Definisi
Gangguan seksual boleh didefiniskan sebagai sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan sebagai satu gangguan sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal iaitu:
Sebab yang munasabah, boleh dianggap oleh penerima (mangsa) sebagai mengenakan syarat berbentuk seksual ke atas pekerjaannya; atau Sebab yang menasabah, boleh dianggap oleh penerima (mangsa) sebagai satu pencabulan maruah, atau penghinaan atau ancaman terhadap dirinya tetapi tiada hubungan terus dengan pekerjaannya.
Berdasarkan kepada
definisi di atas, gangguan seksual boleh dibahagikan kepada dua kategori:
- Gangguan seksual ugutan (sexual coercion) - kesan secara langsung kepada status pekerjaan seseorang. Sebagai contoh, di mana seseorang pegawai atasan yang mempunyai kuasa menentukan gaji dan pangkat, cuba mengugut pekerja bawahan memberi layanan seksual kepadanya. Jika pekerja bawahan tersebut tunduk kepada kehendak seksual pegawai atasan tersebut, faedah yang berkaitan dengan pekerjaan akan diperolehi. Sebaliknya pula jika pekerja bawahan berkenaan menolaknya, faedah itu akan dinafikan.
- Gangguan seksual ancaman (sexual annoyance) - tingkah laku seksual yang dianggap oleh mangsa sebagai ancaman, ugutan atau penghinaan, tetapi tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan faedah-faedah pekerjaan. Walau bagaimanapun tingkahlaku itu menimbulkan suasana yang tidak tenteram kepada mangsa yang terpaksa dialaminya untuk teruskan kehidupan. Gangguan seksual di antara rakan sekerja adalah termasuk di bawah kategori ini. Begitu juga gangguan oleh pelanggan syarikat terhadap pekerja juga termasuk dalam kategori yang sama.
Justifikasi
- Tarikan fizikal dan personaliti yang menarik - merupakan faktor utama berlakunya gangguan seksual terhadap wanita. Wanita yang berwajah cantik lebih cenderung di ganggu berbanding wanita yang kurang cantik. Selain itu, wanita yang berpakaian seksi, mempunyai potongan badan yang menarik dan berperwatakan moden adalah lebih terdedah kepada gangguan seksual. Dengan penampilan yang moden dan perwatakan menarik ini menyebabkan mereka menjadi perhatian dan tarikan kepada rakan atlit dan juga jurulatih, dan ini akan menyebabkan berlakunya gangguan seksual kerana dianggap cuba menarik perhatian.
- Kuasa - Mengikut teori organisasi pula menyatakan bahawa gangguan seksual adalah disebabkan oleh faktor organisasi dan bukan peribadi. Kebanyakkan organisasi sukan menggaji jurulatih lelaki dan meletakkan mereka dalam kedudukan yang lebih autoriti berbanding jurulatih wanita, hal ini demikian menyebabkan mereka cuba mendapatkan kepuasan secara seksual dari atllit dibawah kendalian mereka. Oleh sebab kebanyakan hierarki di dalam organisasi lebih dimiliki oleh lelaki, ini menyebabkan gangguan seksual ini lebih terdedah untuk berlaku kerana golongan ini menggunakan kuasa yang ada pada mereka. Mereka menggunakan kuasa mereka dengan mengugut untuk tidak diberi insentif yang lebih baik jika tidak melayan atau menerima perlakuan yang dilakukan oleh mereka.
- Perbezaan hormon. - Mengikut teori biologi, gangguan seksual berlaku disebabkan oleh perbezaan hormon antara lelaki dan perempuan. Komponen hormon lelaki yang menyebabkan mereka mempunyai rangsangan seks yang lebih tinggi daripada wanita. Perkara tersebut akan menjurus mereka sehingga terlibat dalam tingkah laku yang bersifat gangguan seksual. Ia berlaku seolah-olah di luar kawalan pengganggu tersebut. Walau bagaimanapun, tingkah laku pengganggu tersebut berlaku secara tidak langsung dan secara tersembunyi. Ini tidak menampakkan berlakunya perkara yang tidak baik atau sumbang di khalayak ramai.
Faktor-faktor Lain
- Kekurangan pendidikan atlet dan ibu bapa untuk mereka memahami sifat gangguan seksual dan hakikatnya kelakuan itu adalah jenayah dan tidak beretika.
- Atlet berasa malu.
- Kekurangan bukti fizikal.
- Masalah masa untuk melaporkan kejadian itu kerana setiap atlet yang mengalami gangguan seksual juga akan terganggu dari segi emosi dan trauma serta ia akan ambil masa yang lama untuk diluahkan atau membuat laporan.
- Jurulatih memiiki kelab sukan mereka sendiri dan tidak ada pegawai pengawasan untuk mengambil aduan.
- Atlit muda yang ingin mendapatkan perhatian dan kelulusan dari jurulatih dan mereka tidak memahami bahawa ia adalah gangguan seksual oleh seorang jurulatih atau seseorang yang berkuasa
- Penafian ibu bapa
- Kekurangan laporan yang berkesan dan mekanisme penyiasatan
- Konflik kepentingan - jurulatih akan meminta untuk mendapatkan perlindungan daripada rakan-rakan atau institusi mereka yang lain daripada keselamatan atlit untuk menyelamatkan diri daripada sebarang pertuduhan.
- Membangunkan polisi dan prosedur bagi mencegah gangguan seksual dan penyalahgunaan kuasa
- Menyediakan dan melaksanakan kod etika dan perilaku untuk jurulatih, sama ada mereka melatih atlet dewasa atau kanak-kanak
- Memantau pelaksanaan dasar-dasar dan prosedur
- Menilai kesan dasar-dasar dalam mengenal pasti dan mengurangkan gangguan seksual dan penyalahgunaan.
- Menyediakan latihan bagaimana gangguan seksual boleh mempengaruhi hubungan jurulatih dan atlet.
- Membangunkan prosedur aduan dan memastikan ia adalah privasi.
- Melindungi hak-hak atlet dan jurulatih, dan melindungi dari tindak balas.
- Semak semua pemohon untuk kakitangan kejurulatihan dan kedudukan sukarelawan.
- Berkongsi maklumat dengan ibu bapa / penjagaan dalam pencegahan gangguan seksual dan penyalahgunaan kuasa.
- Menggalakkan dan menyokong penyelidikan mengenai isu-isu ini.
- Membuat perbincangan terbuka mengenai isu-isu gangguan seksual dan penyalahgunaan kuasa supaya atlet berasa cukup yakin untuk bersuara.