Ramai rasanya yang takut dengar perkataan
nasi ketika sedang mengamalkan diet kurus badan.
Ada tanggapan umum, ‘nasi menggemukkan'.
Benarkah?
Di Malaysia, ramai telah dididik dengan
gaya pemakanan barat.
Makanan
seperti kentang, pasta, salad,kek, keju telah diambil setaraf dengan makanan
ruji tradisional sehingga timbul tanggapan bahawa memakan nasi akan
mengemukkan.
Sesetengah pula bertanggapan, untuk
kelihatan langsing dan cantik elakkan memakan nasi, sedangkan hakikatnya ramai
generasi x dan y di barat mengalami obes.
Beras adalah makanan utama bagi lebih
daripada 3 bilion orang di seluruh dunia dan majoriti di kawasan Asia.
Terdapat lebih 15 ribu jenis beras di
seluruh dunia. Beras menyediakan lebih daripada satu perlima daripada kalori
yang digunakan di seluruh dunia oleh manusia.
Beras padat dengan nutrien dan menyumbang
lebih daripada 15 vitamin dan mineral. Ia adalah sumber yang sangat baik untuk
karbohidrat kompleks, yang mana tersimpan di dalam otot dan digunakan untuk
memberi tenaga kepada kita apabila memerlukan.
Tidak seperti karbohidrat yang lain, beras
mengandungi protein yang bermutu tinggi. Beras mengandungi kesemua lapan asid
amino yang membantu dan mengekalkan tisu otot dan membuat enzim, antibodi dan
hormon.
Asid amino terdiri daripada leucine,
isoleucine, valine, lysine, methionine, phenylalanain, theronine, dan
trytophan.
Asid amino ini dianggap penting kerana
badan manusia tidak boleh mengeluarkannya sendiri dan mesti diperolehi daripada
sumber makanan. Kegagalan mendapatkan cukup lapan asid amino perlu boleh
menyebabkan degradasi protein badan.
Dalam satu hidangan nasi putih, kandungan
nutrisinya mungkin kurang daripada nasi perang. Sebagai contoh, kandungan zat
besi mungkin separuh daripada beras perang.
Kandungan proteinnya juga kurang berbanding
nasi perang. Nasi perang menawarkan enam kali lebih banyak vitamin B1
(thiamine), tiga kali lebih banyak vitamin B2 (riboflavin), lima kali lebih
banyak vitamin B9 (folat) jika dibandingkan dengan nasi putih.
Dari segi kelebihannya, nasi perang lebih
baik daripada nasi putih dan nasi putih memiliki kanji yang lebih tinggi.
Terdapat juga nasi putih diperkaya dengan
vitamin tambahan, tetapi tetap tidak menyamai nasi perang.
Kanji di dalam beras adalah jenis rintangan
tinggi iaitu ia akan dihadamkan di usus. Dan menggalakkan pertumbuhan bakteria
baik dan menjaga kesihatan usus.
Berbalik kepada persoalan, bolehkah makan
nasi mengemukkan?
Jawabnya tentu sekali boleh!
Nasi jika diambil selagi mana dalam
keperluan kalori badan, maka kesannya sama dengan pengambilan karborhifdrat
yang lain.
Nasi jika diambil secara berlebihan akan
disimpan pada tisu-tisu adipos di bawah kulit, tetapi jika di diambil mengikut
keperluan kalori tubuh, mengapa perlu khuatir!
Bagaimana dengan roti?
Elok ke ganti nasi dengan roti?
Kenyang ke makan roti 2 keping?
Kebanyakan yang makan roti akan cenderung
untuk makan lebih.
2 keping roti putih dah hampir sama seperti
1 hidangan nasi. Lebih kenyang makan nasi berbanding roti 2 keping kan!
Anggaran roti serat pula, sekitar 2 kali
kurang daripada roti putih. 4 keping hampir 1 hidangan nasi putih.
Angaran Nutrisi 1 Hidangan
|
● 1 cawan Nasi
putih 29g karbohidrat
● 1 cawan Nasi
perang 16g karbohidrat
● 1 cawan Nasi
Poni 25g karbohidrat
● 1 cawan Nasi
Basmathi 27g karbohidrat
● 2 keping Roti
putih 23g karbohidrat
● 2 keping Roti
serat 11g karbohidrat
● 1 keping Rice
Cake 7g karbohidrat
|
Cawan dalam anggaran di atas adalah cawan kecil, jadi mungkin tidak menepati kebanyakan hidangan di Malaysia.
Di Malaysia
saiz hidangan mungkin lebih, 1 hidangan nasi putih boleh mencecah 37g
karbohidrat, perbezaan hampir 10g karbohidrat.
Roti juga mengikut jenama,
mungkin jumlah karbohidrat antara roti putih dan roti serat tidak banyak
berbeza)
Dalam mengamalkan diet, perlulah bijak
memilih makanan. Jangan terpengaruh dengan ideologi diet atkin, diet nasi dan
sebagainya.
Ikutlah panduan pengambilan makanan
mengikut piramid makanan.