Fungsi lemak
- Lemak tidak boleh membekalkan tenaga segera untuk aktiviti tetapi ia boleh digunakan tubuh untuk aktiviti berintensiti rendah seperti joging, jalan, senamrobik dan sebagainya.
- Lemak menyediakan penebat dan perlindungan kepada organ-organ penting seperti jantung, paru-paru dan hati.
- Lemak adalah agen pengangkutan vitamin A, D, E dan K yang mana tidak larut dalam air tetapi larut dalam lemak.
- Lemak Tepu + Lemak Trans - Lemak tepu hadir dalam makanan seperti daging merah, kuning telur, keju, mentega, susu, bahan-bahan biskut, kek, makanan bergoreng dan sebagainya. Pemakanan rakyat Malaysia secara amnya mengandungi sekitar 40% lemak. Daripada jumlah ini, 20-25% daripada lemak tepu, yang mana menjadi punca utama penyakit jantung koronari, kencing manis dan penyakit degeneratif yang lain. Minyak sayuran yang dimasak juga termasuk dalam kategori lemak trans, jadi jangan gunakan minyak zaitun untuk masak. Minyak zaitun elok digunakan selepas makanan siap dimasak sebagai dressing.
- Lemak Tak Tepu - Lemak tak tepu terbahagi kepada monounsaturated (mono) dan polyunsaturated (poli). Lemak mono sebenarnya boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari dan terdapat dalam makanan seperti minyak zaitun, minyak canola, avocado, almond dan sebagainya. Lemak poli terdapat dalam minyak bunga matahari, minyak jagung, dan sebagainya.Lemak mono perlu dilebihkan dalam diet harian. Ia membantu menurunkan paras LDL (low density lipoprotein).
- Asid Lemak - Asid lemak perlu adalah daripada kategori lemak poli juga. Mereka penting dalam mencegah pelbagai penyakit seperti sakit jantung koronari, diabetis jenis 2, sesetengah kanser, arthritis, tekanan dan sebagainya. Terdapat tiga jenis asid lemak penting iaitu omega-3, omega-6, dan omega-9. Omega-3 dan omega-6 boleh diambil melalui pemakanan manakala omega-9 boleh dihasilkan melalui lebihan omega yang lain. Beberapa jenis omega boleh dijumpai dalam makanan seperti avocado, biji-bijian, minyak flaxseed, walnut, minyak ikan, ikan salmon, sardin, tuna dan sebagainya.
- Kolesterol - Kolesterol sebenarnya penting untuk pelbagai fungsi seperti pengangkutan. Terdapat dua jenis kolesterol, low density lipoprotein (LDL) dan high density lipoprotein (HDL). LDL dikenali sebagai kolesterol jahat kerana ianya akan disimpan di dinding arteri dan seterusnya membentuk sekatan di arteri. HDL pula dikenali sebagai kolesterol baik yang bertindak sebagai penyapu jalan di arteri dan membawa kolesterol tak perlu ke hati untuk diproses.
Walaupun lemak diperlukan badan
tetapi perlu diingatkan bahawa lemak tetap lemak.1 gram lemak mengandungi 9
kalori. Terlalu banyak lemak walaupun lemak yang baik akan disimpan sebagai
lemak juga. Tahukah anda, pengambilan lemak trans yang tinggi dalam
diet boleh menjadi penyebab tekanan atau depression?