Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Ahad, 17 Julai 2016

Apa itu Sodium?


Sodium adalah elemen yang perlu ada untuk memastikan badan berfungsi secara normal. Dalam bahasa mudah, sodium datang daripada garam. Ingat lagi subjek kimia atau sains dahulu, asid tambah alkali menghasilkan garam. Sodium adalah satu unsur. Sodium berfungsi mengawal tekanan darah dan isipadu darah.Sodium diperlukan untuk otot dan saraf berfungsi sepenuhnya.

Sodium hadir dalam kebanyakan makan. Bentuk yang biasa dijumpai adalah sodium chloride atau serbuk garam yang biasa digunakan dalam masakan. Makanan seperti susu, sayur saleri mengandungi sodium yang tinggi. Sodium biasa ditambah dalam makanan dalam bentuk seperti monosodium glutamate atau MSG, sodium nitrite, sodium saccharin, sodium bicarbonate yang biasa digunakan dalam kek, roti dan sebagainya, dan sodium benzoate. Sodium dijumpai dalam hampir semua jenis makanan, perasa makanan seperti sos, kicap dan sebagainya. Sodium juga tinggi dalam makanan yang diproses termasuk sosej, burger dan sebagainya.

Apabila sodium terlalu tinggi, ia akan mengakibatkan:
  • Tekanan darah tinggi
  • Isipadu darah bertambah dan seterusnya menambah tekanan pada mereka yang mengidap masalah jantung,cirrhosis atau masalah buah pinggang.
Sodium dalam diet diukur dengan unit miligrams (mg). 1 sudu teh garam mengandungi 2,300 mg sodium. Orang dewasa yang sihat perlu limitkan pengambilan sodium sebanyak 2,300 mg sehari. Mereka dengan masalah darah tinggi tidak boleh lebih daripada 1,500 mg sehari. Mereka dengan masalah jantung, hati dan buah pinggang mungkin lagi rendah bergantung pada tahap kesihatan masing-masing.

Bayangkan seseorang yang mengambil makanan segera seperti makanan ringan, ayam goreng segera dan pelbagai makanan segera, berapakah ambilan sodium mereka setiap hari? Adakah anda salah seorang yang mengamalkannya? Jangan tunggu sehingga disahkan mengidap tekanan darah tinggi baru nak berubah.

Trivia: Tahukah anda, apakah sebab kematian apabila seseorang terdampar di tengah laut tanpa sebarang air? Dalam kebanyakan kes, dia akan mati disebabkan kekeringan. Air laut seperti yang diketahui, tinggi garam. Apabila seseorang minum air tinggi garam, ia akan menyebabkan badan dihidrasi dan meminta lebih banyak air sehingga akhirnya kembong dengan air. Jika anda terdampar di laut, jangan sesekali minum air laut tapi tunggu sehingga hujan, tadah air hujan untuk dijadikan air minuman.

Sumber Rujukan

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...