Tujuan:
Mengukur keupayaan bertindak dan bergerak
pantas dan tepat berdasarkan rangsangan yang diberi.
Peringkat Umur:
Pelajar lelaki dan perempuan Kolej Matrikulasi Malaysia.
Kesahan:
logikal diterima (Nelson, 1967)
Kebolehpercayaan:
0.87 (Nelson, 1967)
Objektiviti:
0.83 (Nelson, 1967)
Kawasan Ujian:
Gelanggang konkrit yang mempunyai keluasan
yang mencukupi (sekurang-kurangnya 20 meter panjang dan 20 meter lebar).
Alatan:
Jam randek, pita penanda dan pita pengukur.
Prosedur:
- Satu garisan lurus ditandakan 14 meter panjang dan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kiri (7 meter) dan kanan (7 meter) serta di ditandakan satu garisan melintang di atas garisan lurus tempat subjek memulakan ujian.
- Subjek berdiri menghadap penguji di tempat Yang disediakan.
- Penguji memegang jam randek dan mengangkat tangan ke atas supaya mudah di lihat oleh subjek
- Subjek akan bergerak ke arah yang ditunjukkan oleh penguji dengan menurunkan tangan ke arah kiri atau kanan. Dalam masa yang sama penguji akan mengambil masa.
- Subjek dikehendaki membuat tindak balas segera kepada isyarat tangan penguji dengan berlari sepantas yang mungkin hingga ke garisan penamat (7 meter).
- Jam diberhentikan apabila subjek berjaya melintas garisan tepi yang betul, jika subjek memulakan pergerakan ke arah yang berlainan, masa akan dikira sehinggakan subjek berpatah balik dan berlari ke arah garisan tepi yang betul.
- Sepuluh percubaan diberi secara rawak dengan masing-masing lima percubaan ke kanan dan ke kiri. Rehat 20 saat antara percubaan diberikan kepada subjek.
Kiraan Skor:
- Masa setiap percubaan dicatatkan kepada 0.1 saat.
- Purata masa (saat) keseluruhan daripada sepuluh percubaan diambil sebagai skor ujian.