Kemahiran Komunikasi
- Definisi Kemahiran Komunikasi
- Kemahiran komunikasi merupakan kemahiran untuk berhubung dengan orang lain. Aspek ini melibatkan penggunaan beberapa kemahiran seperti pendengaran yang aktif dan kawalan nada suara. Maka, kemahiran ini dapat dilihat pada diri seseorang dalam sifat kepimpinannya dan bagaimana beliau membahagi-bahagikan tanggungjawab kepada orang bawahannya.
- Jadi, penguasaan terhadap kemahiran ini dapat menggambarkan sebaik mana seseorang itu berkomunikasi dengan seseorang dan bagaimana pembawaan diri dalam urusan seharian yang melibatkan orang lain.
- Penguasaan yang baik dapat membantu memajukan kerjaya seseorang. Di sini, kemahiran ini dilihat dalam beberapa aspek kemahiran seperti kemahiran bukan lisan, kemahiran menyampaikan idea secara lisan dan bertulis dengan berkesan serta berkebolehan berinteraksi secara berkesan.
- Memiliki kemampuan berkomunikasi adalah keterampilan terpenting dalam kehidupan sosial kita. Walaupun kita telah merasa sebagai komunikator yang baik, selalu ada kesempatan dan peluang untuk memperkaya keterampilan berkomunikasi. Apalagi di era globalisasi seperti sekarang ini. Setiap individu yang merupakan komunikator yang baik tentu sangat mudah untuk mengembangkan empati dan kepercayaan dengan orang lain. Mereka mengadaptasi gaya komunikasi mereka agar sesuai dengan khalayak dan situasi dimana ia berada.
- Komunikasi adalah proses dua arah yang sangat komples. Proses komunikasi efektif melibatkan berbagai unsur komunikasi atau elemen-elemen komunikasi atau komonen-komponen komunikasi dan melalui tahap-tahao komunikasi sebelum kesamaan pemahaman dicapai. Selain itu, hambatan-hambatan komunikasi serta faktor-faktor yang mempengaruhi komunikasi juga berperan besar dan efektivitas komunikasi.
- Guffey dan Almonte mentakrifkan maksud komunikasi adalah permindahanmaklumat dan makna daripada satu pihak (penghantar) kepada pihak yang lain (penerima). Menurut sarjana ini, dalam sesuatu proses komunikasi akan melibatkan lima langkah, iaitu:
- Pengirim membentuk idea
- Pengirim merekodkan idea tersebut dalam satu mesej
- Mesej akan melalui saluran komunikasi
- Penerima merekodkan mesej tersebut
- Maklum balas dihantar kepada pengirim
Kepentingan Kemahiran Komunikasi
- Apabila berinteraksi dengan orang lain, kita perlu cuba menyelidiki mengapa seseorang memiliki tingkah laku tertentu. Pemahaman dan pengetahuan tentang konteks adalah perlu untuk membantu kita memahami tingkah laku orang lain. Penguasaan dalam perkara ini dapat mengelakkan kita daripada terus membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara tanpa melihatnya secar lebih terperinci.Salah satu daripada konteks penting yang mempengaruhi tingkah laku seseorang ialah aspek budaya. Perbezaan budaya sering dilihat sebagai faktor yang dapat menyukarkan komunikasi di antara dua orang yang dating daripada latar belakang budaya yang berbeza.
- Sebagai seorang jurulatih, beliau sepatutnya mengetahui latar belakang ahli-ahli beliau dan masalah yang dihadapi oleh mereka untuk membantu mereka dan tak kenal maka tak cinta, sekiranya jurulatih lebih dekat dengan ahli beliau, ahli-ahli pun ingin membalas jurulatih dengan perbuatan atau pretasi yang terbaik.Sebagai contoh, seorang ahli yang tidak berupaya membayar yuran seharusnya mendapat bantuan atau permahaman dari pihak atasan serta jurulatih supaya tidak melepaskan generasi-generasi yang berbakat.
Cara-cara Berkomunikasi
- Memberikan perhatian penuh kepada lawan bicara - Jika pendengar kita merupakan salah satu skala prioritas, maka ada baiknya kita berusaha untuk meluangkan waktu untuk berbicara. Kita beri perhatian penuh terhadap lawan bicara. Sedapat mungkin kita menghindari perhatian kita terpecah kerana kita memikirkan hal lain.
- Mengakui pikiran, gagasan, atau perasaan orang lain terlebih dahulu - Maksudnya adalah perlihatkan kesiapan kita untuk mendengarkan dengan menyedari dan mendengar pikiran, gagasan, dan persaan orang lain. Pemberian komentar mengindikasikan bahawa kita menyadari validitas perasaan orang lain.
- Berbicaralah dengan cara yang dapat diterima oleh orang lain - Ketika kita berhdapan dengan orang yang baru kita kenal, maka jiat harus berbicara dengan menggunakan kata-kata, nada suara, dan infleksi yang tepat. Jika kita melihat rekreasi yang tidak sesuai, maka kita perlu mengidentifikasi sumber kesalahpahaman dan menyatakan kembali pesan yang ingin kita sampaikan dengan cara yang dapat diterima oleh orang yang bersangkutan.
- Berbicara dengan pelan - Ketika kita berinteraksi dengan orang lain, maka kita harus berbicara dengan pelan, tidak perlu keras-keras, dan tidak terburu-buru. Hal ini agar orang lain mengerti dan memahami apa yang menjadi maksud dan tujuan kita berkomunikasi.
- Mengutarakan apa yang kita maksudkan dalam kata-kata yang berbeda - Sebuah komponen terpenting dan terkuat dari mendengarkan secara aktif adalah refleksi atau dikenal sebagai parafrase. Parafrase membiarkan orang lain mengetahui bahawa kita beruasaha untuk mengerti atau memahami. Cara melakukan parafrase adalah dengan mengulangi apa yang dikatakan oleh orang lain dengan menggunakan kata-kata sendiri tanpa memberikan penambahan apapun.
- Memberikan pertanyaan terbuka - Pertanyaan dapat diberikan ketika kita memerlukan pertolongan saat merasa tidak mengerti dengan apa yang dibicarakan. Kita dapat melakukannya melalui uji penafsiran tentang apa yang dikatakan oleh orang lain. Caranya adalah dengan memberikan pertanyaan terbuka yang relevan dan biasanya dimulai dengan “apa”, “bagaimana”, “tolong jelaskan”, atau “gambarkan”.
- Komunikasi dapat terjadi secara verbal maupun nonverbal seperti kata-kata, symbol-simbol, gambar-gambar, grafik, suara, nada suara, ekspresi wajah, pakaian, dan bahasa tubuh. Sebahagian besar komunikasi adalah kombinasi dari komunikasi verbal dan komunikasi nonverbal. Kita juga harus memahami berbagai komunikasi verbal dan nonverbal kerana dapat membantu kita menggunakan komunikasi verbal dan nonverbal secara efektif agar kita dapat memperbaiki cara berkomunikasi dengan baik dan mencapai keluaran terbaik dari berbagai situasi.
Komunikasi Lisan
- Alat utama komunikasi lisan adalah bahasa. Berbahasa yang baik dan efektif, padat dan jelas dalam menyampaikan pendapat atau perasaan dengan sopan adalah kunci kepada komunikasi lisan yang baik. Komunikasi ini berlaku apabila terdapat dua komunikator duduk secara bersemuka. Sebagai contoh, temuduga, mesyuarat, perbualan melalui telephone. Jenis komunikasi ini sangat dipengaruhi oleh beberapa aspek, iaitu:
- Perbendaharaan Kata
- Kelajuan
- Intonansi
- Humor
- Singkat dan Jelas
Komunikasi Bukan Lisan
- Komunikasi Bukan Verbal - Komunikasi lisan dan komunikasi bukan verbal sering beraku secara serentak. Harrison (1974) telah mencadangkan bahawa sebarang situasi komunikasi boleh dilihat sebagai satu peggabungan komunikasi lisan dan bukan verbal. Aspek-aspek komunikasi bukan verbal dan pengaruhnya meliputi hal-hal berikut:
- Ekspresi wajah: Menyebabakan komunikasi berkesan atau sebaliknya.
- Pandangan mata: Melakukan pendangan mata ketika berinteraksi bererti orang tersebut terlibat dan menghargai teman bicaranya dengan kemahuan untuk memerhatikan bukan sekadar mendengar sahaja.
- Sentuhan: Proses komunikasi akan berjalan dengan lebih baik dengan adanay sentuhan.
- Gaya tubuan dan gaya berjalan: Kedua-dua gaya ini mencerminakan emosi, konsep diri dan tahap kesihatan seseorang.
- Isyarat: Isyarat seperti mengerakkan tangan dan mengetuk-ngetuk kaki ketika berbicara, sebagai keseluruhan komunikasi merupakan ekspresi keadaan seseorang.
- Komunikasi Bertulis - Penulisan merupakan aktiviti merakamkan idea, pandangan atau pendapat dalam bentuk lambing-lambang bertulis atau grafik. Tujuannya ialah untuk menyalurkan mesej, berhubung atau berkongsi maklumat. Komunikasi ini mempunyai kelebihannya sendiri iaitu ia kekal dan boleh disimpan untuk kegunaan masa hadapan. Komunikasi ini berlaku secara spontan atau dirancang dan melibatkan beberapa faktor:
- Fakta
- Gaya
- Laras
- Pengolahan
- Bahasa
- Surat Rasmi
- Memo
- Emel
Kemahiran Teknikal
- Kemahiran teknikal adalah keupayaan untuk menggunakan kepakaran atau pengetahuan yang dimiliki seperti keupyaan untuk menggunakan pengetahuan yang spesifik, prosedur dan teknik dalam sesuatu bidang seperti kejuruteraan, kewangan, perakaunan dan pemasaran. Kemahiran ini amat diperlukan oleh jutulatih barisan pertama kerana mereka perlu menyelesaikan masalah harian berkaitan dengan aktiviti atau latihan yang dilakukan.
- Lazimnya, kemahiran teknikal yang dimiliki diperolehi daripada pendidikan formal yang kemudiannya dikembangkan melalui latihan yang sesuai dan pengalaman yang diperoleh daripada aktiviti atau latihan yang dilakukan. Contohnya, jurutera, doktor, pereka fesyen, dan jurulatih mempunyai kemahiran teknikal dalam bidang masing-masing.
- Kebolehan dalam menggunakan alat peralatan, peraturan, prosedur dan teknik dalam sesuatu kerja yang dapat membantu jurulatih dalam memahami cara melakukan sesuatu kerja. Kemahiran ini perlu ada pada jurulatih bawahan.
- Fizikal
- Dapat menjelaskan cara yang lebih efektif untuk menjayakan sesuatu kerja
- Dapat menjadi contoh kepada ahli-ahli
- Mempunyai stamina yang mencukupi untuk mengajar ahli-ahli
- Mempunyai kebolehan yang lebih tinggi untuk berlatih ahli-ahli
- Gigih berlatih untuk menjadi contoh ahli-ahli
- Mempunyai prestasi yang cemerlang supaya dihormati oleh ahli-ahli
- Boleh bertindak dengan berkesan
- Teknikal
- Pandai menggunakan peralatan yang akan digunakan dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan
- Mempunyai ilmu yang luas untuk menjelaskan cara-cara untuk menggunakan peralatan dalam aktivti yang akan dilaksanakan.
- Ahli-ahli dapat belajar cara yang betul untuk menggunakan peralatan
- Dapat mengelakkan kemalangan yang akan menyebabkan kecederaan
- Taktikal
- Mempunyai pandangan, cadangan, kaedah yang unik
- Memudahkan ahli-ahli untuk memahami aktiviti yang dijalankan
- Menarik perhatian ahli-ahli untuk melaksanakan aktiviti tertentu
- Kaedah- kaedah yang diberi seharusnya senang difahami dan tidak bosan
- Mempunyai pandangan yang berfungsi dan penting terhadap ahli-ahli tertentu
- Memberi cadangan yang berkesan untuk ahli-ahli meningkatkan prestasi mereka dalam sebarang pertandingan atau pertunjukan
- Mengetahui prosedur kerja
- Memahami keseluruhan kerja
- Mahir melaksanakan tugasan
- Memanfaatkan perkembangan teknologi
- Psikologikal
- Tidak mudah berputus asa
- Memberi cadangan sewaktu ahli-ahli gagal
- Sabar sewaktu memberi ganjaran terhadap ahli-ahli yang degil
- Tidak marah sekiranya ahli-ahli tidak mempunyai prestasi yang memuaskan
- Memberi kebimbingan kepada ahli-ahli supaya tidak berputus asa semasa gagal atau tewas
- Tidak menyebarkan perasaan yang negatif kepada ahli-ahli
- Tidak marah ahli-ahli sewaktu tidak gembira disebabkan perkara peribadi\
- Pandai menjaga emosi sendiri
- Pandai memerhati keadaan ahli-ahli supaya mereka tidak berasa stres waktu berlatih
Kemahiran Koseptual
- Kemahiran konseptual adalah berkaitan dengan kemampuan untuk menyelaras dan mengintegrasikan kesemua aktiviti organisasi. Dengan kata lain, ia melibatkan keupayaan untuk melihat organisasi sebagai satu set yang menyeluruh untuk memahami hubung kait di antara bahagian-bahagian di dalam organisasi dan mematahui sama ada organisasi dapat menyesuaikan diri dalam konteks yang lebih besar iaitu dalam konteks industri, masyarakat, dan dunia keseluruhannya serta mempunyai keupayaan untuk menjangka begaimanakah perubahan dalam mana-mana bahagian akan memberi kesan kepada keseluruhan organisasi.
- Kemahiran ini melibatkan keupayaan untuk menganalisis, menjangka, mengenal pasti masalah, memulihkan keadaan dan membuat keputusan dalam usaha untuk mempertingkatkan pencapaian organisasi.Kemahiran ini juga membolehkan jurulatih melihat keseluruhan gambaran organisasi dan bagaimana setiap bahagian diadun sebagai satu unik yang bersepadu dalam menyumbang ke arah pencapaian objektif sebagai menyumbang organisasi keselurhannya.
- Kemahiran konseptual ditambah dengan kemahiran teknikal dan kemahiran antara perorangan adalah perkara yang penting dalam memastikan prestasi kekal cemerlang. Kebolehan untuk memikirkan sesuatu masalah secara konseptual adalah banyak bergantung kepada keupayaan seseorang jurulatih untuk mendiagnosis situasi tertentu. Kebolehan memahami serta mentafsir konsep-konsep dan istilah-istilah dalam pengurusan organisasi, tugas utama perkhidmatan yang diberi, persekitaran serta perubahan yang sentiasa berlaku.