Hari ini, sukan
menjadi satu bidang penting bukan sahaja satu bentuk aktivit untuk kesihatan
semata-mata tetapi lebih daripada itu telah berkembang sebagai satu industri.
Sukan kini
dilihat sebagai aktiviti merentas sempadan negara dan benua, alat perpaduan dan
hubungan antarabangsa serta perniagaan komersial yang menguntungkan.
Di sebalik semua
itu, perlu diketahui bahawa antara faktor penting kejayaan perkembangan sukan
ialah penggunaan sains dan teknologi.
Imej sukan
menjadi lebih berprestij kerana faktor sains yang membawa kepada peningkatan
prestasi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan perkembangan cabang-cabang
sains sukan termasuk perubatan, pemakanan dan penganaliaan.
Tiga pihak yang
perlu melihat kepentingan sains sukan ialah jurulatih, pentadbir dan ahli sukan
itu sendiri.
Di negara ini,
semuanya mendapat perhatian daripada Institut Sukan Negara (ISN) yang beribu
pejabat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebagai penyelaras aktiviti sukan dan
badan penting dalam memajukan bidang sukan.
Pengurusan yang cekap,
atlet berbakat sahaja tidak mencukupi dalam meningkatkan martabat sukan
sehingga mencapai peringkat membanggakan sekiranya tidak disokong dengan
peralatan canggih yang berteknologi tinggi.
Kemudahan sukan
yang serba lengkap, pengurusan yang menitikberatkan pendekatan sains dan
teknologi antara pelengkap resipi kejayaan atlet.
D ngan kemudahan
berteknologi tinggi, ianya boleh member banyak menafaat kepada system latihan
dan boleh mengesan tahap latihan optimum bagi mengelakkan kecederaan atlet.
Penggunaan sains
sukan akan dapat menentukan jumlah dan jenis pemakanan yang diambil oleh atlet
bergantung kepada jenis sukan yang diceburi.
Konsep latihan
yang diterapkan oleh jurulaih yang boleh ditentukan bergantung kepada keupayaan
seseorang atlet.
Hari ini, setiap
pasukan permainan, satu kumpulan sokongan berprestasi tinggi yang mengandungi
kepakaran pelbagai cabang sains sukan seperti fisiotrapi, pakar pemakanan dan
pakar motivasi telah memainkan peranan yang sangat penting di dalam sesuatu pencapaian.
Selain itu,
penarapan system latihan dalam usia muda lebih sesuai sekiranya mereka telah
mempunyai minat dan disusuli dengan penggunaan sains sukan pada tahap optimum.