Pernah makan budu? Saya pernah cuba, mula-mula nak muntah....tapi akhirnye boleh la!. Sedap ke? Masin, masam, lemak dan ada rasa 'hanyer' ikan! Walaupun saya makan budu, tapi saya tak boleh tahan dengan baunya. Kawan saya, kalau tak ada budu, kurang selera makan katanya! Namun begitu, budu termasuk kelompok makanan sihat dunia.
Apa dia budu tu?
- Budu merupakan makanan tradisional daripada Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis yang dijeruk sehingga hancur.
- Hasilnya daripada hidrolisis dan microbial proteases.
- Rasa dan baunya adalah daripada tindakan mikro organisma proteolitik yang masih hidup semasa proses penapaian.
- Aren dan asam jawa biasanya ditambah untuk menggalakkan tindak balas dan menyebabkan warna coklat gelap.
- Nisbah ikan untuk garam memainkan peranan penting untuk produk akhir yang diingini.
- Kepekatan garam yang berbeza mempengaruhi aktiviti mikrob dan enzim menyebabkan rasa yang berbeza.
- Mikro organisma yang ditemui semasa pengeluaran budu diklasifikasi sebagai halophilic.
- Mikro organisma memainkan peranan penting dalam degradasi protein dan perisa.
Budu banyak khasiatnya!
- Kajian menunjukkan budu memiliki banyak antioksida termasuk glutaione, isoflavon (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) dan sebagainya.
- Budu juga berpotensi melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan, mencegah beberapa penyakit degeneratif seperti sakit jantung, diabetis, kanser dan sebagainya.
- Kajian lanjutan lebih berkisar tentang kandungan yang terdapat dalam budu.
Apa yang ada dalam budu?
- Budu mudah dicerna dan mampu mengatasi masalah cirit birit pada kanak-kanak.
- Budu juga merangsang sel-sel otak dan memperkukuh ikatan di antara neuron serta menguatkan neuron yang lemah.
- Memakan budu boleh membantutkan perkembangan dan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa yang mana merupakan penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut.
- Budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumonieae dan citrobacter frundiin. Vitamin B12 perlu untuk pembentukan sel darah merah.
- Terdapat pelbagai jenis mineral termasuk zat besi, kalsium, magnesium dan sebagainya di dalam budu, baik untuk tubuh.
- Kajian dijalankan menunjukkan unsur genestein dan phytoestrogen pada budu mencegah penyakit kanser, penuaan dan barah payu dara.
- Budu bersifat hipokolesterolemik, menurunkan lemak darah.
- Pemakanan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolesterol.
- Budu memiliki sumber yang baik dan juga serat yang tinggi sekitar 8 hingga 10 peratus.