Terdapat 2 penyebab utama yang biasanya menjadi masalah di
tumit kaki, iaitu plantar fasciitis dan achilles tendinitis.
Kaedah paling mudah untuk kenal pasti masalah tersebut adalah menerusi tempat
sakitnya.
Jika sakit terasa di bahagian bawah tulang tumit, ia
biasanya plantar fasciitis. Jika rasa sakit di bahagian belakang tumit, ia
masalah achilles tendinitis. Tendon archilles bersambung
daripada betis ke tulang tumit.
Plantar Fasciitis
Plantar fasciitis terjadi disebabkan keradangan tisu
tebal yang menyantumkan tumit ke jari kaki. Aktiviti berulang dalam bentuk
tekanan atau mungkin strain menyebabkan koyak kecil di plantar fascia. Ia
menjadi makin teruk apabila aktiviti diteruskan. Antara aktiviti yang
menyebabkannya adalah berjalan dan joging. Selain itu, otot betis yang ketat,
berat bertambah dan kasut tidak sesuai boleh jadi penyebab.
Tanda-tandanya termasuk sakit menusuk dibahagian bawah tumit
terutamanya langkah-langkah pertama ketika bangun tidur atau selepas bangun
daripada duduk. Sakit biasanya berkurang apabila berjalan dan menjadi teruk
semasa berehat. Ia mungkin boleh menyebabkan terkejut daripada tidur waktu
malam.
Rawatannya?
- Jika masalah baru, boleh gunakan ais untuk mengurangkan keradangan. Gunakan selama 20 minit. Boleh guna botol yang dibekukan. Pusingkan di bawah kaki. Regangkan otot betis. Turunkan badan ke hadapan dengan pastikan kaki lekat di atas lantai.
- Ada pelbagai kaedah rawatan fizikal termasuk roll bola tennis di tapak kaki. Ianya boleh membantu tapi juga mungkin menjadikannya teruk. Dapatkan nasihat pakar sebelum memulakan apa-apa rawatan.
- Kalau boleh, cuba elakkan penggunaan ubat tahan sakit kerana ianya tidak menyelesaikan masalah. Ia membantu menghilangkan sakit sementara.
Achilles Tendinitis
Achilles tendinitis terjadi tersebabkan terlalu banyak
penggunaan tendon achilles. Ia biasa terjadi pada pelari yang tiba-tiba
meningkatkan intensiti atau masa larian mereka. Ia juga masalah biasa pada
mereka yang meningkat usia dan ‘hero’ di hujung minggu. Achilles
tendinitis boleh menjurus ke masalah tendon koyak. Jika sakit berlarutan
dan semakin teruk, elok dapatkan bantuan perubatan.
Risiko masalah ini lebih pada lelaki. Mereka dengan masalah
psoriasis atau tekanan darah tinggi cenderung berdepan masalah ini. Mereka yang
mengambil antibiotik fluoroquinolones juga berisiko berdepan
masalah achilles tendinitis.
Rawatannya?
Biasanya, latihan jenis essentrik ketika plantar
flexion akan diberikan. Selain itu, boleh dapatkan
pendapat orthotic untuk nasihat kasut yang sesuai dipakai. Jika
terapi fizikal tidak berkesan, biasanya doktor akan cadangkan pembedahan untuk
memperbaik tendon achilles.
Rujuk: