Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Rabu, 7 September 2016

Tennis Elbow

Tennis elbow adalah satu istilah biasa yang disebabkan oleh berlebihan menggunakan otot lengan dan akan membawa kepada kesakitan di siku. Anda tidak semestinya bermain tenis untuk mendapat sakit ini. Dahulu kebanyakan kes ini melibatkan mereka yang bermain tenis, jadi ia dinamakan tennis elbow. Ia menjadi masalah besar bagi sesetengah pemain tenis.

Pasti ramai yang pernah mengalaminya tetapi tidak mengetahui puncanya. Ia adalah disebabkan penggunaan otot lengan berlebihan. Biasanya disebabkan latih bisep berlebihan atau dada berlebihan. Bukan sahaja latih bisep, tetapi lengan digunakan dalam hampir semua pergerakan latihan bebanan bahagian atas badan samada secara langsung atau tidak. Kebanyakan kes melibatkan mereka yang tidak memberi rehat yang cukup pada otot lengan.



Tennis elbow adalah disebabkan kecederaan sama ada secara tiba-tiba pada otot atau tendon di kawasan sekitar luar siku. Tennis elbow melibatkan kawasan di mana otot dan tendon lengan berhubung, di bahagian lateral epicondyle di siku. 

Nama lain bagi tennis elbow adalah lateral epicondylitis. Satu lagi istilah adalah golfer elbow, keadaan yang melibatkan banyak pemain golf, yang dimana juga dikategorikan sebagai epicondylitis. Epicondylitisbukan sahaja boleh didapati daripada sukan tenis, golf dan latihan bebanan, tetapi juga mereka yang kerja di pejabat, menggunakan komputer, menaip atau mungkin melayari laman sosial untuk satu jangka masa yang lama. Kecederaan ini boleh memberi kesan kepada kedudukan siku yang mana seterusnya mungkin menyebabkan masalah-masalah lain.

Simptom Tennis Elbow:
  • Sakit secara perlahan tetapi meningkat di sekeliling luar siku. Mungkin kurang, tetapi boleh tiba-tiba sakit.
  • Kesakitan mungkin menjadi teruk apabila tangan bergerak.
  • Kesakitan boleh jadi lebih teruk apabila daya digunakan, seperti latihan bebanan, membuka botol air yang ketat, dan pelbagai lagi.

Sakit di siku tidak semestinya disebabkan tennis elbow, tetapi kebanyakan sakit ini didiagnos sebagai tennis elbow. Kebanyakan kes di gim boleh terus didiagnos sebagai epicondylitis jika melihat pada cara senamannya yang melibatkan banyak penggunaan lengan.

Apakah rawatan yang sesuai?
Jenis rawatan yang ditetapkan bagi tennis elbow bergantung kepada beberapa faktor termasuk umur, jenis ubat lain yang diambil, kesihatan keseluruhan, sejarah perubatan dan tahap kesakitan. Rawatan bertujuaan mengurangkan kesakitan atau radang, menggalakkan penyembuhan, dan mengurangkan tekanan dan penderaan ke atas siku yang cedera.

Kesakitan untuk satu tempoh yang lama menandakan keradangan yang serius dan biasanya sukar sembuh begitu sahaja. Air batu boleh digunakan. Ada sesetengah kes memerlukan pengambilan nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) seperti ibuprofen. Kes yang lebih serius biasanya disuntik steroid jenis cortisone. Selepas kesakitan akibat keradangan hilang, baru terapi tertentu dibuat untuk meregangkan dan menguatkan otot dan tendon sekeliling. Tapi orang kita biasanya, sakit-sakit pergi urut dan akhirnya akan menyebabkan sakit bertambah teruk.

Dalam proses meregang dan menguatkan kembali otot dan tendon terlibat, aktiviti fizikal seperti latihan bebanan yang melibatkan penggunaan lengan patut dielakkan dahulu. Anda ingin sembuh dalam masa 2 minggu atau 2 bulan pun belum tentu sembuh? Penggunaan band yang mengikat bahagian siku hanya mampu menghilangkan kesakitan sementara tetapi akhirnya mungkin menyebabkannya menjadi lebih serius. Anda tentukan. Kebanyakan kes boleh dirawat dengan rawatan perubatan dan terapi tetapi ada kes mungkin memerlukan pembedahan.

Apakah latihan yang perlu dielak?
Rehat 2 minggu lebih baik tetapi ada sesetengah kes dimana atlet masih perlukan latihan atau kes degil, elakkan penggunaan dumbbell ketika melakukan bench press, inclined, declined atau rata. Dumbbell memerlukan anda untuk stabilkan tangan anda yang biasanya melibatkan tendon di siku. Barbell lebih selamat.

Bagaimana mengurangkan risiko kena tennis elbow di gim?

Kuatkan otot sekeliling dan jangan terlalu tumpu pada pergerakan yang melibatkan lengan seperti sesetengah orang yang hanya latih dada, tangan, dada, tangan, dada, tangan. Latih bahagian lain dan seimbangkan. Antara bahagian perlu dikuatkan termasuk otot scapular dan rotator cuff. 

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...