Diperkenalkan di Jerman oleh Dr.
Woldmar Gerschler dan Hans Reindell pada awal tahun 1930an. Merupakan satu
latihan yang saintifik yang mempunyai jeda kerja dan jeda rehat. Selain
meningkatkan sistem kardiovaskular dan daya tahan otot, latihan ini dapat
meningkatkan ketangkasan, fleksibiliti, koordinasi, kekuatan dan kelajuan.
Aktiviti
dijalankan berulang-ulang dalam masa yang singkat dan terdapat masa rehat
antara setiap ulangan. Variable-variable seperti intensiti latihan, bilangan
ulangan, bilangan set, jeda rehat, jenis aktiviti dan frekuensi latihan boleh
dimanipulasikan mengikut keupayaan atlet dan objektif program.
Bagi
latihan jeda jarak jauh, nisbah kerja kepada rehat adalah antara 1:1/2 hingga
1:1 bergantung kepada jarak larian atau masa yang diambil untuk menamatkan
sesuatu larian. Contohnya adalah seperti berikut:
Masa larian = 20 minit
Masa rehat = 10 minit
Nisbah jeda kerja
kepada jeda rehat = 1:1/2
Masa larian = 5 minit
Masa
rehat = 5 minit
Nisbah jeda kerja
kepada jeda rehat = 1:1
Ulangan yang dicadangkan adalah
antara 2 hingga 3 ulangan bagi jarak yang lebih jauh dan antara 3 hingga 4
ulangan bagi jarak yang kurang daripada 800 m bagi sekali larian. Sementara itu
jumlah set yang dicadangkan adalah sama seperti jumlah ulangan, dan rehat
antara set ditentukan oleh kadar denyutan nadi iaitu apabila kadar nadi turun
kepada 120 denyut seminit, barulah set kedua dimulakan.
Cadangan Latihan Jeda :
Aktiviti
|
Larian
|
Intensiti Latihan
|
Melakukan
larian dalam jarak 1500 m
|
Jeda Kerja
|
8 minit
|
Jeda rehat
|
4 minit
|
Nisbah Kerja Rahat
|
1 : ½
|
Ulangan dan Set
|
3 kali x 2
set
|
Aktiviti jeda
|
Berjalan aktif
|
Jeda rehat antara set
|
Apabila kadar
nadi kembali ke 120 d.s.m set dimulakan.
|