Kekejangan otot berlaku akibat pengecutan otot yang tidak
terkawal seterusnya menyebabkan ia tidak dapat berehat secara normal. Dalam
keadaan normal, otot akan mengecut dan berehat secara sekata.
Namun, tindakan
otot yang mengecut secara tiba-tiba menyebabkan terjadinya kekejangan.
Sesetengah orang akan mengalami kekejangan otot dalam tempoh
beberapa saat atau beberapa minit. Pun begitu, ada juga yang mengalaminya dalam
tempoh yang agak lama. Kekejangan otot yang lama mungkin satu petanda kepada
kesihatan tubuh badan.
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kekejangan otot.
Antaranya disebabkan oleh komplikasi kecederaan lama, tidak melakukan pemanasan
badan sebelum bersukan, melakukan aktiviti senaman dalam tempoh yang lama
sehingga menyebabkan otot letih dan kekurangan air dan garam galian atau
elektrolit.
Kebiasaannya, kekejangan otot dapat dikenal pasti apabila
anda berasa sakit di kawasan otot terlibat apabila ia menegang, mengeras
seterusnya berasa sakit apabila disentuh. Mereka yang pernah mengalami situasi
ini terpaksa berehat daripada melakukan sebarang aktiviti sementara menunggu
kekejangan tersebut reda.
Bagi mengatasi permasalahan ini, anda digalakkan untuk
mengambil makanan berkarbohidrat seperti nasi dan roti. Manakala pengambilan
elektrolit dan mineral seperti kalsium, magnesium, potassium dan zink
dipercayai membantu mencegah kecederaan dan kejang otot. Buah-buahan seperti
pisang yang mengandungi potassium serta air isotonik amat diperlukan bagi
mencegah kekejangan dan kecederaan otot.
Selain menitikberatkan pemakanan, anda juga disarankan
untuk melakukan regangan secara perlahan-lahan pada otot yang bermasalah. Sesi
pemanasan badan sebelum dan selepas bersukan ini juga dapat membantu mengatasi
kekejangan otot. Ia penting agar otot-otot terlibat tidak terkejut dan dapat
menerima tindak balas berkenaan.
Sekiranya anda mengalami kekejangan, sapukan minyak panas
atau ubat yang dikhaskan untuk tujuan itu di bahagian berkaitan. Jika
kekejangan berlaku di bahagian kaki,
legakan kekejangan itu dengan cara duduk
dan luruskan kaki serta halakan jari kaki ke arah badan. Lakukan ia secara
berulang sehingga rasa kejang itu hilang. Ia diikuti dengan urutan secara
perlahan di tapak kaki bagi melegakan otot dan membaringkan murid dan menolak kakinya ke atas untuk
melegakan kekejangan otot yang berlaku dan ini merupakan senario biasa yang
kita dapat lihat di sekolah. Terdapat juga situasi dimana pada setiap tahun.
Mengurangkan Risiko Kekejangan Otot Pada Atlet Muda
- Latihan yang lebih giat dan berterusan. Latihan yang giat dan berterusan amat penting bagi memastikan system otot rangka dapat mengadaptasikan latihan yang dijalankan dan otot dapat menampung beban latihan yang dilakukan apabila sudah terbiasa dengan keadaan yang demikian. Latihan yang berterusan akan mengurangkan risiko kekejangan otot secara tiba-tiba dengan turut membantu adaptasi tubuh badan terhadap latihan.
- Regangan yang mencukupi sebelum memulakan sesuatu aktiviti. Aktiviti regangan yang mencukupi amat perlu sebelum melakukan apa-apa aktiviti kerana ianya memberi persediaan system otot rangka.
- Aktiviti regangan akan: (a) mengurangkan risiko kecederaan. (b) mengurangkan rasa lenguh otot selepas aktiviti. (c)meningkatkan kesediaan tubuh badan untuk melakukan aktiviti.
- Namun teknik regangan yang salah juga akan membawa kepada risiko murid mendapat kecederaan. Kuasai dahulu Oleh itu, menguasai dan pelajari dahulu teknik regangan yang betul.
- Mengaplikasikan teori Schwellnus iaitu kekejangan otot dapat dielakkan sekiranya aktiviti refleks regang songsang dikekalkan semasa melakukan latihan yang panjang terutamanya. Ini dapat dilakukan dengan meregangkan tendon otot yang terlibat secara kerap kerana latihan regangan ini mengaktifkan semula refleks regang songsang. berlaku.
- Mlakukan aktiviti kenduran yang bersesuaian. Aktiviti kenduran yang bersesuaian yang dimaksudkan di sini sudah memadai dengan mengurangkan kadar intensiti latihan berlari pada 15 minit yang terakhir sebelum tamat sesi latihan ataupun matapelajaran. Aktiviti kenduran amat penting untuk memastikan otot-otot yang bekerja dapat mengecut kembali ke keadaan asal dengan kadar yang betuldan Ini secara tidak langsung akan mengelakkan risiko kecederaan sakit otot lewat selepas melakukan latihan.
- Sekiranya berlaku kekejangan otot, jurulatih hendaklah memastikan atlet berhenti daripada melakukan sebarang aktiviti dan meminimumkan pergerakan. Ini penting untuk mengelakkan mereka menanggung kesakitan melampau. Sapu ubat untuk mengurangkan kesakitan seperti acetaminophen dan ibuprofen ke bahagian otot yang terlibat. Tujuannya untuk mengurangkan ketegangan otot yang berlaku dan mengembalikan keadaan otot ke keadaan normal.. Sedikit urutan ringan akan turut membantu otot yang kejang untuk pulih dan pada masa yang sama turut mengurangkan kesakitan.
Biblografi:
- John Reid, Nicolas Nelson, Kristin Roberts, Lara McKenzie. Track-Related Injuries in Children and Adolescents Treated in US Emergency Departments From 1991 Through 2008. The Physician and Sportsmedicine, 2012; 40 (2): 56
- Journal Physician and Sportsmedicine, Research Institute at Nationwide Children's Hospital, United States Of America