Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Selasa, 12 April 2016

PROSES PSIKOLOG


PROSES KEBANGKITAN
  • Berpunca dari tindakan Sistem Saraf Autonomik. 
  • SSA mengawal tindakan automatik serta fungsi luar kawal badan seperti degupan jantung, penarfasan dan tekan darah. 
  • Ia boleh dibahagikan kepada sistem simpartetik dan parasimpartetik.
  • Sistem simpartetik boleh dianggap sebagai pusat kebangkitan dengan menyediakan, dengan menyediakan badan untuk tindakan flight or fight sementara parasimpatetik pula berfungsi sebagai penenang atau (menurunkan kebangkitan). 
Kebangkitan dan Kebimbangan dalam Sukan 


Kesan Kebangkitan dan kebimbangan terhadap individu:
  • Stres - 
    Hans Selye (1982)- respon tubuh badan tanpa emosi terhadap bebanan atau tekanan yang di hadapi di persekitaran. Bentuk tekanan yang di hadapi adalah tekanan fizikal (berpunca dari penglibatan dalam aktiviti fizikal), tekanan mental seperti sedih, kecewa dan seronok dan lain-lain. Apapun bentuk tekanan yang di terima, reaksi fisiologikalnya tetap sama.
  • Eustres - 
    Sekiranya individu tersebut merasakan bahawa stres yang di alaminya bersifat positif, maka ia di sebut eustres. Contohnya, perasaan serta debaran yang dirasai oleh seorang atlet sementara menantikan namanya di umumkan sebagai pemenang serta dikalungkan dengan pingat emas. Stres yang di alami dalam bentuk debaran di tafsikan sebagai positif oleh atlet tersebut
  • Distres - Sekiranya individu tersebut membuat interprestasi bahawa stres yang di alaminya bersifat negatif. Individu merasakan bahawa beliau tidak mampu untuk menghadapi bebanan atau tekanan yang di hadapi di persekitaran. Contohnya, apabila seorang ahli gimnastik terjatuh dari balance beam. Walaupun ahli gimnastik tersebut meneruskan semula rutin beliau rasa takut jatuh kali kedua serta kebimbangan yang dirasai kerana kehilangan mata sebelumnya memberikan kesan kepada beliau.
  • Hiperstres - Keadaan di mana tahap serta jumlah stres yang dialami melampaui kemampuan kita menanggani stres tersebut. Contohnya dalam keadaan tertekan yang teramat sangat seseorang individu menjadi kaku serta tidak dapat memberikan sebarang reaksi
  • Hipostres -Jumlah atau bentuk stres yang dialami tidak langsung merangsang atau membimbangkan individu tersebut. Hasilnya kebosanan berlaku.

PENGURUSAN STRES

Kawalan Penafasan
  • Tarik nafas, lepaskan. Keluarkan semua masalah dan tekanan semasa menghembus nafas
  • Tarik nafas dalam-dalam ke diafragm dan lepaskan
  • Tarik nafas anda bersama tenaga dan daya hidup yang baru. Lepaskan semua ketegangan dan kepenatan dari dalam diri anda
Relaksasi Otot Prograsif
  • Jacobson – otak cemas tidak akan wujud jika otot seluruh badan dalam keadaan relaks.
  • Matlamat program ini adalah untuk merelakskan seluruh otot badan dalam beberapa minit.
  • Teknik ini memerlukan atlet menegangkan otot yang berkaitan sebelum merelakskannya.
  • Ketegangan membantu atlet mengenal pasti perbezaan antara ketegangan dan relaksasi.
  • Matlamat akhir program ini adalah untuk menaikkan respon relaksasi bagi mengatasi stres dalam sesuatu situasi yang spesifik.
Latihan Autogenik
  • Hampir sama dengan relaksasi progresif
  • Satu bentuk latihan mental yang dirancang untuk melahirkan sensasi hangat dan berat sebagai respon kepada relaksasi.
  • Anggota badan berasa berat kerana tidak wujud sebarang tekanan mahupun ketegangan pada otot badan sementara kehangatan yang dirasai berpunca dari pengembangan saluran darah pada otot berkenaan (kesan tindakan parasimpetatik)
IMAGERI
  • Block(1981) – Satu proses yang menggunakan visualisasi untuk membayangkan situasi.
  • Wann (1997) – Proses yang merangkumi visualisasi mental tentang dasar yang dilakukan sebelum atau semasa melakukan tugasan tersebut
  • Penggunaan semua deria untuk mereka atau mereka semula pengalaman dalam minda.
PENETAPAN MATLAMAT
  • Satu proses untuk menetapkan matlamat di mana peningkatan motivasi dan hasil dapat dicapai dalam jangkamasa yang telah ditetapkan.
  • Tumpuan perhatian – keupayaan atlet untuk memfokus pada maklumat yang relevan semasa pertandingan.
  • Satu bentuk latihan di mana atlet sentiasa mengingatkan dirinya sendiri akan kejayaan, teknik serta kemahiran yang terbaik pernah dicapai dan kejayaan yang boleh dicapai pada masa depan.Latihan juga membentuk kata kendiri yang positif.
MOTIVASI
  • Definisi - Sage (1977) – arah dan intensiti usaha seseorang individu. Arah merujuk kepada tindakan individu sama ada untuk menghampiri atau menjauhi sesuatu setuasi. Intensiti merujuk kepada tahap kekuatan usaha individu tersebut untuk menghampiri atau menjauhi setuasi tersebut. Wann (1977) – Sebagai proses kebangkitan dalam diri individu yang membantu usaha mengarah serta mengekalkan kelakuan yang diingini.
  • Menghuraikan perbezaan antara motivas 
  • intrinsik dengan ekstrinsik. Dan mengenal pasti contoh kepentingan motivasi instrinsik dan ekstrinsik yang Sering digunakan dalam konteks sukan. 
Motivasi Intrisik
  • Bersifat dalaman seperti keinginan untuk memperbaiki pencapaian peribadi, meningkatkan tahap kesihatan atau kerana faktor keseronokkan.
Motivasi Ekstrinsik
  • Bersifat luaran seperti keinginan untuk mendapatkan ganjaran, penghormatan atau lain-lain perkara yang bersifat material.

KEAGRESIFAN DALAM SUKAN 

Pengertian keagresifan
  • Baron dan Richardson (1994) – apa saja bentuk tindakan dan perlakuan yang bermatlamat untuk menyebabkan kecerderaan ke atas benda hidup yang lain dan bermotivasi untuk mengelakkan diri dari kecerderaan
  • Wann (1997) – satu tindakan yang bermatlamat untuk mengakibatkan kecerderaan secara fizikal, verbal atau psikologikal keatas seseorang yang bermotivasi untuk mengelakkan diri dari di cerderakan dan atau perbuatan yang mendatangkan kerosotan kepada harta benda yang berpunca dari kemarahan

Keagresifan Ketara (hostile) 
  • Merujuk kepada tindakan agrasif yang berpunca dari rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan individu lain/objek dengan niat untuk melihat individu tersebut mengalami kesakitan dan ganjarannya pula (kepuasan) adalah melihat individu tersebut terseksa dengan kesakitan yang dialaminya
Keagrasifan instrumentel
  • Merujuk kepada sesuatu perbuatan dengan niat untuk mencerderakan individu lain bermatlamat untuk mendapatkan faedah atau ganjaran luaran seperti kemenangan, hadiah atau prestij.
  • Individu yang bertindak agrasif tadi melihat tindakan tersebut sebagai "instrumental" (perlu di lakukan) untuk mencapai matlamatnya
Keagrasifan arsertif 
  • Merujuk kedapa penggunaan fizikal atau verbal dengan cara yang di benarkan (mengikut peraturan permainan) untuk mencapai sesuatu matlamat (kemenangan)
  • Dalam kontek ini, niat untuk mencerderakan individu lain tidak timbul sama sekali.Jika kecerderaan berlaku akibat tindakan arsertif, ia tidak di kira sebagai satu tindakan yang agresif kerana tindakan tersebut di benarkan mengikut peraturan dan tiada niat untuk mengakibatkan kecerderaan pemain lain.
Faktor penyebab keagresifan
  • Kebangkitan fisiologi – berkaitan rapat dengan suhu persekitaran dan bunyi bising penonton.- menyebabkan permain kurang selesa rimas dan mudah marah.
  • Persepsi individu yang di kasari – keagresifan akan meningkat jika bakal mangsa merasakan bahawa beliau akan di kasari oleh pihak lawan – akan bertindak dengan cara yang sama.
  • Takut kepada tindak balas yang akan di terima – takut tindak balas yang di terima dari pemain pasukan lawan lazimnya akan mengurangkan perlakuan agresif dalam perlawanan. Bagaimanapun akan sampai satu tahap di mana setiap permain mula mencabar lawannya dan tindakan ini akan menjadikan perlawan akan menjadi lebih sengit – kelakuan agresif meningkat untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat – sampai kemuncak jika perlawan tidak di kawal dengan baik.
  • Perbezaan mata atau jaringan – banyak kekasaran di lakukan oleh pasukan yang sedang ketinggalan.
  • Lokasi perlawanan – pasukan yang bermain di tempat sendiri lebih agresif kerana mendapat sokongan serta menjaga maruah.
  • Keputusan pertandingan – pemain pasukan yang tewas atau tidak berpeluang untuk menang lazimnya lebih agresif.
  • Kedudukan pasukan dalam liga – pasukan yang kedudukan di bawah lebih agresif.
  • Jangkamasa dalam permainan – perlakuan agresif meningkat sejajar dengan peningkatan masa permainan.
  • Penggunaan steroid – peningkatan keagresifan individu yang mengambil steroid
Kesan pendekatan agersif terhadap individu dalam sukan.
Fasa pembentukan pasukan:
  • Fasa Pembentukkan - Percubaan untuk mengenali serta membiasakan diri dengan ahli pasukan lain, membuat perbandingan sosial khususnya dari segi kemampuan dan kebolehan, menilai kekuatan dan kelemahan masing-masing serta menilai kemampuan aksi masing-masing.
  • Fasa perbalahan (storming) - Fasa ini selalu di pernuhi dengan pertenglagahan serta persaingan di kalangan pemain kerana wujudnya polarisasi, konflik serta tentangan di antara pemain-pemain serta pemain dengan pihak pengurusan atau jurulatih
  • Fasa pembentukan norma (norming) - Pemain sudah dapat melupakan persaingan dan pertelagahan yang timbul sebelumnya. Pemain sudah mula menjalinkan hubungan yang positif serta mula menunjukkan sikap berkerjasama serta saling membantu rakan sepasukan. Konsep kesepaduan serta indentiti pasukan mula terbentuk di kalangan pemain. Mula melihat dan menilai sumbangan unik setiap pemain demi kejayaan pasukan.
  • Fasa persembahan (perfoming) - Pemain sudah bersedia sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang telah di sasarkan.Hubungan antara pemain dan jurulatih menjadi semakin mantap dan cekap.
KESEPADUAN PASUKAN 
  • Kesepaduan pasukan - Carron (1982) – kesepaduan pasukan merupakan proses yang dinamik yang di jelmakan menerusi kecenderungan sesuatu kumpulan "bersatu dan bersama" mencapai matlamat dan objektif kumpulan tersebut.
  • Faktor yang mempengaruhi kesepaduan - Individu, Pasukan , Kepimpinan, Persekitaran

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...