Proses sosialisasi adalah ruang untuk individu bersosial dan
saling berinteraksi dengan orang lain. Melalui proses ini, kita saling
mengenali, mempelajari budaya dan menyesuaikan diri menjadi ahli dalam sesebuah
masyarakat tersebut.
Faktor pertama berlakunya proses sosialisasi ke dalam sukan
ialah sukan dapat mempengaruhi pemindahan budaya sukan kepada seseorang
individu. Misalnya dalam berpakaian. Sukan badminton adalah contoh yang jelas
proses sosialisasi ke dalam sukan berlaku iaitu melalui pakaian pemain yang
ditaja oleh Yonex. Maka dengan role model seperti Lee Chong Wei yang memakai
pakaian tersebut, orang ramai yang meminatinya dan meminati sukan ini akan
menggunakan jenama Yonex sebagai lambang semangat kesukanan di dalam diri
individu terbabit.
Di samping itu, berlakunya proses sosialisasi ke dalam sukan
ialah sukan dapat mendisiplinkan seseorang. Di mana setiap sukan yang wujud
mempunyai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa sukan tersebut
dimainkan. Dengan wujudnya peraturan sebegini maka individu yang terlibat
secara langsung ke dalam sukan ini akan mempraktikkan sikap berdisiplin ini ke
dalam diri mereka semasa bersukan. Maka, penerapan disiplin sebegini
mempengaruhi sikap individu terbabit.
Selain itu, proses sosialisasi ke dalam sukan berlaku
apabila kita menerima norma-norma dalam institusi sukan tersebut. Biasanya
semasa bersukan kita akan lebih menghormati ketua pasukan. Rasa hormat yang
wujud dalam diri individu kepada ketua pasukan menyebabkan kita terikut-ikut
nilai yang ada pada dirinya. Misalnya, jika ketua pasukan kita menegah untuk
tidak merokok maka sikap merokok di depan ketua tidak akan diamalkan.
Seterusnya, proses sosialisasi ke dalam sukan berlaku hasil
daripada interaksi antara ahli pasukan dalam institusi sukan tersebut.
Penglibatan dalam sukan membolehkan individu tersebut saling berinteraksi
dengan ahli pasukan yang lain. Hal ini dapat ditunjukkan melalui kebebasan
bersuara di kalangan ahli persatuan. Misalnya, jika kita tidak berpuas hati
terhadap sesuatu pentadbiran persatuan kita boleh mengemukakan idea tanpa rasa
bersalah.
Proses sosialisasi ke dalam sukan juga berlaku berdasarkan
pembentukan atlet dalam acara yang dipertandingkan. Atlet yang dipilih untuk
bertanding dalam sesuatu acara akan dipilih berdasarkan kemahiran dan sifat
fizikal yang dimiliki. Misalnya, orang yang tinggi dan kurus cenderung terlibat
dengan lompat jauh, bola tampar manakala bagi orang gemuk pula cenderung kepada
acara sukan seperti lontar peluru dan bagi orang yang berotot cenderung kepada
bole sepak, lari pecut.