi melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran yang lebih menarik. Contohnya, guru yang ada kecerdasan muzik
boleh memainkan alat muzik atau menyanyi
sewaktu mengajar matematik atau matapelajaran lain. Kecerdasan guru ini
akan turut menarik perhatian murid serta menjadikan pembelajaran mereka lebih
menyeronokkan. Implikasinya sudah tentu murid akan dapat belajar dengan lebih
baik dan santai.
Penggunaan domain kecerdasan
ini turut memberi implikasi yang negative seandainya guru gagal mengenalpasti
domain kecerdasan sebenar murid.
Terdapat murid yang tidak mengenali atau malu menunjukkan kebolehan
mereka, murid ini lebih suka mengikut
rakan-rakan sebaya tanpa guru dapat mengembangkan potensi serta bakat mereka.
Murid-murid begini akan terus ketinggalan dan besar kemungkinan tidak berjaya
pada masa hadapan. Oleh itu dalam mempraktikkan teori ini guru-guru perlu
mempunyai perancangan dan strategi yang pelbagai supaya apa juga objektif yang
ingin dicapai memberi manafaat kepada murid.
Kekangan masa turut memberi kesan kepada guru penyayang dalam
mengekplotasikan kecerdasan murid dan akan terikat dengan cara tradisional yang
lebih mementingkan kejayaan di dalam peperiksaan tanpa mengambil kira potensi
individu yang boleh dikembangkan.
(b) Meningkatkan profesionalisme seorang
guru penyayang
Tak kenal, maka tak cinta. Begitulah juga dengan seorang guru penyayang. Perasaan penyayang akan lahir apabila guru tersebut mengenali profesionnya. Profesion perguruan merupakan kerjaya yang professional yang berteraskan ilmu dan mampu memperlihatkan kemajuan, kecekapan dan kepakaran yang tinggi. Oleh itu, ilmu dan pengaplikasian Teori Kecerdasan Pelbagai akan turut mengundang impak yang sangat baik kepada seorang guru yang penyayang. Guru penyayang akan menyayangi dan menghargai profesionnya, muridnya, rakan sejawatnya dan lain-lain. Hal ini akan mendorong guru tersebut untuk mengenal pasti kecerdasan muridnya yang pelbagai dan seterusnya mengeksploitasikan kecerdasan tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran serta dalam kehidupannya. Secara tidak langsung guru tersebut dapat memberikan perkhidmatan perguruan yang bertambah baik dan bermutu tinggi serta berkesan. Hal inilah yang menyumbang kepada meningkatnya profesionalisme guru tersebut.
Guru penyayang yang sayang akan profesionnya akan terpanggil untuk sama-sama meningkatkan kualiti latihan guru yang bukan hanya sekadar menyebarkan pengetahuan dan maklumat tetapi turut memupuk semangat baru terhadap pengajaran. Suntikan semangat baru ini akan lebih hidup dengan mengenali kekuatan guru dan murid dalam kecerdasan pelbagai. Dengan mengenali kekuatan yang ada tentu sekali seorang guru penyayang mampu merancang pembelajaran dan pengajaran yang menarik dan seterusnya mampu menjana kecemerlangan dalam profesion perguruan.
Selain itu juga, mengenali Teori Kecerdasan Pelbagai, inovasi dan penyelidikan baru dalam pembelajaran dan pengajaran juga akan meningkat. Guru penyayang tentu sekali akan mengambil peluang ini untuk membuat penyelidikan baru bagi meningkatkan profesionalisme mereka. Berpandukan teori yang diketengahkan, seorang guru penyayang akan menggunakan kaedah-kaedah pengajaran yang pelbagai dan bahan-bahan bantu mengajar yang menarik dan berkesan. Dengan kesedaran yang ada dan ilmu yang ada, guru ini mampu meneroka keunikan-keunikan yang dimiliki oleh dirinya sendiri dan juga keunikan yang ada pada murid-muridnya. Dinamika perubahan dan cabaran yang ditemui dalam dunia pendidikan hari ini akan diterima sebagai satu peluang bagi cetusan idea-idea baru yang lebih menarik dan bermakna. Hasilnya tentu sekali akan meningkatkan profesion guru penyayang itu sendiri.
Guru penyayang yang mempunyai kecenderungan intrapersonal ini juga mampu membuat keputusan dan menetapkan matlamat. Dalam profesionnya, guru ini mampu membuat keputusan dalam aspek perancangan Rancangan Pelajaran Harian, penetapan objektif, pemilihan kaedah atau teknik pengajaran dan aspek-aspek lain yang memerlukan keputusan dibuat terutama dalam menghadapi kekangan yang ada. Guru yang menyedari kecenderungan yang sama pada muridnya akan menyediakan aktiviti seperti pemberian projek individu berbentuk arahan kendiri, memberi murid belajar pada kadar kendiri dan juga melibatkan murid dalam penulisan jurnal dan refleksi. Mengenali kecenderungan yang ada pada murid, secara tidak langsung akan mengurangkan bebanan seorang guru penyayang dalam melaksanakan tugasnya. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan guru ini mencapai objektif yang ditetapkan.

(c) Implikasi Teori Kecerdasan Pelbagai
Dari Segi Emosi
‘Guru Penyayang, Murid Sayang’. Slogan ini membawa pengertian bahawa seorang guru yang bersifat penyayang, akan disayangi oleh murid-muridnya. Menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2002, penyayang bermaksud orang yang kasih akan yang lain, pengasih, pencinta dan memiliki sifat belas kasihan. Oleh itu guru penyayang dapat dikaitkan dengan sifat guru yang pengasih, pencinta dan memiliki perasaan belas kasihan. Bagi murid dan guru yang saling menyayangi dalam konteks pendidikan, akan wujud pertalian emosi atau perasaan sesama mereka. Dalam situasi seperti ini, melalui pengaplikasian teori kecerdasan pelbagai hubungan guru dengan murid dan rakan sejawat akan lebih mesra dan bermakna. Kemesraan yang wujud hasil daripada pertalian emosi ini akan mewujudkan situasi yang kondusif dan memudahkan proses pemindahan ilmu sesama mereka.
Dalam aspek emosi, Teori Kecerdasan Pelbagai dapat membantu seorang guru penyayang memahami pengaruh terhadap kecerdasan muridnya. Guru yang cenderung ke arah kecerdasan interpersonal misalnya, akan peka terhadap perasaan dan angin(mood) orang lain termasuk murid-murid dan rakan sejawatnya. Pemahaman ini secara langsung akan menjadikan interaksi guru tersebut dengan orang di sekelilingnya lebih berkesan. Sekiranya rakan sejawat atau murid-murid sedang menghadapi konflik, guru yang penyayang ini akan berempati atau mampu menyelami perasaan mereka. Hal ini secara tidak langsung akan mempengaruhi cara atau pendekatan yang digunakan semasa berlakunya interaksi sesama mereka.
Selain itu juga, melalui Teori Kecerdasan Pelbagai, guru penyayang yang cenderung dalam aspek intrapersonal akan peka kepada perasaan dan angin(mood) dirinya sendiri. Guru begini sedar akan kekuatan dan kelemahan sendiri dan akan dapat mengawal emosinya sendiri dengan lebih baik. Guru boleh menggunakan kawalan emosinya untuk mengembangkan potensi dirinya sendiri dan juga murid-muridnya sepanjang beliau mengendali pengajaran dan pembelajaran. Permasalahan yang mungkin timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas akan dapat ditangani secara professional kerana guru ini mampu mengawal emosinya sendiri dan dapat mengelakkan tindakan-tindakan melulu yang boleh mendatangkan kesan negatif.
Menyedari kepelbagaian kecerdasan menerusi Teori Kecerdasan Pelbagai, membolehkan guru menggunakan pengaruh emosi dalam mengembangkan minat murid dan menyalurkannya ke arah perkembangan diri yang lebih bermakna. Guru juga mampu menggunanakan pelbagai teknik pembujukan melalui pendekatan-pendekatan dalam penyampaian ilmu kepada murid-muridnya. Kesedaran tentang teori ini juga membolehkan guru penyayang ini menggabungjalin pelbagai jenis kecerdasan dalam sesi pengajarannya. Hasilnya, proses pengajaran dan pembelajaran akan ‘hidup’. Emosi murid akan turut terbentuk bagi penerimaan mesej yang dikehendaki. Guru seperti ini mampu mengeksploitasi emosi murid-muridnya dan memberi kesan yang intrinsik yang lebih berkekalan kepada murid-murid tersebut.

(d) Implikasi Teori Kecerdasan Pelbagai
Dari Segi Sosial
Seorang guru penyayang pastinya tidak akan dilupai oleh anak murid mereka. Oleh itu lahirlah pelbagai bentuk sanjungan dan penghargaan daripada anak didik kepada guru mereka ataupun bekas guru mereka. Anak didik mereka sedar bertapa mulianya jasa guru mereka, tanpa guru siapalah mereka. Dengan adanya guru mereka dapat mengenal bertapa luasnya pengetahuan yang dapat ditimba hasil titik peluh dan usaha daripada guru mereka.

interpersonal merupakan salah satu faktor seorang guru itu menjadi seorang guru
penyayang. Kecerdasan
interpersonal ialah hubungan antara
individu dengan individu yang lain ataupun antara individu dengan sesuatu
kelompok individu. Seseorang guru yang
memahami keperluan atau keinginan individu lain akan menyebabkan ia menjadi
seorang guru yang penyayang. Kecerdasan
dalam diri murid-murid mestilah dikenal
pasti dari awal dan diberi peluang untuk berkembang serta dapat dimanfaati oleh
masyarakat, negara dan dunia. Jika guru yang mengajar murid-murid tersebut
tidak mempunyai sifat penyayang sudah tentu kecerdasan murid-murid ini tidak
dapat berkembang dan besar kemungkinan akan terbantut dan akhirnya menjadi
masalah kepada masyarakat jika mereka ini keluar daripada bangku sekolah.
Bagaimanakah
kecerdasan interpersonal ini menyebabkan guru menjadi seorang penyayang? Guru
yang memahami kecerdasan interpersonal sama ada dalam dirinya mahu pun diri
murid-murid mereka, sudah tentu akan dapat memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Tidak semua orang sanggup melayani kerenah
murid-murid yang datang dari pelbagai
latar belakang, sosio-ekonomi dan budaya. Hanya guru yang mempunyai niat
ikhlas, sabar dan berilmu dapat ‘bertahan lama’ dalam bidang perguruan.
Sehubungan dengan itu kesan kecerdasan interpersonal, menyebabkan seseorang guru itu ’tahan’ melayan kerenah anak-anak murid mereka. Tanpa kecerdasan interpersonal yang tinggi sudah tentu sesorang guru itu tidak akan menjadi seorang guru yang penyayang. Ini membuktikan bahawa kecerdasan interpersoanal menyebabkan seseorang guru itu menjadi seorang pendidik yang penyayang kepada anak murid yang diajar sama ada dalam bilik darjah atau sebaliknya.
Kecerdasan intrapersonal juga akan menyebabkan seseorang guru itu menjadi seorang penyayang. Ini kerana sebagai seorang guru, mereka akan merenung diri mereka sendiri dan menilai kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Jika seorang guru itu dapat menilai diri sendiri sudah tentu mereka akan dapat menilai diri murid-murid mereka.
Sebagai seorang guru, sudah tentu mereka akan menghadapi pelbagai ragam murid-murid. Setiap murid ada kelemahan dan kekuatan masing-masing, semuanya ini perlu diurus dengan baik oleh guru tersebut. Sebagai seorang guru penyayang, mereka akan mengenalpasti apakah kecerdasan yang paling menonjol dalam diri murid-murid mereka.
Murid yang cenderung kepada intrapersonal, mereka akan lebih suka bersendirian dan membuat kerja atau aktiviti tanpa gangguan orang lain. Oleh itu guru mestilah faham akan tabiat murid yang sedemikian agar dapat memberikan aktiviti yang berkaitan dengan kecerdasan murid ini. Jika guru dapat memahami murid ini dan memberi kerja-kerja atau aktiviti yang sesuai dengan murid ini maka boleh kita anggap bahawa kesan daripada kecerdasan intrapersoanal menyebabkan guru itu menjadi seorang yang penyayang.
Guru ataupun pendidik adalah golongan yang dipikulkan amanah untuk mendidik murid-muri atau pelajar agar menjadi insan yang baik, bermanfaat serta tahu berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Justeru, guru yang penyayang sangat diperlukan bagi melahirkan insan yang seimbang dari semua segi. Ini terbit kesan dariapada kecerdasan intrapersoanal yang difahami oleh guru tersebut.
Dalam usaha untuk menjadi guru penyayang, mereka harus bertanggungjawab terhadap diri dan kerjaya. Mereka juga perlu menyesuaikan diri dengan perubahan semasa bagi memastikan dinamisme profesion itu berterusan. Untuk itu, kaum guru perlu bijak berkomunikasi, mempunyai sahsiah dan akhlak yang boleh diteladani oleh para pelajar serta sentiasa bersikap profesional terhadap kerjayanya.
Guru-guru juga perlu mengawal keadaan fizikal dan emosi supaya proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) tidak menjadi bercelaru dan lebih kepada guru penyayang. Memahami persekitaran yang berubah-ubah merupakan satu keperluan yang akhirnya akan menentukan nasib sektor perguruan negara.
Bagi menghadapi persaingan baru untuk mencapai kecemerlangan, guru perlu bersedia mengalami perubahan sikap terhadap pendidikan yang berasaskan teknologi tinggi bagi membantu mereka merealisasikan wawasan negara. Ini perlu kerana profesion perguruan sentiasa berkembang, justeru guru perlu bertugas mengikut keperluan dan perkembangan semasa.

(e) Meningkatkan
pengajaran guru penyayang
Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang amat penting. Di sini peranan seorang guru amat diperlukan. Oleh yang demikian guru perlulah kreatif untuk menghasilkan Rancangan Pelajaran Harian yang menarik. Bagi seorang guru penyayang dia perlulah memikirkan bagaimana Teori Kecerdasan Pelbagai boleh diaplikasikan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Malahan guru penyayang juga perlu memikirkan cara yang dapat memaksimumkan potensi persekitaran terutama sekali keadaan di dalam bilik darjah. Akhir sekali guru boleh menggunakan cara yang berbeza untuk mengendalikan penilaian dengan cara yang dicadangkan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai. Secara tidak langsung guru penyayang akan lebih bersedia dan berkeyakinan untuk menjana idea baru serta membina aktiviti pembelajaran yang merangkumi Teori Kecerdasan Pelbagai.
Perkara asas sebelum guru memulakan proses pengajaran dan pembelajaran ialah memastikan keadaan fizikal bilik darjah yang ceria dan bersih. Malahan guru boleh mengubahsuai keadaan fizikal yang terdapat dalam bilik darjah tersebut bagi menyesuaikan persekitaran dengan kecerdasan pelbagai murid. Di sini peranan yang dimainkan oleh guru penyayang yang mana boleh memberi fokus kepada beberapa perkara iaitu stesen kecerdasan, perhiasan bilik darjah, lawatan luar dan sumber bilik darjah. Guru perlu menggunakan sumber yang telah disediakan serta tidak melibatkan perbelanjaan yang tinggi.
Melalui stesen kecerdasan ini, guru perlu bijak mewujudkan beberapa sudut. Di mana setiap sudut yang terdapat di dalam bilik darjah di mana setiap stesen mestilah mempunyai unsur kecerdasan seperti mengadakan flora dan fauna untuk stesen Naturalis. Malahan boleh juga diwujudkan sudut mengikut tema atau kecerdasan secara bergilir-gilir untuk mengatasi kekangan ruang berlaku. Sebagai contoh, guru penyayang perlu mewujudkan stesen tumpuan intrapersonal. Pastikan juga sudut ini berada jauh daripada gangguan serta murid-murid boleh dibekalkan dengan plag-telinga supaya suasana menjadi sunyi dan membolehkan murid-murid membaca, menulis diari, berfikir dan berefleksi sendiri. Di sini guru penyayang perlu memastikan setiap sudut yang disediakan itu dapat memberi manafaat dan digunakan oleh murid-murid dengan sepenuhnya.
Di samping itu juga, seorang guru perlu menitikberatkan perhiasan bilik darjah. Di mana seorang guru itu perlu mempelbagaikan bahan bantu mengajar untuk dipamerkan di dalam bilik darjah. Sekali gus dapat menceriakan keadaan bilik darjah serta dapat menarik minat murid-murid untuk melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu juga seorang guru perlu menghias bilik darjah dengan maklumat yang boleh dihargai oleh setiap kecerdasan. Contohnya seorang murid yang cenderung kepada Verbal-Linguistik. Guru penyayang boleh menarik minat murid tersebut dengan menyediakan poster beberapa orang penulis terkenal. Selain itu juga, murid yang cenderung kepada Logik matematik bolehlah digantungkan model bentuk atau formula di sekeliling bilik darjah. Boleh juga melekatkan contoh wang syiling dan kertas serta nama negeri atau negara dan nilainya.
Guru tidak semestinya mengadakan sesi pengajaran di dalam bilik darjah sahaja. Guru tersebut boleh membawa murid-murid keluar dari bilik darjah adalah satu perkara yang amat memberangsangkan. Di mana dengan melihat suasana luar bilik darjah, murid-murid dapat memerhati dan memahami bagaimana setiap individu mempunyai dan menggunakan kecerdasan pelbagai sendiri. Malahan peranan ini turut dimainkan oleh ibu bapa. Sebagai contohnya, guru boleh membawa muridnya ke nurseri untuk mengenal pasti jenis tumbuhan serta murid boleh menemubual pekerja di nurseri tersebut untuk mendapatkan maklumat tentang proses yang terlibat dalam penjagaan tumbuhan.
Banyak sumber boleh digabungjalinkan dengan kecerdasan pelbagai murid untuk meningkatkan minat murid untuk belajar. Sebagai contohnya penggabungjalinan antara visual ruang, kinestetik dan intrapersonel. Peranan guru penyayang amat diperlukan di sini. Di mana guru penyayang tersebut perlu menggunakan kecerdasan pelbagai untuk menarik minat murid untuk mengikuti sesi pengajaran pada hari tersebut. Selain daripada itu juga, guru boleh memilih satu atau dua kecerdasan dan digunakan dalam pengajaran secara tidak langsung.
Akhir sekali adalah proses penilaian, di mana cara penilaian yang dilalui oleh murid selalunya lebih tertumpu kepada dua kecerdasan utama iaitu Verbal Linguistik dan Logik Matematik. Penilaian biasanya mengukur kebolehan murid terhadap pengajaran yang telah dijalankan. Oleh yang demikian, guru penyayang memainkan peranan yang amat penting.

Kesimpulan
Sebagai guru penyayang
intergrasi kecerdasan pelbagai
banyak memberi implikasi
baik dalam mewujudkan
situasi pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.
Kecerdasan yang pelbagai
dapat dimanipulasikan secara
optimum dalam merealisasikan hasrat
kerajaan untuk melahirkan
generasi yang lebih
seimbang dan tidak
hanya mementingkan
pencapaian akademik semata-mata.
Hakikatnya murid yang dapat dikembangkan domain kecerdasannya akan menjadi manusia yang lebih berjaya berbanding murid-murid yang hanya bergantung kepada keupayaan intelek semata-mata. Guru adalah insan yang diharapkan mampu mengembangkan potensi individu tanpa bersiakap prejudis terhadap anak didik mereka.

Bibliografi
- Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kamus Dewan , Dewan Bahasa Dan Pustaka, Edisi keempat , 2005
- Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, Guru Sebagai Pendorong Dalam Bilik Darjah, PTS , 2003
- Ee Ah Meng, Psikologi Perkembangan Aplikasi Dalam Bilik Darjah, Edisi Ke-2, Penerbit Fajar Bakti
- Abdul Rahman Abd Rashid, Siri Pengajian Dan Pendidikan Utusan Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah, Utusan Pulicatioans & Distributors Sdn Bhd, 1999
- Ee Ah Meng, Murid Dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2, Penerbit Fajar Bakti
- Mok Soon Sang, Ilmu Pendidikan Untuk KPLI 1 , Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Subang Jaya.
- Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, KPM, 2001
- Salhah Abdullah , Ainon Mohd, Guru sebagai Mentor, PTS, 2005
- Salhah Abdullah, Guru Sebagai Fasilitator, Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd, 2005