Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Rabu, 16 Mei 2012

Konsep Sosiologi Sukan



Definisi
Sosiologi sukan memberi penjelasan tentang fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia sukan. Fenomena tersebut merujuk isu-isu yang menjadi tanda tanya berkaitan atlet dan individu yang terbabit dalam sukan. Sosologi sukan telah didefinisikan sebagai kajian saintifik tentang struktur sosial dan proses sosial dalam dunia sukan, (Leorned II, 1980). Sosiologi sukan juga merupakan bidang kajian mengaplikasikan konsep sosiologi dalam dunia sukan. Isu sosiologi dalam dunia sukan adalah merujuk kepada corak organisasi sosial sukan, sifat formal sukan seperti atlet, jurulatih dan mereka yang terlibat dengan sukan secara tidak langsung seperti penonton dan penyokong.

Ciri-ciri Institusi sukan
Ciri-ciri institusi sukan memainkan peranan yang sangat penting daam mewujudkan atlet-atlet yang berbakat. Oleh itu, institusi sukan perlu dijadikan sebagai satu institusi sosial dalam masyarakat. Ciri-ciri yang perlu ada pada setiap institusi sukan adalah seperti: sosialisasi; politik; sosioemosi; undang-undang dan peraturan; mobiliti : sosialisasi; politik; sosioemosi; undang-undang dan peraturan; mobiliti sosial.

Sosialisasi Sukan
Ianya merupakan satu proses yang mana manusia mempelajari tentang budaya orang lain dan bagaimana seorang ahli menjadi sebahagian daripada masyarakat tersebut. Sosiolasi dalam sukan memberi penekanan terhadap empat komponen iaitu: siapa yang terlibat dalam sukan?; bagaimana individu memainkan peranan dalam sukan?; proses-proses sosial dalam sukan; agen dan agensi yang mendorong seseorang individu menceburkan diri dalam sukan.

Proses sosialisasi sukan berlaku menerusi dua cara: (i) Sosialisasi dalam sukan – seseorang atlet telah menceburi dunia sukan kerana pengaruh dan dorongan agen-agen sosialisasi sukan. (ii) Sosialisasi melalui sukan – nilai-nilai dalam sukan seperti tolong-menolong, berdisiplin dan bertoleransi dapat membantu proses pembentukan sikap dan perlakuan seseorang atlet. Oleh itu, sikap dan sahsiah anak muda berkembang dengan pengaruh rakan sebaya.

Agen-agen sosialisasi yang terlibat dalam proses sosialisasi suka  ialah: (i) Keluarga – keluarga memainkan peranan yang terpenting di dalam kehidupan individu kerana banyak memberi role model, sokongan, dorongan dan contoh kepada individu untuk mencapai sesuatu kejayaan dalam sukan. (ii) Sekolah – matapelajaran Pendidikan Jasmani dan kesihatan atau Sains Sukan serta aktiviti ko-kurikulum mempengaruhi pengelibatan pelajar dalam aktiviti sukan. (iii) Rakan sebaya – rakan sebaya merupakan antara individu yang paling rapat dengan seseorang remaja. Remaja banyak meluangkan masa dengan rakan sebaya dan ini memberi pengaruh yang sangat kuat. Justeru itu, ramai remaja yang melibatkan diri dalam sukan adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya. (iv) Media massa – media massa juga sentiasa menghidangkan maklumat tentang sukan dan menggalakan intergrasi kaum. Keadaan ini menggalakan masyarakat berhubung rapat dan beramah mesera di antara satu dengan lain dengan menghindari diri dari bersikap perkauman.

Kesan-kesan positif penglibatan dalam sukan: (i) Individu – membentuk individu yang bersikap positif; meningkatkan imej kendiri yang lebih positif; membentuk imej kepimpinan; semangat berpasukan dapat dibentuk menerusi pelbagai aktiviti politik. (ii) Politik – kerjasama antarabangsa dapat ditingkatkan dan dipupuk ke arah yang lebih positif; melahirkan semangat berpasukan di kalangan pelbagai negara. (iii) Ekonomi – meningkatkan sumber pendapatan negara melalu pelancongan sukan, iklan-iklan, penajaan, perniagaan dan perdagangan dan lain-lain. (iv) Sosial – menggalakan perhubungan sosial di kalangan semua lapisan masyarakat.

Kesan-kesan negatif penglibatan dalam sukan: (i) pengunaan dadah terlarang untuk mencapai sesuatu kejayaan; sikap mementingkan kemenangan tanpa mengambil kira kebajikan orang lain; keganasan dalam sukan. (ii) Politik – berlaku perselisihan fahan di antara negara kerana inginkan kemenangan sebagai maruah; membelakangkan semangat kesukanan. (iii) Ekonomi – kegawatan ekonomi; kewangan tidak kukuh; penyelewengan, rasuah dan lain-lain. (iv) Sosial – perselisihan faham antara antara golongan yang bermain permainan yang melibatkan kos yang tinggi seperti golf dan sebagainya.

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...