Estrogen adalah hormone seks utama wanita. Estrogen digunakan dalam sebahagian daripada pil perancang,terapi penggantian estrogen bagi perempuan putus haid, alam penggantian
hormon bagi perempuan trans.
Seperti semua jenis hormon, estrogen mudah meresap
merentasi membran sel. Sebaik berada di dalam sel, mereka mengikat dan
mengaktifkan reseptor estrogen yang mengubah strukturnya. Estrogen terdapat dalam perempuan dan
lelaki. Lelaki biasanya sedikit. Lelaki lembut biasanya lebih. Majoriti
estrogen dihasilkan di ovari, corpus luteum dan plasenta. Kilang terbesar ovari
tetapi juga dihasilkan sedikit di hati, kelenjar adrenal dan tisu buah dada. Biasanya apabila kitar haid sudah berhenti, kilang-kilang kedua ini akan
menjadi sumber estrogen pertama. Lemak juga menghasilkan estrogen. Ini
menunjukkan bahayanya menjadi seorang yang lebih atau kurang berat badan.Keinginan seks tidak bergantung pada tahap estrogen tetapi lebih pada androgen atau nama lainya adalah testosteron.
- memberi rupa-rupa atau karektor perempuan
- mengurangkan otot
- meningkatkan simpanan lemak
- meransang pertumbuhan endometrial
- meningkatkan pelincir vaginal
- menebalkan dinding vaginal
- mencantikkan kulit dan salur darah
- menukar bentuk badan daripada endomorph kepeda mesomorph ke extomorph
- meningkatkan pengeluaran hepatik pengikat protein
- mengurangkan antithrombin III
- meningkatkan HDL
- mengurangkan LDL
- meningkatkan kortisol
- mengekalkan garam dan retansi air
- menyokong hormon yang sensitif dengan kanser payu dara
Kenapa bila menggunakan steroid untuk aktiviti sukan, kebanyakan lelaki menjadi lembut ?
- Apabila menggunakan testosteron daripada luar, secara tidak langsung, kilang penghasilan utama iaitu testis akan ditutup.
- Apabila testosteron mencecah satu tahap yang tinggi (berbeza mengikut individu), secara langsung badan akan bertindak menghasilkan estrogen dalam jumlah yang baik.
- Lelaki juga mampu menghasilkan estrogen, cuma tidak mempunyai kilang utama iaitu ovari.
- Estrogen dihasilkan untuk seimbangkan kembali ratio antara testosteron dan estrogen.
- Bila estrogen menjadi terlalu tinggi, badan akan menunjukkan kesan atau karektor perempuan.
- Jadi dalam kitar steroid yang digunakan, ada dimasukkan anti-estrogen untuk menghalang kenaikan estrogen.
Apa itu terapi menggantian hormone ?
- Terapi penggantian hormon, menggunakan estrogen diberi kepada perempuan postmenopausal untuk mencegah osteoporosis dan juga merawat simtom-simtom menopause seperti kekeringan vaginal, kencing tidak lawas, keletihan, berpeluh dan sebagainya.
- Lelaki yang ingin menjadi perempuan menggunakannya untuk menjadi lembut dan memiliki karektor-karektor seperti perempuan.