Pengenalan
Menurut Cox (1998), tumpuan bermaksud kemampuan seseorang individu mengalihkan
tumpuan dari satu sumber maklumat kepada satu sumber maklumat yang lain dan
jumlah maklumat yang difokuskan dalam tempoh masa tertentu.
Manakala menurut Galott(1994), proses menumpukan perhatian
ditakrifkan sebagai konsentrasi yang diasaskan oleh proses atau aktiviti
kognitif individu.
Keadaan ini merujuk kepada aktiviti memberi tumpuan atau memfokuskan
perhatian secara kognitif dengan menggunakan tumpuan fikiran kepada sesuatu
topic atau tugasan yang dilakukan secara sedar dan disengajakan.
Bagi aspek konsentrasi pula, konsentrasi bermaksud kemampuan
memberikan tumpuan (fokus) kepada petunjuk di persekitaran serta mengekalkan
fokus tersebut dalam tempoh masa yang diperlukan. Kemampuan konsentrasi
merupakan aspek penting yang menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah
pasukan atau atlet dalam sukan.
Kesan serta kepentingan tumpuan dalam kehidupan kita telah menarik
minat ramai ahli psikologi sukan. Ahli psikologi sukan ini berpendapat bahawa
tumpuan merupakan elemen penting yang berkaitan dengan sukan. Umumnya, kajian
ini boleh dibhagikan kepada dua kumpulan utama iaitu kajian yang melihat
perkaitan di antara tumpuan serta prestasi dalam sukan dan stail atau gaya
tumpuan seseorang atlet (Wann, 1997).
Tumpuan Secara Umum
Sebelum mendalami dalam dimensi tumpuan dan gaya tumpuan, masalah
yang biasanya timbul berkaitan tumpuan adalah seseorang individu terlalu
memikirkan atau memberikan tumpuan kepada apa yang telah berlaku, terlalu
memikirkan apa yang akan berlaku, memberikan tumpuan kepada terlalu banyak kiu
dan petunjuk di persekitaran serta terlalu menumpukan kepada mekanik atau
proses pergerakan sesuatu kemahiran yang telah dikuasaai dengan baik.
Beberapa faktor yang menyumbangkan kehilangan tumpuan pula adalah
seseorang individu memikirkan kepentingan sesuatu pertandingan, menghadapi tekanan
yang keterlaluan menyebabkan atlet hilang tumpuan. Pada saat-saat kritikal
dalam sesuatu perlawanan seperti penentuan sepakan penalty. Tambahan pula, penilaian
ke atas pemain sama ada oleh jurulatih, pengurusan, rakan sepasukan, penonton
dan peminat.
Oleh itu, terdapat beberapa cara mengatasi nasalah hilang tumpuan.
Antaranya, seseorang individu boleh bicara kendiri yang positif. Sebagai
contoh, saya boleh lakukan boleh dibicara dalam diri seseorang. Selain itu, menggunakan
perkataan atau kiu tertentu untuk memfokuskan tumpuan. Seterusnya, seseorang
individu boleh berlatih dengan gangguan dan simulasi. Mewujudkan serta
mengekalkan rutin tertentu juga merupakan salah satu cara. Tambahan pula, memberikan
fokus terhadap peranan masa kini dengan melupakan perkara yang sudah berlaku
dan tumpukan perhatian pada masa sekarang juga salah satu cara yang berkesan.
Dimensi Tumpuan
Menurut Hideffer(1993), terdapat dua jenis dimensi tumpuan utamayang
sering digunakan dalam kehidupan seharian iaitu keluasan tumpuan(attentional
width) dan arah tumpuan.
Dimensi pertama iaitu keluasan tumpuan berkait rapat dengan bilangan stimulus yang
diberikan tumpuan atau yang difokus oleh seseorang individu pada sesuatu masa
dari sempit kepada luas. Sebagai contoh, penjaga gol perlu meluaskan tumpuannya
dengan menilai pergerakan penyerang. Tumpuan ini biasanya berkaitan dengan jumlah
rangsangan yang diterima untuk memberi tumpuan sepenuhnya. Tumpuan utama ini
hanya memberikan tumpuan kepada isyarat berprestasi yang berkaitan dengan
bidang focus atlet. Isyarat yang berprestasi termasuklah teknik taktik,
perlawanan, skor, waktu sisa pertandingan dan sebagainya. Dengan kata lain,
atlet hanya perlu memberi tumpuan pada petunjuk-petunjuk yang boleh membantu
mereka melakukan yang terbaik.
Seterusnya, dimensi kedua ialah arah tumpuan. Arah tumpuan merujuk kepada
tahap di mana individu mengarahkan tumpuannya sama ada ke dalam atau ke luar.
Arah tumpuan dalaman berlaku apabila atlet mengarahkan tumpuannya kepada
perasaan serta pemikirannya manakala arah tumpuan luaran merujuk kepada
tindakan atlet memberikan tumpuannya kepada stimulus yang terdapat di
persekitarannya atau luarannya. Contohnya, penjaga gol tadi perlu mengatasi
perasaan takut, tidak yakin dan bimbang untuk membuat keputusan yang tepat
dalam menghalang penjaringan bola penyerang. Penumpuan arahan ini adalah segala
di dalam diri atlet (fikiran emosi dan tindak balas) dan segala di luar atlet
(pemandangan dan bunyi).
Kehilangan tumpuan ini boleh menghalang prestasi pemain dan
menjadikan ia sebagai halangan dengan menyukarkan kemenangan. Oleh itu. psikologi
sukan boleh membantu atlet mempelajari kemahiran memberi tumpuan sepanjang
pertandingan berlangsung.
Gaya Tumpuan (Stail Tumpuan)
Ramai ahli psikologi sukan tertarik untuk mengetahui tentang stail
tumpuan seseorang ahli sukan. Stail
tumpuan boleh dimaksudkan sebagai kecenderungan seseorang individu menumpukan
perhatiannya kepada maklumat serta apa yang berlaku disekelilingnya dengan selesa. Ia boleh dikaitkan dengan ciri-ciri peribadi
yang stabil serta konsisten dalam semua situasi (Nideffer, 1993) Stail Tumpuan.
Kebanyakan kajian yang dilakukan dalam ruang lingkup stail tumpuan ini adalah
untuk menilai fokus tumpuan (pemusatan tumpuan) atlet terbabit iaitu kemampuan
menggunakan stail tumpuan yang sesuai dengan rangsangan atau tugasan yang perlu
dilaksanakan.
Terdapat empat gaya tumpuan yang biasanya boleh dilihat dalam
seseorang individu dalam kehidupan seharian. Gaya-gaya tumpuan ini ialah (i) luas
luaran (broad external), (ii) luas dalaman (broad internal), (iii) sempit luaran (narrow
external) dan (iv) sempit dalaman (narrow internal).
- Gaya tumpuan luas luaran. Kebiasaannya, individu yang mempunyai fokus luas luaran bertindak menilai pergerakan rakan dan pelawan semasa aktiviti sedang berlangsung. Sebagai contoh seorang posisi penjaga gol. Keadaan ini disebabkan tumpuannya luas untuk melihat posisi serta pergerakan pemain yang berada dan terlibat di padang.
- Fokus tumpuan yang bercorak luas dalaman biasanya menganalisis sesuatu situasi seperti memikirkan strategi serta taktik yang berkesan untuk mengatasi pihak lawan. Dengan itu, keadaan ini biasa dihadapi oleh seorang jurulatih semasa menyaksikan pasukan beraksi dalam sesuatu perlawanan.
- Seterusnya bagi individu yang mempunyai tumpuan bersifat sempit luaran kebiasaanya individu yabg menggunakan fokus sempit luaran memberikan tumpuan kepada sesuatu perkara sahaja. Keadaan ini biasanya dialami oleh atlet mamanah kerana mereka bersedia melepaskan anak panah kea rah sasaran.
- Sementara bagi atlet yang menggunakan fokus tumpuan yang bercorak sempit dalaman biasanya memberikan tumpuan kepada satu atau dua perkara sahaja. Keadaan ini selalu digunakan oleh atlet gimnastik yabg membayangkan pergerakannya yang akan dilakukan dalam acara senaman lantai.
Jelasnya, kemampuan menggunakan fokus tumpuan yang bersesuaian
berkait dengan individu yang mengalami kesukaran untuk “meluaskan” fokus tumpuan. Natijahnya, individu ini gagal
bertindak berdasarkan maklumat yang terdapat di persekitarannya.
Berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan dengan menggunakan
TAIS, Nideffer (1980) menggariskan beberapa profil penumpuan yang berbeza.
Pertama, individu yang mendapat skor yang tinggi bagi subskala OET dan OIT
serta skor rendah bagi NAR menunjukkan corak tumpuan yang kurang efektif
lazimnya sukar beralih dari fokus tumpuan dalaman kepada fokus tumpuan luaran.
Akibatnya, mereka lambat bertindak berdasarkan maklumat yang terdapat di
persekitaran.
Sesungguhpun penggunaan TAIS menunjukkan hasil yang positif,
terdapat juga beberapa penyelidik yang meragui kesahihan psikometrik TAIS.
Bagaimanapun, sebagai kesimpulannya, ujian ini mengkin lebih sesuai juka
digunakan sebagai alat diagnosis tumpuan jika dibandingkan sebagai alat untuk
meramal prestasi atlet.
Kesimpulan
kehilangan tumpuan walaupun Cuma beberapa saat sahaja
boleh mengakibatkan kekalahan atau kerugian yang besar. Bahkan ia boleh
menyebabkan kecedaraan serius atau kehilangan nyawa dalam acara sukan tertentu
seperti lumba kereta, motosikal dan gimnastik. Lebih malang lagi, kehilangan
tumpuan juga merupakan punca utama kemalangan jalan raya yang mengorbankan
banyak nyawa saban tahun di negara kita. Justeru itu, kemampuan menumpukan
perhatian bukan sahaja penting dalam bidang sukan malah ia penting dalam semua
aspek kehidupan.