Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Isnin, 28 Disember 2020

Lebal Makanan

 

Ramai rasanya yang tidak membaca label pada makanan yang dibeli. Ada syarikat pengeluar yang tidak mengikut piawai yang ditetapkan dalam meletakkan label. Ada pelbagai format. Tapi apa anda perlu tahu?

Kalori

  • Kalori yang dinyatakan adalah dalam unit kcal tetapi untuk nutrisi akan dipanggil calories sahaja. Kalau ikut kiraan asal, memang 1000 cal bersamaan dengan 1 kcal, tetapi untuk nutrisi 1 cal nutrisi bersamaan dengan 1 kcal. Pengecualian pada kalori nutrisi sahaja.

Saiz Hidangan 

  • Kebanyakan makanan akan memaparkan kandungan kalori untuk 1 hidangan atau mungkin 100ml, 100mg dan sebagainya. Kenal pasti berapa banyak satu hidangan jika dibandingkan dengan 1 paket atau kotak atau apa sahaja bentuk. Sebagai contoh, air kotak besar gula ada 110 kalori untuk 1 hidangan tetapi 1 hidangan cuma untuk 250 ml, 1 kotak ada 1000 ml. Jadi jumlah kalori 440 kalori.

Kandungan Lemak

  • Ada syarikat telah mengasingkan antara lemak tak tepu, lemak tepu dan lemak trans. Terlalu banyak iklan mengatakan 0 lemak trans sekarang disebabkan mereka tahu ramai yang dah takut dengan perkataan lemak trans, tetapi adakah lemak trans 0, lemak tepu pun 0? Pastikan.

Kolestrol

  • Jangan tertipu dengan label tanpa kolesterol. Minyak daripada tumbuhan secara asalnya memang tiada kolesterol. Minyak daripada haiwan seperti minyak sapi baru ada kolesterol. Iklan sebegini hanya menipu orang ramai. Kurangkan penggunaan minyak jika tidak perlu.

Karbohidrat dan Gula

  • Gula termasuk di bawah kategori karbohidrat. Kebiasaanya memang diletakkan gula lebih rendah daripada karbohidrat berikutan mungkin ada karbohidrat dalam bentuk lain seperti yang rendah glycemix index yang mana mungkin dilabelkan sebagai serat atau fibre atau ditinggalkan kosong.

Protein

  • Jangan terpengaruh dengan makanan ringan yang meletakkan label, tinggi protein. Protein ada banyak jenis. Ada protein perlu, ada protein tak perlu dan sebagainya. Jadi perkataan protein itu terlalu umum. Jangan kata protein dalam makanan segera boleh membina otot.

Sodium

  • Mengikut orang normal yang sihat, sehari boleh ambil mencecah 2300 mg atau 1 sudu teh. Itu mengikut ‘norm‘ US. Malaysia mungkin kurang. Kurangkan makanan yang diproses kerana hampir semua menggunakan sodium yang agak tinggi.

% Daily Value (% DV)

  • Peratusan ini dikira berdasarkan diet 2000 kalori purata seorang warganegara Amerika. Kita tiada ‘norm‘ sendiri. Sepatutnya kita ada ‘norm‘ sendiri. Harap ada pihak yang menguruskan kajian mencari ‘norm‘ kita sendiri. Peratusan ini menunjukkan berapa peratus keperluan sesuatu bahan itu mengikut diet 2000 kalori seseorang. 100 % bermakna dah cukup, jika berlebihan tidak berguna.

Garis Panduan FDA

  • FDA telah menetapkan garis panduan dalam menulis label yang mana saya kira kebanyakan syarikat di Malaysia tidak mengikuti tarafnya. Antaranya seperti:
  • Makanan kesihatan mesti rendah lemak dengan limitasi kolesterol dan sodium b.
  • Apa-apa yang dilabelkan ‘free’ mesti tiada atau hanya sedikit kandungan apa yang dinyatakan. Jika ‘tiada trans fat’ bermakna mungkin ada 0.5 mg trans fat, jika ‘tiada kolesterol’ bermakna mungkin ada 2 g kolesterol. Jadi perkataan ‘free’ tidak menjamin benar-benar bersih.c.
  • Makanan rendah sodium boleh ada maksima 140 mg sodiumd.
  • Makanan rendah kolesterol boleh ada maksima 20 mg kolesterol dan 2 g sodiume.
  • Makanan rendah lemak boleh ada 3 g lemakf.
  • Makanan rendah kalori sepatutnya maksima 40 kalori untuk 1 hidangan

Tarikh Luput

  • Jangan lupa periksa tarikh luputnya. Kebanyakan makanan akan dianjakkan masa luputnya ke hadapan atas faktor keselamatan.

Undang-undang Malaysia

  • Mengikut undang-undang di Malaysia, syarikat pengeluar hanya boleh mengisytiharkan kandungan vitamin dan mineral jika tahap kandungannya adalah signifikan. Begitu juga natrium dan kolesterol yang mana tidak wajib disenaraikan dalam label.

Perlu Faham

  • Fahami label dan aplikasikan maklumat yang terdapat dalam label dalam pemilihan makanan yang berkualiti. Tengok label dahulu sebelum membayangkan kesedapan makanan tersebut. 

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...