Waktu pagi, petang atau malam?
Sebenarnya anda bebas bersenam pada waktu yang anda rasakan
sesuai bergantung kepada gaya hidup masing-masing.
Senaman di awal pagi
Ramai menyokong bahawa senaman pada waktu pagi adalah waktu
terbaik untuk dilakukan. Waktu ini jugalah antara waktu paling liat untuk anda
lakukan senaman.
- Melanjutkan kesegeran dan mood - Kajian yang dilakukan terhadap para pelajar yang bersenam hanya 20 minit di awal pagi mendapati kesegaran dan keceriaan mereka berterusan sehingga ke tahap 12 jam selepas melakukan senaman. Ini membuatkan orang yang bersenam waktu pagi lebih produktif dan ceria serta segar sepanjang melaksanakan tugasan untuk sepanjang hari itu.
- Membakar lebihan lemak dalam badan - Mereka yang bersenam sebelum mengambil sarapan pagi didapati mampu membuatkan badan membakar segala lemak berlebihan yang ada dalam badan ke tahap yang maksima. Tubuh juga memproses gula dalam badan lebih baik dan membuatkan tahap penerimaan glukos dalam badan meningkat.
- Memberikan tenaga lebihan sepanjang hari - Mungkin ada yang rasa bersenam waktu pagi membuatkan anda keletihan selepas itu dan kurang tenaga untuk tugasan selepasnya. Itu adalah silap menurut kajian sebenar yang dilakukan oleh pengkaji. Mereka yang dah biasa bersenam waktu pagi sebagai amalan tetap didapati telah meningkat tenaga dan kekuatan otak berada ditahap yang tinggi dan kreatif dan itu berlanjutan sepanjang 12 jam selepas bersenam.
- Aktiviti pembakaran kalori berterusan - Jika anda bersenam badan membakar sebanyak 420 kalori tenaga, kajian mendapati pembakaran tenaga berterusan walau anda sudah habis bersenam sehingga ke tahap 190 kalori lagi. Ini membuatkan anda bertenaga dan cergas bergerak selepas itu dan ianya kekal berpanjangan. Berbanding jika anda tidak bersenam waktu pagi, kesannya adalah pergerakan anda akan menjadi lembab dan kelihatan kurang bermaya dan asyik nak lepak dan duduk saja.
Senaman di waktu petang dan malam
Realitinya tidak semua mampu untuk bangun seawal pagi
dan bersenam. Jangan risau, ada lagi waktu lain yang juga sesuai untuk anda
praktikkan untuk senaman sehari-harian. Petang atau malam merupakan antara
waktu ideal selain pagi.
- Senaman pada waktu petang atau malam dapat membantu Mengurangkan tekanan yang dihadapai seharian kerana otak pada ketika ini akan bertindak lebih aktif dan memfokuskan kepada pergerakkan badan yang dilakukan. Sekaligus akan membuatkan tubuh lebih cergas dan mengalirkan cas-cas positif dalam badan. Seeloknya bersenamlah sebelum waktu makan kerana ia dapat mengawal kadar makanan yang diambil pada waktu malam.
- Lebih manfaat buat anda yang bersenam pada waktu petang kerana anda boleh melakukan senaman yang lebih berat berbanding waktu pagi kerana anda mempunyai waktu yang cukup untuk berehat sepanjang malam.
Walaubagaimanapun, semuanya terpulang kepada anda
untuk bertindak!