Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Ahad, 23 Ogos 2020

REGANGAN

Masihkah anda ingat zaman sekolah dulu kita dididik dengan regangan statik sebelum memulakan aktiviti sukan dalam subjek Pendidikan Jasmani. Ianya masih diamalkan oleh cikgu tangkap muat subjek ini. 

Sehingga kini kita masih kekurangan cikgu yang boleh mengajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) ini mungkin disebabkan kekurangan peruntukan atau sesetengahnya menganggap subjek ini hanya membuang masa guru-guru sebjek teras untuk menghabiskan silibus! 

Tahukah anda, terdapat lebih 100 kajian menunjukkan regangan statik sebelum aktiviti sukan atau senaman menurunkan prestasi kita. 

Ia mengurangkan kekuatan otot (strength) kita sekitar 5.5 peratus dan menjadi lebih teruk jika dilakukan lama. Ia mengurangkan power sebanyak 2 peratus. Ia juga mengurangkan kekuatan eksplosif kita sekitar 3%. Disebabkan itu, jangan buat regangan statik sebelum aktiviti senaman anda. Apa? Anda masih buat? 

Secara amnya regangan memperbaik pengaliran darah. Akan tetapi kajian menunjukkan apabila dilakukan lebih daripada 60 saat, ia mengurangkan pengaliran darah, membentuk ischemia dan menyebabkan pengumpulan asid laktik. 

Dalam bahasa mudah boleh merosakkan otot dan tendon anda apabila dibuat lebih daripada 60 saat.Kalau tak boleh buat, nak buat apa sebelum senaman? 

Anda boleh buat regangan juga tapi dalam bentuk dinamik iaitu dengan pergerakan. Ia boleh dijadikan sebagai aktiviti memanaskan badan jika anda tak buat sesi memanaskan badan yang lain.

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...