PENGENALAN
Pendidikan Luar
merupakan corak pendidikan yang menggunakan sumber-sumber di luar bilik darjah
untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Media utama pendidikan luar
adalah alam sekitar. Pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan kokurikulum yang
sedia ada untuk mengembangkan domain psikomotor, kognitif dan afektif.
Pendidikan luar juga bertujuan untuk memahami alam luar dari segi pertalian
ekologi. Ia juga bertujuan memupuk perasaan bertanggungjawab terhadap kualiti
alam sekitar. Pendidikan luar menggalakkan pelajar untuk menggunakan masa
lapang dengan bijak dan berfaedah melalui penglibatan dalam kegiatan fizikal
seperti berkayak, tali temali, bantu mula, keyakinan dalam air, ikhtiar hidup,
menyelam, pengurusan perkhemahan, memanjat dinding, orientasi dan sebagainya.
Pendidikan luar ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja
yang tersusun dan terancang. Sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar
bilik darjah. Dengan adanya pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan,
pendidikan luar mampu meningkatkan kualiti pelajar dalam melibatkan diri dengan
rakan, ahli masyarakat serta meningkatkan tahap disiplin diri. Menerusi
pelbagai aktiviti yang dijalankan, Pendidikan luar juga dapat menguji semangat
kerjasama secara berpasukan. Selain itu, pendidikan luar mampu memberikan
sumbangan yang besar dalam melahirkan individu yang benar-benar berkualiti serta
mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
DEFINISI
Berikut adalah
antara defifni Pendidikan Luar. Pendidikan luar sebagai sesuatu yang berkait
rapat dengan masa dan tempat. Bagi membantu untuk menjelaskan apakah yang
difahamkan dengan ‘pendidikan luar’, beberapa definisi diturunkan di bawah.
Tetapi harus diawasi bahawa definisi tersebut boleh berubah dan bertukar
mengikut zaman dan wilayah. (Brookes, 1991) Pendidikan luar adalah satu
“pendidikan dalam, untuk, dan menenai alam luar” Donaldson &
(Donaldson,1958, Outdoor Education : A definition , JOPER,29 (17),63)
Pendidikan luar merupakan satu “pendidikan ‘dalam’, ‘mengenai’ , dan ‘untuk’
alam sekitar. (Phyllis Ford, 1986) Pendidikan luar ialah “suatu perkara yang
mempunyai perkaitan. Perkaitan tersebut mengenai bukan sahaja sumber semula
jadi , tetapi juga manusia dan masyarakat”. (Simon Preist,1986, Redefining
Outdoor Education, Journal of Environmental Education, 17 (3) 13)
Pendidikan luar
merujuk kepada sekumpulan kecil mamusia yang menyertai aktiviti-aktiviti
“adventure” yang terancang di dalam suasana semula jadi dan menjadikan diri
sendiri sebagai sumber utama untuk menyelesaikan masalah. (Neill 2003)
Pendidikan Luar merupakan “kaedah pembelajaran melalui pengalaman dengan
mengaplikasikan kesemua deria panca indera. Ia berlaku, terutamanya melalui pendedahan
kepada persekitaraan semula jadi. Dalam pendidikan luar penekanan untuk subjek
yang dipelajari ke atas perkaitan antara manusia dan sumber alam”. (Lund 2002)
Pendidikan Luar ialah “satu fenomena pengalaman pendidikan antarabangsa yang
melibatkan manusia dalam aktiviti merbahaya bagi meningkatkan kesejahteraan
individu, masyarakat dan persekitaraan”. (Neill 2002)
(a) Pendidikan
Luar Zaman Purba Tidak
dapat dipastikan
bilakah pondidikan luar bermuIa. Namun menurut Slivors (1989), pendidikan luar
telah dijalankan sejak zaman kuno lagi. Ia banyak melibatkan aktiviti alam
semula jadi. Penglibatan manusia dengan alam semula jadi untuk mendapatkan
makanan amat penting sejak zaman awal kewujudan manusia. Manusia di zaman purba
perlu memburu haiwan untuk mendapat bahan makanan. Mereka tinggal di gua dan
kemudian menggunakan sumber daripada alam semula jadi untuk membina habitat.
Kanak-kanak zaman purba dilatih awal lagi untuk membina kehidupan mengikut
zaman ilu. Corak latihan zaman purba adalah dalam bentuk memburu, membina
tempat tinggal, menjaga keselamatan dan memasak merupakan permulaan pendidikan
luar.
(b) Pendidikan
Luar Era Moden Pada Tahun 1907,
Lord Badon
Povell yang merupakan pengasas pergerakan pengakap dunia telah membawa 12 orang
remaja ke Pulau Brownsea. Selepas itu, beliau telah menganjurkan banyak program
pendidikan luar. Di peringkat awal, program pendidikan luar lebih tertumpu
kepada kekuatan fizikal, kemahiran perkhemahan dan disiplin dalam persatuan
serta sebagai ahli persatuan. Di peringkat awal juga, program pendidikan luar
dianjurkan oleh badan-badan beruniform contohnya pengakap dan pandu puteri.
Sejak awal lagi, manusia sudah berinteraksi dengan alam semula jadi. Hanya
kebelakangan ini, manusia mula memisahkan diri dari alam semula jadi.
Pendidikan wujud
sejak manusia dilahirkan, oleh itu pendidikan luar telah bermula sejak
kewujudan manusia di dunia ini. Sejarah sosio-budaya menyatakan, pendidikan
luar memperlihatkan suatu gambaran interaksi dengan alam sejak manusia berubah
tempat tinggal dari alam luar ke bangunan dan rumah. Tamadun barat
mendokumentasikan permulaan pendidikan luar secara formal pada awal tahun 60an
dengan tertubuhnya pergerakan Outward Bound di Colorado (Neill (2004) yang
kemudiannya bercambah melalui Project Adventure (1971) dan National Outdoor
Leadership School pada tahun 1974. Secara keseluruhannya Outward Bound, Project
Adventure dan NOLS menjadi 3 badan utama dalam pendidikan luar di Amerika
hingga kini. Di Malaysia, pendidikan luar secara tidak formal bermula dengan
aktivinya dijalankan di maktab perguruan untuk pelatih guru yang mengikuti
program pendidikan jasmani. Aktiviti seperti berkayak, menjelajah, mendaki
gunung dan perkhemahan diperkenalkan kepada guru pelatih yang menuntut di
Maktab Perguruan Ilmu Khas sejak tahun 60an lagi. Dengan tertubuhnya program
Pengajian Ijazah Pendidikan (Pendidikan Jasmani) di Universiti Putra Malaysia
pada tahun 1979, pendidikan luar menjadi satu mata pelajaran formal secara
rasmi. Kini hanya dua buah institusi pengajian tinggi sahaja manawarkan kursus
formal pendidikan luar dalam program pengajiannya iaitu Universiti Pendidikan
Sultan Idris dan Universiti Putra Malaysia. Aktiviti pendidikan luar sudah pun
diterapkan ke dalam kurikulum pendidikan jasmani sekolah tetapi ia hanya
bercorakkan aktiviti luar ke arah rekreasi.
MATLAMAT
PENDIDIKAN LUAR
Seperti definisinya yang berbagai, matlamat
pendidikan luar juga pelbagai rupa. Priest dan Gass (1997) menyenaraikan empat
program untuk mencapai tujuan seperti berikut mengikut hairaki kepentingannya;
- Rekreasi bertujuan untuk mengubah cara manusia merasai nikmat matlamatnya ialah kesenggangan, keseraokan dan bersuka ria.
- Pendidikan betujuan untuk mengubah cara manusia berfikir dan merasai nikmat : dimana matlamatnya ialah untuk mempelajari kemahiran dan pengetahuan.
- Pertumbuhan bertujuan untuk mengubah cara manusia merasai nikmat, berfikir dan bertindak. Matlamatnya ialah untuk membina objektif kendiri, mendisiplinkan diri sendiri dan menghasilkan “self esteem”.
- Pemulihan/Mengubah Panduan bertujuan mengubah cara manusia merasai nikmat, berfikir, bertindak dan menentang. Kepada empat matlamat yang diajukan oleh Priest dan Gass, Neill (2003) bercadang menambah 3 lagi program ke arah matlamat memupuk; kemasyarakatan, Perhubungan/Kekeluargaan, Ekosistem, Rohaniah
Program
pendidikan luar mempunyai hasrat untuk perkembangan diri, terutamanya
peningkatan kemahiran hidup individu dan keupayaan menghadapi cabaran hidup
moden. Memberi peluang kepada pelajar mempelajari kemahiran-kemahiran alam
sektiar dan “adventure” boleh juga menjadi matlamat kepada pelajar untuk
mengalami hidup di alam luar. Kemungkinan besar, tujuan umum program pendidiakn
luar merupakan “perkembangan individu” - matlamat tersebut untuk meransang :
- Keyakinan diri
- Kesedaran terhadap diri
- “team work” tanggungjawab kumpulan
- Kemahiran sosial / interpersonal skills
- Sikap dan motivasi
Program
pendidikan luar juga tidak ketinggalan dapat meningkat serta memberi input dan meransang
:
- kemajuan akademik
- semangat kemasyarakatan dan
- kebaikan persekitaran.
Selain itu
banyak kelebihan yang dapat diperoleh daripada Program Pendidikan Luar,
antaranya;
- memberi peluang pembelajaran
- memberi cabaran kapada peserta
- mendedahkan peserta kepada ilmu menangani bahaya dan risiko
- memberi peluang memimpin
- melatih diri berdikari belajar berinteraksi antara individu
- mengenali, serta menghargai alam sekitar
- mendekatkan diri peserta dengan tuhan.
JUSTIFIKASI
AKTIVITI
(a) Aktiviti Kembara
Peserta terpaksa
merentasi bukit bukau, danau dan sungai. Keadaan ini akan melatih peserta
supaya percaya kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran dan rintangan.
Latihan- latihan ini akan membentuk mereka untuk menjadi kuat dari segi emosi,
jasmani dan zikal. Selain daripada aktiviti-aktiviti fizikal yang terdapat
dalam program pendidikan luar, peserta kursus juga berpeluang untuk mengenali
serta mengamati jenis-jenis flora dan fauna yang terdapat di alam semula jadi.
Peserta terpaksa
merentasi bukit bukau, danau dan sungai. Keadaan ini akan melatih peserta
supaya percaya kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran dan rintangan.
Latihan- latihan ini akan membentuk mereka untuk menjadi kuat dari segi emosi,
jasmani dan zikal. Selain daripada aktiviti-aktiviti fizikal yang terdapat
dalam program pendidikan luar, peserta kursus juga berpeluang untuk mengenali
serta mengamati jenis-jenis flora dan fauna yang terdapat di alam semula jadi.
Aktiviti kembara
dapat menyemai nilai-nilai murni seperti:
- Bekerjasama antara ahli kumpulan
- Bersyukur dengan kebesaran Tuhan
- Memelihara alam sekitar
- Berdisiplin
- Berdikari
- Bekerjasama
- Menepati masa
- Sabar
- Cinlakan negara
- Bersikap positif
- Kepimpinan
- Setia
- Kreatif
(b) Aktiviti membaca
peta dan kompas
Peserta dapat
menganalisa dan mengkaji secara langsung corak struktur muka bumi sesuatu
kawasan. Jurulatih yang mempunyai pengetahuan dalam bidang geologi unsur-unsur
batuan seperti jenis batuan setempat, dapat menerangkan kepada peserta tentang
mineral yang terdapat di sesuatu kawasan. Dalam aktiviti kembara, aplikasi
pendidikan matematik seperti mengira menggunakan kos, sin dan tangen boleh
digunakan dalam aktiviti mengukur atau mengagak ketinggian. Banyak lagi
disiplin ilmu yang boleh diaplikasikan dalam satu program pendidikan luar.
Pendidikan luar
perlu dirancang dengan teliti. Antara aspek perlu dikirkan oleh perancang
kurikulum pendidikan luar ialah:
Pembangunan
kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berkir serta menginterpretasi.
Dengan kata lain, pembangunan kognitif melibatkan penjanaan pemikiran yang
terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan,
pengamatan dan pengukuhan. Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar
membolehkan pelaksanaan pendidikan luar dengan berkesan. Contohnya, sebeIum
mengikuti pendidikan luar pelajar perlu mempelajari cara melaksanakan sesuatu
aktiviti yang hendak dilakukan dari segi teknik dan disiplin. Kefahaman dan
penghayatan cara atau teknik pelaksanaan membawa kepada pelaksanaan yang lebih
cekap dan berkesan. Pengetahuan tentang disiplin pendidikan luar juga penting
bagi menjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna.
Program pendidikan luar yang baik bukan saja memberi kekuatan zikal tetapi juga
kekuatan kognitif. Dengan kata lain, pendidikan luar bukan sahaja memberi
latihan zikal tetapi juga unsur kemahiran berkir seperti penyelesaian masalah,
pemahaman, penilaian dan kreativiti.
Aspek motor
memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan. Ini
juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan, daya tahan
kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Antara aspek
kemahiran psikomotor yang perlu difokuskan dalam pendidikan luar ialah:
Imej tubuh:
- Kawalan objek
- Orientasi spatial (ruang)
- Kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor
- Perkembangan kemahiran
- Kecergasan
(iii) Aspek afektif
Matlamat utama
yang diingini dalam hampir kesemua program pendidikan luar pada umumnya
tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan
individu melibatkan sikap, emosi, aspirasi dan nilai serta pembentukan sahsiah.
Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang
lain.
Pendidikan luar
memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana
hubungan yang akrab akan berlaku ketika menjalankan aktiviti pendidikan luar.
Pendidikan luar
menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf sumbangan,
kepentingan menjaga kesihatan, penggunaan masa lapang dengan berguna, memiliki
sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta
bekerjasama secara berkumpulan bagi menjayakan aktiviti zikal. Aktiviti
pendidikan luar akan membentuk emosi yang stabil. Contohnya, dengan aktiviti
pendidikan luar peserta akan membentuk persefahaman serta berperanan secara
luaran dan dalaman diri.
Pendidikan luar
dapat membantu pembangunan sosial. Ia membantu individu menyesuaikan diri
dengan keadaan dan ahli masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna dan
teratur, pendidikan luar berperanan sebagai jambatan utama untuk mencapai
matlamat sosial. Penglibatan pelajar di dalam aktiviti fizikal dapat memupuk
integrasi antara kaum. Melalui aktiviti-aktiviti fizikal adalah diharapkan
negara dapat melahirkan rakyat yang sihat serta menggalakkan integrasi kaum dan
mengelakkan perselisihan faham. Penyertaan pelajar dalam aktiviti fizikal
membolehkan mereka berinteraksi dengan rakan sebaya dan mewujudkan perpaduan
sesama mereka.
Tujuan
Pendidikan Luar
(a) Tujuan
pendidikan Iuar borganlung kopada kolondak ponganjur. Tujuan pendidikan luar
perlu menjawab persoalan: Apakah kehendak dan keperluan pondidikan Iuar
dianjurkan` Tordapal boborapa kalogori konapa pondidikan Iuar diadakan. Di
antara kategorinya ialah:
Pendidikan luar
yang bertujuan membina ketahanan zikal. Pendidikan luar ini dilaksanakan bagi
melihat keupayaan zikal pesertanya. Peserta dapat membina kekuatan motor serta
kemahiran dalam aktiviti zikal. Program pendidikan luar ini biasanya dianjurkan
oleh badan-badan atau persatuan-persatuan pendidikan luar di peringkat daerah
atau negeri.
(b) Pendidikan
luar yang bertujuan untuk memberi pendidikan tentang ilmu pengetahuan dan
membentuk disiplin dalam badan beruniform. Dalam pendidikan bercorak ini
peserta kursus akan didedahkan kepada ilmu perkhemahan, disiplin dan cara
menghormati uniform. Pendidikan luar ini dianjurkan oleh badan-badan beruniform
seperti Pengakap, Puteri Islam dan Persatuan Bulan Sabit Merah.
(c) Pendidikan
luar yang bertujuan untuk mengubah corak pembelajaran tradisional di kelas
kepada corak pembelajaran di luar kelas supaya pelajar tidak bosan dan boleh
berinteraksi dengan alam sekitar sebenar. Pelajar dapat berinteraksi dengan
bahan dan keadaan sebenar, contohnya pendidikan luar bagi subjek geogra.
Pendidikan luar ini lebih tertumpu kepada aktiviti akademi.
(d) Pendidikan luar yang digunakan untuk
membentuk perpaduan. Ia lebih bertumpu kepada aktiviti kerjasama dan
berkumpulan. Pendidikan luar ini selalu dianjurkan oleh badan- badan belia dan
perpaduan.
(e) Pendidikan
luar yang bertujuan untuk melihat dan mengasah kepimpinan pelajar. Dalam setiap
aktiviti pendidikan luar, pelajar akan dipimpin. Ini memupuk dan merangsang
sifat kepimpinan dan mempelajari cara kepimpinan. Aktiviti pendidikan luar ini
adalah tempat terbaik bagi pelajar mengasah bakat kepimpinan mereka.
(f) Pendidikan
luar yang meneguhkan kepercayaan terhadap kewujudan pencipta alam. Pemerhatian
keindahan serta sifat alam semula jadi akan meneguhkan kepercayaan serta rasa
kesyukuran terhadap pencipta. Pendidikan luar ini biasanya dianjurkan oleh
persatuan- persatuan agama.
(g) Pendidikan
luar yang dilihat sebagai jalan terbaik untuk berekreasi. Peserta dapat
mengurangkan rasa tertekan dengan menyertai aktiviti zikal yang mencabar.
Aktiviti ini dapat mengubah suasana bilik darjah dan rumah kepada suasana lapang
dan bebas.
(h) Pendidikan
luar yang merangsang pembentukan sahsiah yang baik di kalangan pelajar. Pelajar
ditanam dengan nilai-nilai terpuji. Pendidikan luar ini bertujuan untuk menanam
sifat- sifat terpuji serta membentuk sahsiah yang cemerlang.
Aktiviti
Pendidikan Luar
Aspek utama yang
perlu diperhatikan dengan serius dalam aktiviti pendidikan luar adalah aspek
keselamatan. Aktiviti pendidikan luar perlu di rancang dan dilaksanakan
mengikut kesesuaian masa, persekitaran serta kemampuan dari aspek kemudahan,
peralatan dan kepakaran. Secara keseluruhan aktiviti pendidikan luar perlu
dirancang dan dilaksanakan berdasarkan objektif, tujuan dan konsep pendidikan
luar.
Secara amnya,
terdapat dua aktiviti pendidikan luar yang dilakukan aktiviti air dan aktiviti
darat:
(i) Aktiviti Air
Merangkumi segala aspek yang berkaitan dengan
aktiviti air yang dilakukan sama ada di sungai, tasik dan laut seperti:
- Berkayak
- Snorkelling
- Berakit
- Keselamatan air
(ii) Aktiviti Darat
Dilaksanakan di
kawasan darat sama ada di tepi pantai, di kaki gunung atau di atas gunung. Antara
aktiviti darat ialah:
- Perkhemahan
- Kajian alam sekitar
- Abseiling
- Tracking
- Perkhemahan solo
- Membina istana pasir
- Aktiviti berjalan berhalangan
- Orienteering.
RUMUSAN
Pendidikan luar
adalah aktiviti fizikal yang berlaku di luar kelas serta mempunyai kurikulum
yang terancang dengan rapi serta mengambil kira aspek keselamatan dan
pendidikan (psikomotor, kognitif dan afektif) sebagai komponen utama. Untuk
mencapai objektif yang tersurat dan tersirat, pendidikan luar menggunakan
sumber luar bilik darjah. Alam semulajadi bertindak memperkembangkan
pengetahuan, kemahiran dan sikap individu. Pendidikan luar meningkatkan
kefahaman terhadap alam sekitar, pertalian dan ekologi serta penghargaan dan
tanggungjawab manusia terhadap kualiti alam sekitar.
Pendidikan luar membentuk
insan yang mempunyai nilai dan sahsiah yang teguh serta mengamalkan cara hidup
yang sihat. Pendidikan luar juga akan memupuk individu yang dapat menggunakan
masa lapang dengan bijak melalui penglibatan dalam kegiatan rekreasi.
Rujukan
AbduI AIim AbduI
Ralim. (1992). Panduan perkhemahan, simpulan dan pioneering, Kuala Lumpur:
Fajar Bakti. ModuI Bina Insan Guru. (2OOO). Bahagian pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia.
ModuI Pendidikan Luar. (1993). Balagian Pendidikan Guru Kemenlarian Pendidikan Malaysia.
IlyIIis Lord. (1981).
Principles and practices of outdoor/environmental education. New York: WiIay.
C. A. Iovis. (1975). The administration of outdoor education programs.
Dubuque,
IA: Kendall-Hunt. D. R. Hammorman, W. M. Hammorman, & L. I. Hammorman.
(1985). Teaching in the outdoors.
Danville, IL: Interstate. Simon Iriosl.
(1986). Redening outdoor education, journal of environmental education, 17(3):
13.