Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Isnin, 21 Oktober 2013

Ikhtiar Hidup : Siri 1


Pengenalan
Pakar-pakar Pendidikan Luar (Ford,1981; Hammerman et.al.1985; Knapp dalam Keith Mc Rae, 1990 ) mendefinisikan Pendidikan Luar sebagai pendidikan yang menggunakan sumber luar bilik darjah dalam proses pengajaran kurikulum untuk memenuhi objektif pendidikan.

Alam luar digunakan untuk memperkembangkan pengetahuan, kemahiran dan sikap individu dengan tujuan meningkatkan kefahaman alam luar, pertalian ekologikal dan penghargaan tanggungjawab manusia terhadap kualiti alam sekitar dan memupuk penggunaan masa lapang dengan bijak melalui penglibatan dalam kegiatan-kegiatan rekreasi alam luar.

Objektif
  1. Untuk menggunakan alam sekitar sebagai perantaraan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.
  2. Untuk meningkatkan sensitiviti dan penghargaan terhadap alam semula jadi supaya pelajar memahami kesan-kesan dan berusaha untuk memelihara alam sekitar.
  3. Untuk membangunkan watak pelajar melalui pelbagai aktiviti berasaskan darat dan air.
  4. Untuk meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran dengan tujuan menyediakan pelajar untuk menghadapi kesulitan dan cabaran-cabaran masa hadapan.
  5. Untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui kelemahan dan kelebihan diri melalui aktiviti pendidikan luar.
  6. Untuk memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri dalam perancangan dan pengelolaan Program Pendidikan Luar dan seterusnya mengaplikasikannya di sekolah apabila tamat pengajian mereka. Untuk memberi peluang kepada pelajar berinteraksi,bekerjasama dan mengeratkan hubungan melalui pengalaman hidup bersama.
  7. Untuk mendedahkan tentang aktiviti riadah yang berfaedah.
Istilah Inggeris- survival  iaitu the will to live,to outlive, state of continuing to live.
Maka dalam pengertian bahasa Melayu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Di dalam konteks kegiatan luar, ikhtiar hidup ialah usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus hidup ketika menghadapi ancaman.

Situasi Ikhtiar Hidup

  1. Kehabisan bekalan makanan dan minuman.
  2. Ancaman binatang.
  3. Masalah perlindungan.
lain-lain
Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui perancangan dan persiapan dengan teliti dan menyeluruh sama ada dari segi mental (pengetahuan), fizikal kecergasan,stamina), teknikal (kemahiran) dan material (peralatan,pakaian dan bekalan).

Punca situasi ikhtiar hidup
Punca utama ialah kelalaian manusia itu sendiri sama ada di peringkat Perancangan,persiapan atau pun di peringkat perlaksanaan aktiviti. Kurang pengetahuan dan kemahiran adalah kelemahan yang sepatutnya tidak berlaku jika ingin melakukan aktiviti luar.

Kepentingan ilmu ikhtiar hidup
Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup merupakan perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin menceburkan diri dalam kegiatan luar. Pengetahau dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup penting kerana kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko.

Prinsip-Prinsip 
  • Keselamatan
Keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa. Ini dapat dilakukan dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan. Sebagai contoh, elakkan memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau tidak.walaupun anda berasa sangat lapar. Masalah ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika soal keselamatan tidak diambil kira.

  • Usaha
Dalam stuasi ikhtiar hidup,pelbagai usaha hendaklah dilakukan  dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah satu sikap yang tidak akan membantu. Jika suatu usaha itu gagal, maka usaha yang lain hendaklah dilakukan asalkan tidak menjejaskan keselamatan. Lebih banyak usaha yang dilakukan maka lebih cerahlah peluang sesorang itu mengatasi situasi ikhtiar hidup yang sedang dihadapinya.

  • Kawalan diri 
Dalam situasi ikhtiar hidup, kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa kawalan diri,perasaanpanik,hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak terburu-buru. Keadaan ini sudah pasti akan merumitkan lagi masalah yang dihadapi.

  • Kerjasama 
Jika dalam kumpulan, kejasama yang erat dan berterusan amatlah penting supaya kumpulan itu dapat mengatasi sesuatu masalah atau kesulitan. Jika ahli kumpulan tidak sepakat, keadaan akan bertambah rumit.

Peralatan
  1. Sebagai salah satu persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinansituasi ikhtiar hidup.
  2. Alat tersebut perlu dibawa setiap kali anda mengadakan kegiatan luar sama ada di darat atau di air.
  3. Alat-alat tersebut hendaklah dibungkus dalam satu bungkusan yangkhusus serta kalis air.
  4. Dibungkus kecil supaya tidak menggunakan banyak tempat di dalam beg anda.
Peralatan paling asas dalam keadaan ikhtiar hidup:
  • Pisau/parang - tujuan memotong, mempertahankan diri, am. 
  • Mata pancing - menangkap ikan sebagai sumber makanan (protein).
  • Tali pancing - menangkap ikan dan kerja mengikat.
  • Mancis/pemetik api - masak, haba, cahaya. 
  • Garam - gantikan mineral badan yang hilang.
Kaedah Ikhtiar Hidup

Perlindungan
  • Membuat Tempat Berteduh

  1. Ketika berada di dalam hutan atau semasa menjalankan aktiviti perkhemahan, perkara paling penting yang perlu dititikberatkan ialah membina atau membuat tempat untuk berteduh sebagai satu perlindungan. 
  2. Jika kawasan perkemahan ialah di kawasan bukit-bukau atau kawasan pergunungan, kawasan seperti gua dan anjuran batu juga boleh dijadikan sebagai kawasan berteduh.
  3. Namun, anda juga boleh mendirikan tempat perlindungan sendiri, pondok sementara atau bivovac.
Bahan semulajadi mendirikan tempat berteduh
  • Apabila anda ingin mendirikan tempat berteduh menggunakan bahan-bahan semulajadi yang terdapat di kawasan sekitar tapak perkhemahan, bahan-bahan di bawah boleh digunakan.
Daun Kering

Ranting 

Dahan
                          
Cara Membuat Tempat Berteduh

Cara 1


  1. Sandar sebatang kayu yang panjangnya lebih kurang 2.5 meter pada satu cabang pokok.
  2. Tinggi cabang pokok ialah lebih kurang 2.1 meter dari kawasan tanah.
  3. Kayu tersebut digunakan sebagai bumbung kemudian sandarkan beberapa kerat kayu lain pada bumbung.
  4. Letakkan daun-daun kayu untuk dibuat atap.


Cara 2




  1. Pacak dua batang kayu sebagai tiang.
  2. Kemudian, ikat sebatang kayu lagi sebagai bumbung.
  3. Kayu-kayu kecil disusun dan diikat .
  4. Susun rumput, daun kayu dan sebagainya di atas kayu-kayu tadi yang akan digunakan sebagai atap.
Cara 3



  1. Sandar batang kayu yang dibuat atap pada bonjolan tanah.
  2. Jika anda membawa pembalut tebal untuk membalut peralatan, pembalut ini boleh digunakan untuk menggantikan khemah.
Cara 4




  1. Pondok seperti ini dibina daripada beberapa batang kayu sebagai tiang.
  2. Pondok seperti ini boleh didirikan jika anda ingin bermalam selama beberapa hari bersama-sama penghuni yang lebih ramai.
  3. Dinding pondok ini boleh menggunakan daun kayu, batang kayu dan kulit kayu.
  4. Atapnya boleh dibuat daripada daun kayu.
  5. Saiz pondok ini bergantung kepada bilangan penghuni yang akan menginapnya.

Membuat Alas Tidur
  1. Alas tidur turut diperlukan untuk mengelakkan anda kesejukan ketika berlindung.
  2. Jerami, lalang dan rumput yang ditenun boleh dibuat sebagai alas tidur.
Mendirikan Khemah
  1. Khemah Jenis Dome
  2. tiang untuk menyokong khemah dibuka dan dimasukkan ke dalam laluan hingga dapat dihubungkan dua penjuru sebanyak dua batang.
  3. kedua-dua batang tiang laluan ke atas (bentuk dome) diikat.
  4. tiang ketiga disambungkan merentasi bahagian atap dan dimasukkan mengikut susunan penyambungannya (sesetengah khemah tertentu).
  5. pancang besi ditanam di penjuru bahagian lantai.
  6. kain penutup kedua (flysheet) dipasangkan untuk menutup khemah.
  7. ikatan, pancang dan ikatan tiang khemah atap dipastikan kemas dan kuat.
Persediaan awal untuk mendirikan khemah

Pemilihan tempat adalah sesuatu yang amat penting kerana ia menjadi faktor utama keselesaan semasa berteduh. Kawasan yang sangat sesuai untuk berkhemah ialah kawasan yang berada di kawasan yang agak tinggi. Jangan berkhemah di tempat yang mempunyai tanda-tanda pertumbuhan rumput. Kawasan yang bertanah lembap pula tidak sesuai untuk berkhemah. Selain itu juga, kawasan tapak perkhemahan haruslah diperiksa terlebih dahulu supaya bebas daripada serangga-serangga yang boleh mengganggu semasa berkhemah.Sumber air adalah yang paling penting sekali, di antara sumber-sumbernya ialah sungai, anak sungai, matair, tasik, perigi dan sebagainya. Pendek kata, elakkan sama sekali tempat-tempat yang tiada sumber air semula jadi.

Jenis - jenis Khemah
Khemah terdiri daripada pelbagai jenis dan bentuk.

Ridge tent




  1. Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung.
  2. Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat
Dome tent




  1. Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan fleksibel.
  2. Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya
Frame tent




  1. Khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga.
  2. Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian.
Bell tent




  1. Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah.
  2. Khemah jenis ini sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis “DOME”
Membuat Perangkap Binatang
Apabila berada di dalam kawasan hutan, anda juga dikehendaki untuk membuat beberapa perangkap binatang sama ada untuk kegunaan sumber makanan mahupun tujuan kelamatan.
Antara 


contoh perangkap binatang yang boleh digunakan adalah sebagaimana gambarajah di bawah:







 


Unggun Api
  • Memilihb Tempat Unggun Api

Memilih tempat unggun api yang sesuai adalah penting bagi tujuan keselamatan.Elakkan membuat unggun api berdekatan pokok, semak-samun dan benda lain yang mudah terbakar.Tanah yang lapang adalah tempat yang baik untuk unggun api.

  • Jenis Kayu Api

Sumber kayu api yang biasa digunakan adalah seperti sabut kelapa, pelepah pokok kelapa, batang kayu buruk atau reput dan sebagainya. Jika terdapat keperluan untuk mendapatkan nyalaan api yang lebih marak atau menyala lebih lama, batang atau tongkol kayu yang lebih besar digunakan, dengan syarat ia betul-betul telah kering.

  • Kayu api kering

Mungkin ramai orang yang sudah tahu, sebenarnya kayu api juga boleh diperolehi daripada dahan atau batang pokok yang masih hidup. Maksudnya adalah pokok kayu yang masih hidup ditebang dan bahagian-bahagiannya yang masih belum mati atau kering, digunakan terus sebagai kayu api. Sumber ini saya panggil sebagai jenis kayu api basah.




Kayu api basah


Cara Menghidupkan Api


  1. Sediakan :tali boleh berupa akar/kulit kayu(d) ,ranting kayu (b), kayu yang telah diikat dengan tali(d) menyerupai panah (c),kayu yang keras/padat (a), papan kayu (e) yang ditebuk dan serat-serat kering yang mudah terbakar.
  2. Lilitkan tali pada panah ke tongkat kemudian gerakkan hingga tongkat berputar dengan cepat.Bara api berupa arang akan terhasil daripada gesekan tongkat dengan papan kayu .
  3. kumpulkan bara api yang dihasilkan dari langkah ke-2 ,sediakan alas berupa daun/tulang kering untuk mempermudah pengambilan bara api ,alas ini juga mencegah bara api jatuh ke tanah yang lembab .
  4. masukkan bara api tersebut ke dalam serat-serat kayu yang kering / daun yang kering atau bahan lain yang mudah terbakar.
  5.  Tutup bara api tadi di dalam serat-serat yang mudah terbakar kemudian tiup perlahan Lakukan dengan berhati-hati agar bara api tidak mati .Tiup sampai api menyala .
  6. Kumpulkan serat kayu yang kering / rabuk ,kemudian bakar.
  7. Tambahkan ranting-ranting kayu yang lebih kecil .
  8. Setelah api mula membesar ,gunakan kayu yang lebih besar untuk menghasilkan unggun api. 
  9. Pastikan ruang antara kayu tidak terlalu rapat untuk memudahkan aliran oksigen .

Ketika mengalami keadaan yang basah terutamanya semasa musim hujan, bekalan kayu kering adalah terhad.Untuk mengatasi masalah ini, kayu yang tumbang boleh dimanfaatkan.Asah kulit kayu sehingga inti kayu yang kering diperoleh.Potong kayu menjadi bahagian-bahagian yang kecil untuk memudahkan pembakaran.Lakukan secara perlahan tanpa berputus asa.


Membuat api dengan cara ini memerlukan kayu yang kering ,tali rotan dan sekam kering /boleh menggunakan sarang burung . Caranya gesekkan rotan secara terus menerus dengan cepat pada kayu ,hingga menghasilkan bara api dari gesekan tersebut.Tampung bara api tersebut di sekam ,kemudian tiup bara tersebut hingga membesar .Tambahkan kayu-kayu bakar hingga menjadi unggun api . Jangan putus asa menggunakan cara ini kerana memerlukan waktu yang lama.

membuat api dengan cara ini memerlukan 2 jenis kayu yang lebar dan empuk dan kayu berbentuk tongkat (stik) kemudian sekam kering /boleh menggunakan sarang burung,kayu kering,sabut kelapa dan bahan lain yang mudah terbakar .Caranya buat alur di atas penampan kayu yang empuk,namun jangan terlalu dalam agar ketika tongkat yang keras digesek pada kayu yang empuk tidak terbelah menjadi 2 bahagian . Setelah alur dibuat gesekkan tongkat kayu sepanjang alur secara berterusan sehingga menghasilkan bara api di hujung alur penampan kayu yang empuk kemudian tiup bara tersebut sehingga bara api tersebut menjadi besar .Tambahkan kayu-kayu api hingga menjadi unggun api.

Gesekkan batu pada permukaan papan kayu secara berterusan sehingga menghasilkan percikan api/bara Masukkan bara api tersebut ke dalam serat-serat kayu yang kering /daun-daun yang kering atau bahan lain yang mudah terbakar kemudian tutup dengan menggunakan serat-serat tersebut.Tiup dengan perlahan .Lakukan dengan hati-hati agar bara api tidak mati .Tiup sehingga api menyala.


Kita juga boleh menyalakan api dengan menghantukkan dua biji batu di atas bahan yang mudah terbakar sehingga menimbulkan percikan api.

Peraturan Menyalakan Api
  1. Unggun api boleh menyebabkan pencemaran udara jika dibakar secara berlebihan.Terdapat juga musim bahaya kebakaran yang boleh menyebabkan api merebak dengan cepat.Oleh itu kita mesti mematuhi peraturan semasa menyalakan api.
  2. Api perlu dinyalakan di tanah lapang sekitar lingkungan 4 meter dari tempat api dinyalakan.Pastikan tiada dahan atau ranting pokok yang tergantung di atas api dan atas tanah sekitar api tersebut untuk memastikan ruang yang bersih.Jauhkan daripada bahan-bahan yang mudah terbakar.
  3. Gali parit atau lubang sebagai tempat pendiangan.Langkah ini perlu dibuat semasa musim bahaya kebakaran.Parit perlu digali sedalam 30 sentimeter dengan keluasan kurang daripada 1 meter.
  4. Jangan gunakan cecair yang mudah terbakar seperti petrol dan kerosene untuk menyalakan api .Ini boleh menyebabkan kecederaan dan kebakaran yang tidak dijangka.
  5. Jangan sesekali meninggalkan unggun api yang masih menyala tanpa pengawasan.Sediakan air sebagai langkah berjaga-jaga.
  6. Pastikan api terpadam sepenuhnya sebelum meninggalkan api tersebut.

Cara memadamkan api
  1. Seboleh-bolehnya biarkan kayu api terbakar sehingga menjadi debu.
  2. Tuangkan air yang banyak ke atas api.Pastikan semua bara api terpadam.Tuang sehingga bunyi desisan berhenti.
  3. Kacau kayu dan bara api.
  4. Gesek ranting dan batang kayu untuk menghilangkan semua bara.
  5. Kacau dan pastikan semua bahan tersebut basah dan sejuk ketika disentuh
Memasak

Nasi juga boleh disediakan dengan menggunakan buah kelapa muda. Potong bahagian atas buah kelapa dengan cermat. Bahagian atas ini akan digunakan sebagai penutup. Jangan buangkan air kelapa muda ini. Sukatan air dan beras seharusnya lebih kurang sama banyak seperti memasak dengan menggunakan buluh. Selepas beras dibasuh masukkan beras ke dalam kelapa muda. Kemudian letakkan diatas nyalaan api sehingga nasi masak. Adunan ini sungguh enak kerana mempunyai rasa lemak dan manis buah kelapa.



Nasi juga boleh dimasak dengan menggunakan scarf ataupun kain.Untuk memasak nasi, basuh dan randamkan beras selama lebih kurang dua jam. Selepas itu, isikan beras ke dalam kain yang bersih dan diikat dengan kemas. Kemudian, sediakan lubang dan masukkan bahan yang dimasak.

Dalam perkhemahan buluh sangat penting untuk membuat gajet dan sebagainya. Buluh juga sesuai digunakan untuk memasak nasi. Cara-cara untuk memasak nasi dalam buluh iaitu dengan memotong seruas buluh yang nipis dan besar saiznya. Buluh yang dipilih juga seharusnya tidak retak. Basuh bahagian dalam buluh sehingga bersih. Isipadu keseluruhan buluh tersebut hendaklah disukat contohnya isipadu satu cupak air

MemasakTelur
Cara-cara memasak telur dengan ubi
Kita juga boleh memasak telur dengan menggunakan ubi kentang ataupun ubi keledek. Potong ubi kentang ataupun ubi keledek dengan cermat kepada dua bahagian. Kemudian buangkan isi ubi seberapa yang boleh. Selepas itu masukkan telur yang telah diadunkan ke dalam isi kentang. Kemudian tutup bahagian ubi kentang yang telah dipotong. Kita juga boleh menggunakan bilah kayu atau buluh untuk mengemaskannya. Letakkan ubi kentang atau ubi keledek di atas api sehingga telur masak. Ia mengambil masa 30 minit untuk masak.


Cara-cara memasak telur dengan lumpur

Liputi telur dengan lumpur setebal 1 inci.Elakkan lumpur daripada terlalu nipis kerana telur akan pecah disebabkan haba.Pastikan lumpur tersebut melekit.Kemudian bakar di atas unggun api.Telur sedia bila lumpur sudah mula merekah. 



Memasak ikan dan burung

Daun yang lebar seperti daun pisang dan daun kunyit boleh juga digunakan untuk memasak, terutamanya ikan . Memasak ikan dengan menggunakan daun kunyit lebih sedap dan wangi baunya. Basuh dan bersihkan ikan yang hendak dimasak. Kemudian bungkus dengan daun.

Sepitkan bungkusan daun dicelah kayu atau buluh pemanggang. Bungkusan itu diletakkan di atas panas bara api sehingga masak. Ia mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk masak.

Manakala burung pula, bungkuskan dalam tanah liat tanpa membuang bulunya, masukkan ke dalam bara api. Apabila telah masak, bulu ayam atau burung itu akan tertanggal dari kulitnya dan melekat pada tanah liat.panggang dengan menggunakan penyepit khas atau dibuat sendiri.
Satu lagi cara ialah dengan membersihkan perutnya dahulu, kemudian masukkan seketul batu yang sudah dipanaskan semuat-muat perut itu dan memanggangnya di atas api.


Memasak daging atau ayam



Daging boleh dimasak dengan mencucukkannya pada kayu yang tajam kemudian memanggang dekat dengan api. Caranya ialah, potong daging sebesar 2-3 cm dan cucuk daging itu dengan buluh atau kayu yang tajam. dan panggang ia sampai masak di atas bara. Hiriskan daging nipis-nipis, kemudian dapatkan seketul batu yang licin batu hampar. Bakar batu sehingga menjadi panas. Kemudian letakkan daging pada batu tersebut.


Kita juga boleh memasak dengan menggunakan kepingan aluminium. Kepingan aluminium ini boleh memasak bahan makanan seperti ikan, telur dan daging. Basuh bahan makanan yang hendak dimasak dan adunkan rempah dengan secukupnya. Kemudian bungkusan itu dimasukkan ke dalam nyalaan api. Lebih kurang 20 hingga 30 minit, keluarkan bungkusan itu daripada api dan buka bungkusannya. Makanan tersebut telah masak

Membakar ubi kentang atau ubi kayu

Basuh dan keringkan ubi kentang/ubi kayu. Sediakan sekeping asbestos, kemudian korek satu lubang, letakkan ubi kentang itu di dalam lubang. Tutup lubang itu dengan asbestos dan kemudian nyalakan api. Biarkan selama 40 minit. Cucukkan ubi kentang dengan sebatang kayu yang tajam supaya wapnya boleh keluar.



Membuat dan membakar roti
Roti jenis ini digunakan semasa perang dunia dan masih dibakar dan dimakan pada zaman ini oleh pendaki gunung dan survivalis yang memerlukan sumber makanan yang  tahan lama 

Bahan-bahan : tepung,garam dan air.

Cara membuat:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 400 darjah selsius.
  2. Campurkan  4 cawan tepung dan 4 sudu teh garam ke dalam mangkuk
  3. Masukkan air ke dalam campuran tadi sedikit demi sedikit.Gaul menggunakan tangan.
  4. Ratakan adunan dan bentukkan menjadi segi empat sehingga setebal ½ inci.
  5. Potong adunan dengan pisau,membentuk segi empat sama sebesar  3x3 inci.Buat lubang cetek tanpa perlu menembusi adunan pada setiap sisi adunan tersebutmenggunakan paku yang bersih.Ini memudahkan anda mematahkan roti tersebut stelah dibakar.
  6. Letakkan adunan roti di atas kertas aluminium dan bakar menggunakan ketuhar selama 20 hingga 25 minit.
  7. Tunggu sehingga roti kering sepenuhnya sebelum mengeluarkannya dari ketuhar.Simpan di dalam bekas .Jauhkan daripada kelembapan.

PERTOLONGAN CEMAS

Pengenalan

Pertolongan cemas ialah rawatan segera dan sementara yang diberikan kepada seseorang yang ditimpa kecederaan atau kemalangan, sebelum dibawa ke klinik atau hospital atau sebelum ketibaan doktor. Pertolongan cemas yang cepat dapat menyelamatkan nyawa, menyembuh dan mengelakkan kecederaan sebelum orang berkenaan mendapat rawatan doktor.


Walaupun kita bukanlah orang yang pakar dalam pertolongan cemas atau ilmu perubatan, namun kita harus tahu sedikit sebanyak bantuan rawatan sementara ini. Ini tidak dapat dielakkan kerana setiap individu yang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti, sering berhadapan dengan kemalangan dan kecederaan. Oleh itu, mereka harus tahu cara-cara merawat segera.

Jenis-jenis Kecederaan

  1. Luka
  2. Luka ialah terkoyak daging pada tubuh yang menyebabkan darah keluar di bahagian luar atau dalam dan membolehkan kuman-kuman masuk. Jika kuman-kuman itu masuk pada luka, ini akan menyebabkan luka itu bernanah (jangkitan) 

Jenis-jenis Luka

  1. Luka terhiris (incised wound)
  2. Luka terkoyak (lacerated wound)
  3. Luka tembus atau tertikam (punctured or stab wound)
  4. Lebam (contused wound)
  5. Tembakan senapang di mana lukanya kecil ketika peluru masuk , tetapi besar ketika peluru keluar atau gunshot wound


Cara Rawatan Luka
  1. Balut luka dengan kain yang bersih dan kering
  2. Tahan darah jika keluar
  3. Gunakan anduh (jika perlu) dan hantar ke hospital

Luka Tertikam 
  1. Baringkan mangsa dan naikkan kepala dan bahunya serta condongkan badannya ke sebelah luka.
  2. Balutkan luka itu dengan segera. Luka seperti ini disebut luka terhisap (sucking wound)
  3. Hantar ke hospital dengan segera

Terbakar dan Melecur
  1. Terbakar disebabkan oleh benda-benda panas yang kering seperti api, arus elektrik atau bahan-bahan yang keras lagi tajam seperti air, api, asid dan alkali.
  2. Melecur pula disebabkan oleh benda-benda panas yang berair seperti wap air yang mendidih atau minyak panas.



  • Cara Rawatan.

  1. Baringkan pesakit dan rawat dia daripada terkejut. Jangan tanggalkan pakaiannya kecuali jika basah disebabkan oleh minyak petrol atau air atau api atau alkali kerana pakaian melindungkan orang itu daripada udara yang sejuk dan memberi kepanasan kepadanya.
  2. Lindungkan tempat yang terbakar atau melecur daripada udara dengan menutupnya dengan kain pembalut yang basah atau kain kering.
  3. Panggil doktor
  4. Berikan pesakit banyak minuman panas (jika dia sedar dalam kebakaran tidak teruk atau melecur tidak teruk).
  5. Jika pakaiannya disambar api, selimutkannya dengan kain, baju atau kain tutup meja. Biarkannya di atas. Pergerakan akan menyalakan api.
Perhatian :

  • JANGAN gunakan ubat-ubat yang berminyak.
  • JANGAN cucuk gelembung-gelembung yang melecur.
Patukan Ular
  • Tanda-tanda

  1. Gigitan ular boleh menyebabkan terkejut yang amat sangat, bengkak pada tempat yang digigit dan berbisa pada pesakit.
  • Rawatan

  1. Jika anggota badan digigit, tahan perjalanan darah dengan mengikat kuat pada bahagian yang digigit berhampiran dengan jantung, tetapi janganlah sehingga menyebabkan pengaliran darah dalam urat nadi terhenti.
  2. Anda harus dapat merasakan denyutan nadi pada pergelangan tangan atau kaki.
  3. Cuci luka itu dengan air yang berwarna merah tua dengan kalium permanganat untuk menawarkan racun yang ada pada luka itu.
  4. Juntaikan anggota yang digigit dan biarkan darah mengalir dengan menghiris daging yang digigit dengan menggunakan pisau tajam yang telah dibakar terlebih dahulu.
  5. Longgarkan ikatan selam setengah minit tiap-tiap setengah jam.
  6. Biarkan pesakit bertenangdengan cukup.
  7. Berikannya kopi atau teh supaya badannya panas.
  8. Jika dia tidak bernafas bantunya dengan cara pertolongan dalam pernafasan.
  9. Panggil doktor atau bawa dia ke rumah sakit yang berhampiran.
  10. Antivenin (ubat menawarkan racun bisa gigitan ular) hanya boleh diberikan oleh orang yang terlatih sahaja.
Sengatan Lebah, Tebuan dan Penyengat

Sengat yang paling bisa adalan sengat lebah dan tebuan. Biasanya lebah akan meninggalkan sengat, lebih kurang 0.5mm-1.5mm di dalam kulit. Sebaliknya tebuan jarang meninggalkan sengar di dalam kulit dan dianggap lebih berbahaya daripada lebah kerana kebolehannya menyengat seseorang itu berkali-kali.
  • Rawatan
Lebah

Keluarkan sengat dengan menggunakan jarum atau penyepit yang telah dibakar dan disejukkan kemudiannya. Berhati-hati supaya tidak memecahkan racun yang ada di atassengat itu.
Gunakan soda bikarbonit, ammonia atau air liur kerana lebah menyuntikkan asid, maka kita perlu larutan alkali untuk menawarkannya.
Kain balut boleh digunakan dan dibalut untuk menyekat kemasukan kuman ke dalam luka itu dan memberi kesan kepada luka itu.
Hantarkan pesakit segera ke hospital.

Tebuan

Keluarkan sengat dengan menggunakan jarum atau penyepit yang telah dibakar dan disejukkan kemudiannya. Berhati-hati supaya tidak memecahkan racun yang ada di atassengat itu.

Cuka atau air limau boleh digunakan untuk menghilangkan bisanya kerana tebuan menyuntikkan alkali yang kuat, maka larutan asid yang kuat diperlukan.
Kain balut boleh digunakan dan dibalut untuk menyekat kemasukan kuman ke dalam luka itu dan memberi kesan kepada luka itu.
Hantarkan pesakit segera ke hospital.

Perhatian :
  • Jika sengat itu ada di dalam mulut atau di bibir, keadaan akan menjadi lebih rumit kerana bengkak akan menghalang pengaliran udara.
  • Berikan pertolongan cemas seperti di atas dan kalau boleh berikan pesakit itu air batu atau seulas kulit bawang untuk dihisap.
  • Elakkan daripada menggunakan kain pembalut untuk membalut luka di mulut atau bibir

Pitam dan Pengsan
  1. Udara tidak mengalir dengan betul.
  2. Terlalu lapar atau terlalu kenyang
  3. Mendapat berita yang mengejutkan.
  4. Darah keluar terlalu banyak.
  5. Melihat kejadian yang ngeri.
  6. Mencium bau yang busuk.
  7. Kekurangan oksigen dalam darah apabila
  8. pernafasan yang tergendala.
  9. Kekurangan darah dalam otak.
  10. Bernafas terlalu lama.
Otak tercedera.
  • Tanda-tanda
  1. Muka menjadi pucat.
  2. Berasa pening dan sakit.
  3. Denyutan nadi menjadi lemah.
  4. Bernafas dengan deras.
  • Rawatan
  1. Longgarkan pakaian pada bahagian leher, dada dan pinggangnya.
  2. Beri udara bersih dengan mengipasnya.
  3. Jika pesakit telah sedar, berikan air sejuk atau teh manis yang panas.
  4. Jika terlalu lapar berikan makanan ringan seperti biskut atau roti.
  5. Berehat di tempat teduh.
  6. Jika mukanya merah, angkat muka dan bahunya. Jika mukanya pucat, baringkannya.
  7. Tahan semua darah daripada keluar kecuali dari telinga.
  8. Jika dia bernafas dengan kuat, baringkanya dalam keadaan mengiring.
  9. Selimutkannya tetapi jangan terlalu panas.
  10. Makanan tidak boleh diberi selagi pesakit tidak sedar.
Lemas
  1. Susah bernafas.
  2. Nafasnya berbunyi-bunyi.
  3. Pernafasan boleh jadi berhenti
  4. Bibir dan kuku jari kebiruan.
  5. Orang itu boleh menjadi menggelisah.
  6. Dia boleh jadi pengsan.
  7. Berbuih disekeliling mulut, bibir dan hidung.

  • Tindakan

  1. Jika boleh berenang, terjun ke dalam air dan selamatkan mangsa.
  2. Jika mangsa sesak nafas, berikan rawatan pemulihan nafas.
  3. Minta pertolongan orang ramai untuk menelefon ambulans.
  4. Tanggalkan pakaian yang basah.
  5. Selimutkan si mangsa supaya dia tidak kesejukan.
  6. Jika sudah sedar, tenangkan hatinya dengan kata-kata manis.

Jenis Rawatan

  • Balutan Anduh
  1. Kegunaan Kain Pembalut Tiga Segi
  2. Pembalut ialah kain bersih yang digunakan untuk menutup luka-luka atau bahagian yang cedera. Pembalut yang biasa digunakan di dalam pertolongan cemas ialah seperti yang berikut:
  3. Kain pembalut biasa (rollar bandage)
  4. Kain pembalut yang bercampur dengan getah (grepe bandage)
  5. Kain pembalut tiga persegi atau tiga penjuru.(triangular)

  • Kegunaan Pembalut

  1. Untuk membalut atau membungkus anggota yang luka atau bahagian yang cedera seperti patah.
  2. Untuk menetapkan ikatan kepada anggota yang luka supaya jangan bergerak atau beralih.
  3. Untuk menetapkan mengikut kayu pemilangkepada anggota yang patah.
  4. Untuk membuat anduh
  5. Untuk memberhentikan darah , mengurangkan dan menghilangkan bengkak.
  • Jenis-jenis

  1. Kain jarang
  2. Kain panas
  3. Kain kapas.

  • Jenis Ikatan Pembalut

  1. Balutan biasa
  2. Balutan selang seli
  3. Balutan nombor 8 seperti bahu
  4. Ikatan untuk kepala.

Cara Balutan


  • cara-cara lipatan untuk balutan cincin
Selepas kita menggulungkn kain anduh seperti yang ditunjukkan kita balutkan ia seperti gelang atau lebih senang dipanggil seperti cincin.Balutan cincin ini digunakan untuk menghalang tulang/benda tajam yang tertusuk masuk dalam anggota badan kita supaya tidak bergerak ke tempat lain.


  • cara-cara membuat balutan anduh kecil


Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan
bucu atas kain anduh di atas tangan.
  1. Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.
  2. Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.
  • cara-cara membuat balutan anduh besar
  1. Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera.
  2. Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.
  3. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat
  4. ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas.
Fungsi:
  1. -mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
  2. -mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
Kegunaan Kayu Tuap Dalam Rawatan Patah Tulang

Sebab-sebab Patah Tulang
  1. Pukulan yang kuat dan tepat. Kecederaan berlaku pada tempat yang terkena pukulan.
  2. Pukulan sipi. Keceraan berlaku jauh dari tempat yang terkena.
  3. Tersentap urat. Kecederaan berlaku oleh sebab urat yang terlekat pada tempatnya tersentap
Jenis-jenis Patah Tulang

  1. Patah rebung. Retak tulangnya, tetapi tidak terputus.
  2. Patah tebu. Sedikit sahaja cedera berlaku pada sekeliling tempat yang patah, tidak menunjukkan luka terbuka.
  3. Patah riuk. Lukanya di kulit, tulang tersembul keluar dan kuman boleh masuk.
  4. Patah melarat.
  5. Patah remuk. Tulang pecah pada beberapa bahagian kecil.
  6. Patah terenyuk. Tulang patah dua dan salah satu hujung patah itu termasuk di antara satu dengan lain.

  • tanda-tanda
  1. Rasa sakit pada atau dekat tempat patah.
  2. Bangkak dan lebam.
  3. Hilang tenaga-tempat yang cedera tidak boleh digerakkan seperti biasa.
  4. Cacat pada anggota, bentuk anggota ganjil.
  5. Tulang berselisih – jika patah itu dekat dengan kulit, maka boleh dirasa perselisih itu.

Tuap Gentian
Tuap boleh disediakan dengan menggunakan tongkat, payung, kayu atau surat khabar yang lipat keras, tetapi hendaklah cukup panjang dan kuat.

Perhatian:
Jika kecederaan berlaku berdekatan dengan kulit, jangan diikat betul-betul pada tempat yang patah itu. Gunakan beberapa banyak lapik di antara kedua-dua kaki dan di antara lengan dan badan.

Patah Anggota Bawah
Patah Tulang Femur (Tulang Peha)
  • Gejala-gejala
  1. Kaki yang patah kelihatan pendek dari satu hingga tiga inci.
  2. Kedudukan kaki tidak seperti biasa sebaliknya menghala keluar.
  • Rawatan

  1. Rapatkan kaki yang baik pada kaki yang tercedera.
  2. Gunakan tuap di antara anggota, memanjang dari pangkal paha ke kaki dan tuap yang lebih panjang, memanjang dari ketiak hingga ke hujung kaki yang tercedera.

Balutkan : kenakan tujuh balutan:

  1. Di dada, dekat dengan ketiak.
  2. Di punggung,segaris dengan sendi punggung.
  3. Di pergerakan kaki.
  4. Di peha iaitu di atas dari bahagian yang cedera.
  5. Di peha iaitu di bawah dari bahagian yang cedera.
  6. Di kaki.
  7. Di lutut.
Tuap-tuap yang digunakan itu hendaklah cukup panjang dan berlapik.


Patah Tulang Tibia/Febula (Tulang Betis)
  • Rawatan
  1. Rapatkan kaki yang baik pada kaki yang tercedera.
  2. Letakkan satu tuap yang berlapik di antara kedua-dua kaki.
Balutkan
Pembalut angka 8:
  1. Di pergelangan kaki
  2. Di paha
  3. Di lutut
  4. Di bawah dari bahagian yang patah
  5. Di atas dari bahagian yang patah.
Patah Tulang Bahagian Badan

Atas1. Patah lengan atas (humerus)

Boleh patah pada dua tempat, iaitu:

  1. Di tengah-tengah dan boleh bengkokkan siku.
  2. Dekat dengan sendi dan tidak boleh bengkokkan siku.
  • Rawatan

  1. Patah di tengah-tengah dan boleh bengkokkan siku
  2. Gunakan anduh kecil
  3. Gunakan tuap yang berlapik dan cukup panjang.
  4. Hantar ke hospital.
Patah dekat dengan sendi dan tidak boleh dibengkokkan siku.
Letakkan lengannya ke sebelah badan.
Balutkan :
  1. Satu pembalut lebar di keliling lengan atas dan badan.
  2. Satu pembalut lebar di keliling siku dan badan.
  3. Satu lagi pembalut lebar di sekeliling pergelangan tangan dan badan.
Patah lengan bawah (Ulna dan Redius)

Boleh patah di tiga tempat, iaitu :

  1. Di tengah-tengah dan boleh bengkokkan siku.
  2. Dekat dengan sendi dan tidak boleh bengkokkan siku.
  3. Dekat dengan pergelangan tangan.
  • Rawatan

  1. Patah di tengah-tengah dan boleh bengkokkan siku.
  2. Letakkan lengan itu di sudut 900.
  3. Gunakan tuap yang berlapik dan cukup panjang.
  4. Gunakan anduh besar.
  5. Hantar ke hospital.
Patah dekat dengan sendi dan tidak boleh bengkokkan siku.

  1. Letakkan lengannya ke sebelah badan.
  2. Balutkan
  3. Satu pembalut lebar di keliling lengan atas dan badan.
  4. Satu pembalut lebar di keliling siku dan badan.
  5. Satu lagi pembalut lebar di sekeliling pergelangan tangan dan badan.
Patah dekat dengan pergelangan tangan.

  1. Gunakan tuap yang berlapik dan cukup panjang
  2. jika teruk dan tidak dapat menggunakan tuap, gunakan pelapik yang lembut dan balutkan luka dengan berhati-hati. Ampukan tangan dengan anduh.
  3. Hantar ke hospital.

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...