Sains
Sukan?
Merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji respons manusia terhadap aktiviti fizikal. Jadi, bidang ini merangkumi kinesiologi, biomekanik, rehabilitasi, anatomi dan fisiologi, dan lain-lain topik seperti pemakanan, pengurusan sukan, sosiologi sukan, dan psikologi dalam sains sukan.
Ia juga merupakan satu bidang khas yang melatih seseorang supaya menjadi cergas dan cerdas dalam melakukan suatu permainan ataupun aktiviti dan seterusnya peningkatan prestasi dalam sukan. Selain itu, sains sukan membantu memahami tindak balas badan manusia seperti organ, sistem saraf, sistem otot, dan tenaga dalam badan semasa melakukan aktiviti sukan. Dalam erti kata lain, pendidikan jasmani adalah satu amalan untuk meningkatkan teknik dalam aktiviti kesukanan, manakala sains sukan adalah bertujuan menyampaikan ilmu saintifik tentang aplikasi fizikal dan sukan.
Pecahan Sains Sukan adalah, Biomechanic, Medicine, Paralympic, Performance Analysis, Performance Lifestyle, Performance Nutration, Performance Psychology, Psychology, Phycho-therapy & Soft Tissue Therapy, Research & Development, Strength & Conditioning dan Telent ID.
Sains Kesihatan?
Disiplin Applied Science yang berkaitan dengan kesihatan manusia dan haiwan. Dua bahagian sains kesihatan: (i) kajian, penyelidikan, dan pengetahuan mengenai kesihatan dan penerapan pengetahuan itu untuk meningkatkan kesihatan, menyembuhkan penyakit (ii) memahami bagaimana fungsi manusia dan haiwan. Life Science melihat bagaimana makhluk hidup berbeza berkaitan antara satu sama lain, dan alam sekitar.
Sains kesihatan memberi tumpuan kepada penggunaan pengetahuan yang di peroleh daripada mempelajari tentang tumbuhan dan kehidupan haiwan, untuk merawat dan mencegah banyak penyakit yang mempengaruhi manusia. Keutamaan sains sukan dan sains kesihatan akan menyediakan anda pengetahuan dan kemahiran untuk bekerja dalam pelbagai peranan dalam bidang sukan dan penjagaan kesihatan seperti Athletic Trainer, Chairopractor, Medical Sosial Worker, Physical Therapist, Registered Nurse, Dietitian or Nutritionist, Pharmacist, Physician, Epidemiologist, Heltcare Administrator, Occuational Therapist and Physician.