Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Selasa, 31 Oktober 2017

Konkusi @ Concussion


Konkusi/concussion boleh mengganggu persiapan fizikal, mental dan pencapaian sukan seseorang atlet.

Ramai beranggapan bahawa sukan bercorak fizikal seperti ragbi, tinju dan bola sepak mampu menyumbang kepada konkusi apatah lagi apabila pemain kerap berdepan dengan insiden rempuhan.

Impak disebabkan konkusi mungkin tidak menyebabkan kecederaan luaran seperti luka atau bengkak tetapi jika tidak ditangani dengan baik, ia mungkin menjejaskan karier seseorang atlet.

Konkusi adalah kecederaan otak yang menyebabkan gangguan terhadap fungsi otak.

Konkusi boleh berlaku apabila mekanisma kecederaan memberi impak secara terus ke bahagian kepala atau tidak terus melalui gegaran dari bahagian tubuh lain.

Kecederaan ini menyebabkan simptom dan tanda fizikal tertentu, lazimnya tidak melibatkan seseorang atlet itu pengsan dan mempunyai spektrum kecederaan yang lebih luas.

Konkusi boleh dikesan apabila terdapat simptom dan tanda fizikal selepas impak kecederaan seperti gangguan ingatan, masalah imbangan badan atau perubahan tingkah laku.

Ujian imbasan otak selepas konkusi selalunya adalah normal.

Masalah utama yang perlu diberi perhatian berkaitan kecederaan konkusi adalah:
  1. Risiko kecederaan otak adalah serius dan boleh menyebabkan kematian serta berpotensi meningkatkan enam kali ganda risiko kecederaan yang lain    sekiranya masih meneruskan aktiviti selepas mengalami konkusi.
  2. Kadar kesederaan yang rendah di kalangan masyarakat untuk mengenalpasti tanda-tanda konkusi apabila ia berlaku.
  3. Kadar pengetahuan dan kemahiran yang rendah termasuk dalam kalangan pengamal perubatan untuk menguruskan kecederaan konkusi.
  4. Kesan jangka panjang yang menyebabkan potensi masalah neurologi serius disebabkan konkusi berulang masih tidak diketahui secara mendalam.
Selain mengancam keselamatan dan kesihatan atlet, konkusi boleh mengganggu persiapan fizikal, mental dan pencapaian sukan.

Sukan menyumbang satu daripada lima kes kecederaan berkaitan konkusi yang membabitkan kemasukan ke hospital.

Hampir setiap sukan boleh menyumbang kepada kecederaan disebabkan elemen sentuhan/contact yang berlaku dalam mekanisma kecederaan sukan.

Risiko kecederaan konkusi adalah lebih luas, bukan sahaja boleh berlaku semasa pertandingan malah boleh berlaku semasa sesi latihan, tetapi kemalangan di dalam rumah juga menyumbang kepada kecederaan ini.

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...