Teringat kisah salah sorang kawan baik saya, masa zaman
kanak-kanak dulu, ada ibu bapa yang bacakan buku kartun untuk anak-anak supaya
mudah tidur.
Tapi kawan saya ini, ibu bapa dia bacakan buku biomechanic untuk
dia tidur.
Kenapa kita perlu
tidur atau rehat?
Dalam sehari kita makan setiap 3 jam untuk memastikan kadar metabolisme badan
sentiasa dalam keadaan tinggi.
Juga untuk memastikan kita tidak berada
dalam catabolic state.
Apa itu catabolic state?
Ia adalah keadaan di mana
badan kita mula membakar otot sebagai sumber tenaga.
Bagaimana pada waktu malam, kita tidur 6 hingga 8 jam, badan
kita juga akan cecah tahap catabolic.
Bagaimana untuk mencegah diri kita dari mencecah tahap catabolic ini?
Antara cara mudah, boleh menggunakan makanan tambahan protein tinggi kandungan casein.
Apa kegunaan casein?
Untuk melambatkan menyerapan protein.
Jadi boleh maintain protein
selama 8 jam di dalam sistem percernaan.
Apa yang berlaku bila kita tidur?
Badan kita akan
mulakan operasi untuk memperbaik tisu-tisu yang dah rosak, mungkin disebabkan
aktiviti-aktiviti fizikal di siang hari. Masa tidur kita dipanggil post-absorptive
period.
Apa itu post-absorptive period ini?
Semasa kita memulakan hari kita di waktu pagi, kita panggil
post-prandial period.
Badan akan menyerap dan memproses semua nutrien sehingga
mencecah tahap keperluan asas glukosa dan tenaga, yang berlebihan akan disimpan
dalam bentuk glikogen dalam otot dan hati.
Selepas itu dipanggil post-absorptive period. Badan
kita akan berada dalam post-absorptive period yang lama ketika kita
tidur.
Badan akan menggunakan segala simpanan yang ada dalam badan untuk proses
membaik pulih otot dan perlu diketahui juga bahawa tidur juga memerlukan
tenaga.
Tapi kebanyakan orang
di Malaysia ini, saya sendiri pun pelik, bila diet, tak makan malam.
Bila tak makan malam, sebagai contoh menu terakhir pada jam
6 petang, menu sarapan pagi esoknya pada jam 8 pagi.
Ada 14 jam kita membiarkan badan craving makanan.
Kebiasaan selepas 3 jam badan akan tukar ke catabolic
state.
Jadi mereka yang tak makan selepas jam 6 petang akan
membakar otot-otot mereka.
Memanglah nampak kecik lepas diet cara begitu, tapi apa yang
kurang?
Otot!