Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Rabu, 7 September 2016

Penyakit Gout


Gout adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendimetatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.

rawatan dilakukan dengan ubat anti-radang, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), steroid atau colchicine. Setelah kesakitan menurun, tahap asid urik biasanya menurun melalui perubahan gaya hidup. Meraka yang selalu kena gout biasanya diberi allopurinol atau probenecid untuk pencegahan.

Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Majoriti kes daripada masalah buah pinggang manakala minoriti disebabkan pemakanan. Saya taknak bercerita pasal masalah buah pinggang, genetik dan sebagainya dahulu.

Ada orang kata, orang yang aktif bersenam dan ahli bina badan berisiko dapat gout disebabkan pengambilan protein yang tinggi. Betul ke? atau secara lebih tepat, gout disebabkan makanan yang tinggi kandungan purine. Secara amnya mereka yang aktif atau seorang atlet bina badan memerlukan protein yang tinggi dan secara kebetulan kebanyakan jenis protein tinggi purine.

Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50%.

Apakah makanan yang tiada purine? Telur dan produk tenusu tinggi protein tetapi tiada purine bergantung pada campurannya. Produk susu seperti yogurt dan keju mengandungi purine disebabkan bakteria yang hadir semasa proses penapaian. Walaubagaimana pun, kandungan purine nya terlalu sedikit. Purine diperlukan badan tetapi dalam jumlah yang sedikit.

Mereka dengan risiko gout disebabkan beberapa faktor masih boleh mengambil protein yang tinggi, cuma perlu kurangkan protein yang tinggi purine. Dalam masa yang sama, mereka perlu mengambil makanan tinggi vitamin C. Nenas berkesan untuk pesakit gout. Omega-3 dalam minyak ikan, minyak flaxseed boleh membantu mengurangkan kesakitan disebabkan keradangan. Bagaimana dengan produk makanan tambahan? Mereka boleh mengambil protein whey cuma perlu dielakkan kebanyakan produk weight gainer.

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...