Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Ahad, 11 Februari 2018

Pentadbiran Instrumen Ujian Kecergasan fizikal Dalam kajian Rintis


TUJUAN:                        
Mendapatkan nilai pekali korelasi kebolehpercayaan ujian kecergasan fizikal.

PERINGKAT UMUR:          
Pelajar lelaki dan perempuan kolej matrikulasi. 

KEBOLEHPERCAYAAN:      
Ditentukan dengan kaedah uji dan ulang uji setiap ujian kecergasan fizikal 
(Baumgartner & Jackson, 1999).

KESAHAN:                     
Berdasarkan kaedah kesahan logikal dan nilai pekali korelasi daripada kaedah 
kesahan sejajar bagi setiap ujian kecergasan fizikal.

MASA DAN BILANGAN:     
12 pelajar bagi setiap Tingkatan dengan sembilan ujian diuji dalam jangka masa 
45 minit.

KEMUDAHAN:                
Gelanggang konkrit dan padang permainan bola sepak.

ORGANISASI UJIAN:
i. Seramai 12 pelajar yang menjadi subjek mewakili Tingkatan Satu, Dua, Tiga, Empat, dan Lima mengambil ujian kecergasan fizikal pada masa yang ditetapkan. Ujian kecergasan fizikal dijalankan di sekolah terpilih dengan bantuan pembantu penyelidik yang dilatih mentadbirkan ujian dan mencatatkan skor ujian.

ii. Kesemua 17 ujian kecergasan fizikal akan dijalankan dalam tempoh dua hari untuk Tingkatan Satu dan Dua dan tiga hari lagi untuk Tingkatan Tiga, Empat dan Lima.

ii. Keseluruhan masa ujian bagi semua sampel kajian bagi setiap sekolah adalah sepuluh hari iaitu lima untuk ujian pra dan lima untuk ujian pasca. Sebanyak sembilan ujian dijalankan pada hari pertama dan lapan ujian lagi dijalankan pada hari kedua.

iii. Berdasarkan bilangan ujian yang dijalankan, subjek dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama membuat sembilan ujian pada hari pertama dan lapan ujian pada hari kedua. Setiap kumpulan bagi sesuatu ujian mempunyai seorang penguji atau pencatat skor.

iv. Subjek memulakan ujian di stesen permulaan yang ditetapkan dan seterusnya bertukar dari satu stesen ke satu stesen mengikut urutan sehingga selesai kesemua ujian.  

v. Subjek akan melakukan ujian kecergasan fizikal berdasarkan urutan berikut;

Sesi Ujian Hari Pertama; 
1.                  Ujian lari pecut 30 meter
2.                  Ujian mengelecek bola keranjang
3.                  Ujian kayu bass menegak
4.                  Ujian lompat kuadran
5.                  Ujian melontar bola keranjang
6.                  Ujian lompat jauh berdiri
7.                  Ujian tindak balas pilihan Nelson
8.                  Ujian ketangkasan SEMO
9.                  Ujian lompat menegak

Sesi Ujian Hari Kedua; 
1.                  Ujian pergerakan kepantasan tangan 
2.                  Ujian lari ulang alik 30 kaki
3.                  Ujian mengawal–mengelecek AAHPERD
4.                  Ujian lari pecut 50 ela
5.                  Ujian lompat kuasa menegak
6.                  Ujian kayu bass melintang
7.                  Ujian lari pecut 6 saat
8.                  Ujian dirian bangau

PROSEDUR AM:
i. Memastikan subjek mengambil bahagian dengan penuh minat dan rasa bertanggungjawab.

ii. Subjek diberi penerangan dan demonstrasi tentang protokol melakukan ujian kecergasan fizikal. Semua sesi ujian dijalankan dengan berpandukan prosedur am ujian seperti berikut:-

(a) Organisasi

i. Memastikan semua kemudahan dan peralatan ujian berada dalam keadaan sempurna dan selamat digunakan. Semua kedudukan tanda garis dan saiz mengikut spesifikasi yang tepat.

ii. Menempatkan semua subjek di suatu sudut kawasan ujian untuk sesi taklimat.

(b) Taklimat am ujian

i. Subjek dimaklumkan tentang tujuan dan objektif ujian kecergasan fizikal adalah untuk mendapat data bagi tujuan penyelidikan dan bukan untuk diterbitkan.

ii. Menerangkan langkah-langkah keselamatan yang perlu diberi perhatian sebelum, semasa dan selepas ujian.

iii. Menerangkan kesan selepas melakukan ujian ke atas kesihatan subjek seperti kelesuan otot. Mengenal pasti subjek yang mempunyai masalah kesihatan dan diberi pengecualian.

(c) Pengakuan Persetujuan subjek

i. Subjek diminta menandatangani borang pengakuan persetujuan untuk melakukan ujian secara sukarela.

(d) Protokol menjalankan ujian

i. Memanaskan badan sebelum membuat ujian dengan membuat aktiviti regangan dan kelonggaran.

ii. Menerangkan prosedur menjalankan setiap satu ujian kecergasan fizikal.

(e) Sesi penutup

i. Menjalankan aktiviti menyejukkan badan.

ii. Membuat rumusan tentang ujian yang dijalankan





Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...