Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Khamis, 30 Mac 2017

Kesan Latihan Aerobik Terhadap Sistem Kardiovaskular


Kardiovaskular 
Fungsi utama sistem kardiovaskular semasa latihan ialah untuk menghantar darah ke tisu – tisu aktif iaitu membawa oksigen dan bahan – bahan makanan, dan memindahkan bahan – bahan kumuh metabolisme.

Kadar Degupan Jantung 
Semasa rehat degupan jantung ialah 60 – 80 denyutan dalam satu minit (DSM); bagi individu – individu yang paling mendap debaran jantung (DJ) mungkin melebihi 100 DSM; dan bagi atlit yang mempunyai daya tahan yang tinggi, DJ mereka ialah antara 28 – 40 DSM seperti pelari marathon.

Apabila memulakan senaman DJ bertambah serta – merta dan mendatar selepas satu hingga dua minit (mencapai suatu keadaan yang tetap).  Pendataran ini berkaitan dengan kehebatan latihan sehingga DJ maksimum tercapai.  Pada peringkat ini DJ tidak lagi bertambah walaupun kehebatan senaman di pertingkatkan.

Kesan serta-merta latihan yang hebat kepada sistem badan:
FUNGSI
REHAT
LATIHAN HEBAT
Kadar jantung
75 DSM
195 DSM
Tekanan darah
120/80
180/85
Keluaran kardia
5L/min
35L/min
Pernafasan
81/min
160/min

Debaran jantung maksimum berhubung erat dengan umur daridapa tahap kecergasan individu.  Satu DSM berkurangan setiap tahun.  Berdasarkan panduan ini.  DJ mak.= 220(umur) DSM individu boleh ± dikira.

Keluaran Kardiak 
(Hasil kandungan isipadu sedenyut x kadar DJ) bertambah selari dengan tahap kehebatan tugas tambahan.  Semasa berehat ia mencapai empat hingga enam liter/minit, dan pada usaha maksimum antara 20-40 liter/minit, bergantung pada saiz badan dan tahap kecergasan.  Apabila kehebatan senaman bertambah, lebih darah sampai ke otot-otot yang aktif dan juga kepada kulit untuk mengurangkan panas badan. 

Tekanan Darah (TD) 
TD sistolik dan diastolik bertindak mengikut latihan.  Tekanan sistolik bertambah selari dengan kehebatan latihan; tekanan diostolik pula berubah hanya sedikit sahaja mengikut latihan.  (sistolik = TD semasa fasa pengucupan jantung; diostolik = TD semasa jantung berehat).  Tekanan sistolik mungkin berbeza antara 115(rehat)ke 200(kehebatan maksimum latihan), tetapi aktiviti yang berkenaan (seperti isometrik)nampaknya memberi kesan paling kuat.  Tekanan diastolik hanya berubah ± 10m.m.

Metabolisme atau pengguanaan Oksigen 
Ini akan bertambah selari dengan kehebatan aktiviti, tetapi akan mendatar pada suatu tahap yang sama dengan pengguaan oksigen maksimum(mak.VO2).  Sukatan mak.VO2 dianggap ukuran yang paling baik untuk menyukat ketahanan kardiovaskular.

Mak.VO2 berkurangan mengikut umur (pengaruh biologi dan cara hidup mendap) dan berkurangan pada wanita.  Mak.VO2 mungkin meninggi 80-84 (pelari jarak jauh ) atau kurang hingga 20-an untuk orang dewasa mendap.  Isipadu maksimum yang pernah tercatat ialah 94ml/kg/min untuk peserta ski meretas desa Norway (lelaki) dan 74ml/kg/min untuk peserta ski merentas desa Rusia (wanita).

Hutang Oksigen 
Isipadu oksigen yang digunakan semasa pulihan lebih daripada kandungan biasa yang digunakan semasa berehat.  Apabila oksigen yang digunakan adalah di bawah peringkat yang diperlukan, ini adalah jangka waktu hutang oksigen.  Hutang biasa berlaku dalam latihan ringan sebelum wujudnya keadaan yang tetap.

Cecair Badan 
Ini ialah kandungan cecair badan yang hilang semasa latihan.  Kandungan cecair bukan protien daripada isipadu plasma akan berkurangan hampir serta merta, dan ini akan menyebabkan bertambahnya takanan darah.  Kekurangan isipadu plasma dalam jangka masa panjang akan mengurangkan pretasi kerana kekurangan kebolehan darah membawa oksigen.  Apabila perpuluhan bertambah adalah amat penting cecair yang hilang itu digantikan semula. 

Perubahan Suhu 
Suhu biasa badan ialah ± 98.4F/37 C. Latihan yang sederhana boleh meningkatkan suhu sehingga 106 F.  Ini akan membahayakan jika dilakukan dalam suasana yang panas dengan kelembapan yang tinggi dan mungkin menjadi lebih dasyat jika individu memakai pakaian yang tebal atau bergetah.

Penyesuaian Kepada Latihan 
Perubahan fisiologi pada badan akan berlaku hasil daripada program yang teratur.  Perubahan fisiologi  bergantung kepada:
  • Jenis Aktiviti/Latihan.
  • Kekerapan Latihan.
  • Jangka Masa latihan.
  • Intensiti latihan.
  • Tahap kecergasan permulaan individu.
  • Kehebatan pretasi.
Kesan Program Latihan Aerobik Pada Pengaliran Darah 
  • Denyutan jantung bertambah kukuh/kuat.
  • Isipadu sedenyut jantung berlebihan.
  • Kadar denyutan jantung lebih lambat semasa rehat dan semasa latihan biasa.
  • Kadar pemulihan jantung lebih cepat.
  • Tekanan darah semasa rehat hampir biasa.
  • Tekanan darah pulih seperti sediakala dengan lebih cepat selepas latihan.
  • Hemoglobin bertambah.
Kesan program Latihan Aerobik Pada Pengudaraan 
  • Pengembangan dada lebih luas.
  • Paru-paru bertambah cekap menghasilkan pernafasan yang lebih dalam dan perlahan.
  • Kadar pernafasan pulih seperti sediakala dengan lebih cepat.
  • Keperluan udara dan oksigen kurang, namun bekalan yang lebih boleh diperolehi jika terdesak.
Kesan Berbagai-bagai Program Latihan Pada Tisu. 
  • Latihan yang berlainan tonus, saiz dan kekuatan otot bertambah.
  • Latihan yang menggunakan gerakan sepenuhnya – bertambah lenturan di sendi-sendi.
  • Pengambilan kalori lemak dapat ditetapkan.
Kelebihan Sosial/Mental 
  • Boleh menambahkan kecergasan dan pencapaian mental.
  • Menambahkab keyakinan diri.
  • Mengurangkan kelesuan dengan memisahkan diri daripada tugas-tugas yang membosankan.
  • Dapat istirehat dan tidur.
  • Mengurang kebimbangan dan tekanan.
  • Dapat berkenalan dengan teman baru – pengalaman sosial yang menguntungkan.

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...