PENGENALAN.
Pernahkah
anda terfikir! Siapakah orang yang pertama mencipta atau menghasilkan
tali? Tidak siapa yang dapat memberi
jawapan yang tepat.
Kewujudan tali telah dikesan di Mesir kira-kira 5000
tahun yang lalu. Tali yang ditemui
diperbuat daripada rami yang halus, dahan, rumput, bulu unta dan akar-akar
pokok.
Pada tahun 1840 di Great Britain tali telah dihasilkan
daripada dawai. Kini tali telah
dihasilkan daripada bahan campuran (sintatik) atau nilon.
Kegunaan tali dalam kehidupan seharian memang tidak dapat
dinafikan. Tali digunkana untuk
mengikat, menambat, memancing dan dalam apa jua kegiatan tertentu baik di dalam
atau di luar rumah. Untuk tujuan
tersebujt tali telah dibentuk menjadi simpulan dan ikatan.
Menurut kajian yang telah dijalankan terdapat kira-kira
3000 jenis simpulan dan ikatan yang dihasilkan menggunakan tali.
Bagi pengakap pula,
mereka dianggap sebagai seorang ahli yang cekap apabila dapat menguasai
segala kemahiran yang dipelajari.
Termasuklah mengetahui jenis-jenis tali, kekuatan tali dan menyimpan
tali. Setiap ahli pengakap juga perlu
tahu membuat simpulan dan ikatan serta mengetahui kegunaan
Menurut BP simpulan dan ikatan amat perlu untuk setiap
ahli pengakap dan semestinyalah mereka dapat membuatnya. Walaupun nampak mudah, tetapi sebenarnya
terdapat cara yang betul untuk membuatnya.
Simpulan dan ikatan yang betul, apabila ditegangkan tidak akan terlucut
dan apabila hendak dibuka mudah dirombak.
Oleh itu ahli pengakap patut tahu cara yang betul
kerana adakalanya nyawa seseorang itu bergantung kepada simpulan dan ikatan
yang dihasilkan. Contoh dalam
kerja-kerja menyelamat.
JENIS-JENIS TALI
Biasanya terdapat 2 jenis serat digunakan untuk
menghasilkan tali.
- Serat asli
- Serat tiruan
Serat asli biasanya terdiri daripada,
Sabut - serat pokok kelapa
Sisal - serat tumbuhan yang
banyak terdapatdi Afrika timur, Amerika Latin , Indonesia dan Haiti .
Abaka - serat ini seakan-akan
pokok pisang. Banyak terdapat di
Philipina, Kalimanatan,
Sumatera dan Amerika Latin.
kapas - serat
yang sepenuhnya dikasilkan dari kapas.
Serat Tiruan
Serat jenis ini dihasilkan daripada campuran bahan
asli dan kimia seperti minyak, arang batu, line dan beberapa bahan lain. Kini di pasaran banyak terdapat tali
daripada serat tiruan. Biasanya serta
ini diwarnakan dulu sebelum dijual.
Beberapa serat yang terdapat di pasaran di
antaranya;
Nama Kimia
|
Nama Dagangan
|
PA (Poliamida)
|
Nilon, Nilon DuPont, Nilon Toray
|
PE (Polietilena)
|
Imperial Poliolifena
|
Nama Kimia
|
Nama Dagangan
|
PES (Poliester)
|
Dakron, Terilena, Teroron, Kanebo, Poliester
|
PVA (Polivinil alcohol)
|
|
PVC (Polivinil klorida)
|
Teviron, Niplon
|
PVD
(Polivinilidena klorida)
|
Saran, Furlon
|
Perkara-perkara lain yang perlu diambil kira perihal
tali ialah;
- Pembentukan tali
- Kekuatan tali
- Cara-cara menjaga tali, dan
- Mempelajari cara-cara membuat simpulan dan ikatan
Di antara beberapa jenis simpulan dan ikatan yang
dimuatkan dalam Skim Lencana Pengakap baik Kanak-Kanak, Muda dan Remaja adala
seperti berikut;
BUKU SILA (reef knot)
Kegunaan adalah:
- menyambung 2 utas tali yang sama besar
- mengikat bungkusan
- mematikan ikatan pada anduh
- mengikat layar kapal dan khemah
Simpulan ini mudah dibuka dengan menarik salah satau
hujung talinya.
BUNGA
GETI / KETI
(sheet-bend)
Kegunaan untuk menyembung 2 utas tali yang tidak
sama besar atau berlainan jenis.
SIMPUL
SENTAK (slip
knot)
Kegunaan untuk diikat pada dahan atau tiang. Untuk mengetatkan tali atau menguji
kekuatannya tali berkenaan perlu disentak (ditarik dengan kuat).
TINDIK KASIH (bowline)
Kegunaan untuk;
- membuat tanjul yang tidak boleh mencerut
- tambat haiwan
- tujuan menyelamat dengan mencerut tali pada pinggang mangsa atau pemyelamat
SIMPUL MANUK (clove hitch)
Kegunaan ;
- mengikat pada kayu balak
- mengikat pada tiang atau pancang
- berfungsi sebagai permulaan dan penamat atau mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting dan ikatan lantai
LILIT DUA
SIMPUL / SIMPUL
BELIT (round
turn two half hitches)
Kegunaan:
- untuk mengikat tali ke tiang atau pokok (tali kapal)
- ikat tali hujung khemah
LILIT
PEMATI BIASA
(common-whipping)
Kegunaan:
- elak tali dari terurai
SIMPUL
HIMPIT (fisherman’s
knot)
Kegunaan:
- untuk menyambung 2 utas tali yang halus, licin dan sama besar seperti tali pancing
- digunakan juga oleh nelayan mengikat pukat dan jala
SIMPUL PULIH (sheep shank)
Kegunaan:
- memendekkan tali tanpa memotong
- menguatkan tali pada bahagian yang reput atau hampir putus
- menegangkan tali yang kendur setelah diikat
BUNGA GETI
/ KETI GANDA (double
sheet-bend)
Kegunaan:
- sambung 2 utas tali yang tidak sama besar
- simpulan 2 lilit adalah menjamin kekuatannya dan selamat digunakan
LILT BALAK (timber hitch)
Kegunaan:
- mengikat kayu balak, tiang kapal dan bongkah besar untuk ditarik
- permulaan kepada ikatan serong
LILIT
`TAUT LINE `
(taut line hitch)
Kegunaan:
- dikenali juga sebagai simpul tali khemah kerana digunakan untuk mengikat tali khemah ke pancang
- boleh dikendurkan atau dipanjang mengikut kesesuaian
IKATAN
SERAYA (square
lashing)
Kegunaan:
- mengikat kayu, buluh atau tiang bagi membuat menara, jambatangajet dan lain-lain
- mula dengan simpul manuk dan diikat kemas, dimatikan dengan simpul manuk juga.
IKATAN SERONG (diagonal lashing)
Kegunaan:
- mengikat 2 tiang atau palang yang bersilang bagi membuat menara, gajet, jambatan dan sebagainya.
TINDIH
KASIH GANDA
(double bowline)
Kegunaan:
- sama seperti simpulan tindih kasih.Walau bagaimanapun simpulan ini lebih tegap kerana 2 lembar tali.
SIMPUL KERUSI (fireman’s chair knot)
Kegunaan:
- tujuan menyelamat seseorang, untuk menurunkan orang dari tempat tinggi dengan mengikat tali pada bahagian ketiak / lutut.
BELIT LUCUT (highwayman’s hitch)
Kegunaan:
- tujuan untuk menambat kapal atau binatang. Mudah diurai dengan menarik satu bahagian tali akan terbuka.
LILIT PASDUL (marline-spike hitch)
Kegunaan:
- dikenali juga dengan nama simpul sangga tangga kerana sering digunakan membuat tangga. Kedua-dua belah anak tangga diikat dengan simpulan ini.
LILIT
PEMATI SELIT (sail-maker whipping)
Kegunaan:
- untuk mematikan hujung tali supaya kemas dan tidak berjerumai (terurus). Setiap lilitan yang dibuat disertakan dengan sentakkan yang kuat dan ketat agar lilitan kemas supaya jangan terbuka.
KATAN
SILANG GUNTING (sheer lashing)
Kegunaan:
- mengikat kayu atau buluh yang selari untuk membuat jambatan, menara ataupun gajet.
- Mula dengan simpulan manuk dan ikat kayu dengan kemas dan matikan ikatan pada bahagian tengah agar bersilang seperti gunting.
SIMPUL
KEPALA LALAT (crown knot)
Kegunaan:
- supaya bahagian hujung tali tidak terurai.
SAMBAT BALIK
(back splice)
Kegunaan:
- fungsi sama seperti simpul kepada lalat untuk mematikan bahagian hujung tali supaya kemas tidak terurai.
SIMPUL
ABAH-ABAH (man harness knot)
Kegunaan:
- sesuai untuk membuat mata tangga dengan membentuk tanjul ditengah- tengah tali.
- Untuk menarik bagi tujuan menyelamat
SIMPUL NGAH
(middleman knot)
Kegunaan:
- simpul ini sesuai digunakan ketika hendak mendaki atau memanjat bukit. Tanjul yang dibuat boleh diubah-ubah.
TINDIH
KASIH AIR (water bowline)
Kegunaan:
- simpulan sama dengan tindih kasih, Cuma ditambah dengan satu belit lagi bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat di air.
Dan banyak lagi simpulan dan ikatan yang boleh
dipelajari dengan sendiri yang boleh mendatangkan keseronokan dan kecekapan aktiviti kemahiran simpulan dan ikatan. Di antaranya:
- simpul serban (turk’s head)
- lilit tong ( brrrel hitch)
- lilit kacang / ular ( floor / snake lashing)
- ikatan pengail ( fisherman’s bend / hitch)
- ikatan silang tungku (tripod lashing)
- sambat mata / sepit ketam (eye splice)
- simpul tapak kucing (catspaw)
- simpul raga (carrik bend)
- simpul buaian (scaffold hitch)
- genggam monyet (monkey fist)
- sambat pendek ( shot splice)
- ikatan jepun (Japanese lashing)
- ikatan filipina (Filipino lashing)
- takal tali (rope tackle / harvester’s hitch)
- simpul belian (dimond knot)