Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Khamis, 9 Oktober 2014

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

KONSEP DAN DEFINISI PENGURUSAN
Pengurusan merupakan suatu proses mengkoordinasi, mengintegrasi dan menggunakan sumber organisasi bagi mencapai objektif yang spesifik.
Menurut Chelladurai (1994), menyatakan bahawa pengurusan sukan berkaitan dengan mengkoordinasikan sumber manusia dan bahan yang terhad, teknologi yang relevan serta situasi luar jangkaan bagi menghasilkan perkhidmatan sukan yang berkesan.

Fungsi Pengurusan
  1. Merancang – melibatkan proses menentukan objektif organisasi dan cara untuk mencapai objektifnya. 
  2. Mengelola – merujuk kepada proses mendelegasi dan mengkoordinasikan tugas serta sumber untuk mencapai sesuatu objektif organisasi. 
  3. Memimpin – proses mempengaruhi petugas bawahan untuk bekerja ke arah mencapai objektif organisasi. 
  4. Mengawal – merujuk kepada proses membentuk dan mengimplementasikan mekanisme penilaian kerja bagi memastikan objektif yang dirancang akan tercapai.
Peringkat Pengurusan Strategik Sukan
Proses pengurusan strategik sukan melibatkan tiga peringkat:
  1. Peringkat perumusan 
  2. Peringkat pelaksanaan 
  3. Peringkat Penilaian
Perumusan
  1. Membangunkan visi dan misi 
  2. Mengenal pasti peluang-peluang dan ancaman luaran. 
  3. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalaman. 
  4. Menetapkan objektif jangka panjang. 
  5. Menghasilkan strategi-strategi alternatif. 
  6. Memilih strategi untuk menyelesaikan isu-isu tertentu. 
  7. Membuat keputusan tentang perancangan projek baru dan pelupusan projek lama. 
  8. Menentukan pengagihan sumber. 
  9. Mencari pasangan korporat. 
  10. Menyediakan belanjawan.
Pelaksanaan
  1. Menggembleng tenaga pegawai-pegawai sukan dan pengurus sukan untuk melaksanakan strategi yang telah ditetapkan. 
  2. Membangunkan budaya menyokong strategi 
  3. Menggembleng tenaga pegawai-pegawai sukan dan pengurus sukan untuk melaksanakan strategi yang telah ditetapkan. 
  4. Membangunkan budaya menyokong strategi
Penilaian
  1. Menilai semula faktor-faktor luaran dan faktor-faktor dalaman. 
  2. Menilai prestasi. 
  3. Mengambil langkah pembetulan.
Pengurusan Pendidikan Jasmani
  1. Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia 
  2. Objektif kurikulum Pendidikan Jasmani 
  3. organisasi
Bidang Kuasa Ketua Panitia Pendidikan Jasmani
  1. Menjadi AJK mesyuarat kurikulum sekolah 
  2. Mempengerusi mesyuarat panitia PJ 
  3. Memeastikan rancangan tahunan PJ tersedia untuk digunakan 
  4. Mengagih dan menyimpan sukatan pelajaran PJ 
  5. Menyediakan perancangan tahunan panitia 
  6. Memantau pengajaran PJ 
  7. Memeriksa buku latihan pelajar 
  8. Merancang pembelian alatan untuk panitia 
  9. Menyediakan anggaran perbelanjaan panitia 
  10. Merancang latihan dalaman
Perancangan Belanjawan
  1. Pelan dan sistem perbelanjaan yang sistematik 
  2. KP perlu menyediakan perancangan belanjawan tahunan 
  3. Perlu menyusun mengikut kepentingan 
  4. Bergantung pada peruntukan
Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani
  1. Merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barang-barang PJ. 
  2. Penyelenggaraan sebuah stor PJ memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru dan murid-murid
Ciri-Ciri Pengurusan Stor PJ
  1. KP bertanggungjawab untuk menyelia stor selalu. 
  2. Guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok bagi alatan stor dengan kemas kini. 
  3. Guru penyelia stor bertanggungjawab menerima dan membeli peralatan baru. 
  4. Buku catatan barang keluar masuk perlu di sediakan bagi merekodkan pergerakan alatan. 
  5. Guru penyelia stor bertanggungjawab membuat pemeriksaan stok sekurang-kurangnya sekali setahun. 
  6. Peraturan stor sukan perlulah di rangka dan dilaksanakan.
Keperluan Bilik Stor
  1. Ruang 
  2. Rak 
  3. Lokasi 
  4. Tingkap 
  5. Siling 
  6. Peredaran udara 
  7. Keselamatan 
  8. Pintu
Penjagaan Peralatan
  1. Duduk di atas bola 
  2. Menyepak bola yang bukan bola sepak 
  3. Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki, baton dan lain-lain 
  4. Mengheret barang-barang yang di buat dari kanvas atau kain atau material yang lembut
Pengurusan Sukan
Sukan adalah merupakan aktiviti yang dipertandingkan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh satu badan persekutuan sukan antarabangsa.
Perlukan perancangan dalam mengendalikannya.

Dasar Sukan Negara
Merupakan dokumen yang sentiasa menjadi rujukan ke arah perkembangan, kemajuan dan pembangunan sukan negara.

Rasional Dasar Sukan Negara
Ke arah menjadikan sukan sebagai alat untuk menerapkan nilai moral dan membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani.

Peringkat Individu
  1. Membentuk sahsiah, memberi kesedaran dalam diri individu dan membangkitkan semangat pertandingan yang sihat. 
  2. Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal diri. 
  3. Dapat menggunakan masa senggang dengan aktiviti yang bermanfaat. 
  4. Dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan hidup.
  5. Interaksi sosial yang baik. 
  6. Mengasah kemahiran-kemahiran asas.
Peringkat Masyarakat
  1. Meransang pembinaan masyarakat yang mempunyai kualiti kesihatan fizikal dan moral yang baik bersesuaian dengan aspirasi nasional. 
  2. Mewujudkan suasana yang kondusif untuk memupuk perhubungan komuniti yang lebih baik dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara. 
  3. Meningkatkan tahap kesihatan masyarakat dan seterusnya merangsang peningkatan produktiviti negara. 
  4. Mengurangkan kadar jenayah dengan merangsang masyarakat memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti berguna.
Peringkat Antarabangsa
  1. Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi. 
  2. Meningkatkan maruah bangsa dan negara di persada sukan antarabangsa. 
  3. Memupuk persahabatan. 
  4. Menjadikan sukan sebagai industri berasaskan ekonomi.
Objektif Dasar Sukan Negara
  1. Memupuk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu melalui penyertaan yang meluas dan peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat. 
  2. Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologi individu melalui sukan. 
  3. Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan kebajikan sosial individu dan kenikmatan masa senggang di kalangan orang awam. 
  4. Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan harapan muhibah dan imej negara dapat dipertingkatkan.
Strategi dan Pelaksanaan Dasar
  1. Perancangan 
  2. Organisasi 
  3. Personel 
  4. Kewangan 
  5. Insentif 
  6. Kemudahan 
  7. Am
Sukan untuk Semua
Bertujuan untuk mengekalkan dan meningkat tahap kesihatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia.

Pergerakan Sukan untuk Semua
Satu kempen sosial secara sistematik dan menyeluruh untuk memelihara, mengubah atau memperbaiki kekurangan-kekurangan dalam sesuatu sistem sosial.

Konsep
  1. Merupakan idea untuk memasyarakatkan sukan. 
  2. Mengajak seluruh lapisan masyarakat mengambil bahagian di dalam kegiatan sukan, rekreasi dan kecergasan. 
  3. Dilakukan secara berterusan sepanjang hayat hingga menjadikannya suatu gaya hidup.
Matlamat
Melalui Malaysia Cergas adalah bermatlamat untuk menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia tentang pentingnya kesihatan yang boleh dipupuk melalui kegiatan fizikal dan rekreasi.

Malaysia Cergas
Satu idea dan konsep yang lahir untuk memberi penekanan ke arah meluaskan kegiatan sukan dan rekreasi fizikal kepada penglibatan seberapa ramai rakyat Malaysia.

Matlamat
Menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia tentang betapa pentingnya kesihatan yang boleh dipupuk melalui kegiatan fizikal dan rekreasi.

Sukan Prestasi Tinggi
  1. Penubuhannya berdasarkan kepada msyuarat jemaah menteri pada 15 September 2004 yang menyatakan supaya tumpuan diberikan kepada acara-acara sukan yang tidak memerlukan “body contact” seperti sukan menembak, boling, gimnastik dan lain-lain. 
  2. 8 jenis sukan teras yang perlu dibangunkan di semua peringkat. 
  3. Program ini mula dilaksanakan sepenuhnya di bawah Jawatankuasa Pemandu Sukan Teras Prestasi Tinggi bermula pada 3 Jun 2005 melalui perjanjian persefahaman (MOU) yang telah ditandatangani Persatuan Sukan Kebangsaan bersama Majlis Sukan Negara. 
  4. Program ini bertujuan meningkatkan prestasi atlet ke peringkat tertinggi.
Program-Program yang dijalankan
  1. Menubuhkan sekolah-sekolah sukan. 
  2. Meningkatkan infrastruktur sukan ke taraf antarabangsa. 
  3. Memastikan jurulatih berpotensi dalam setiap sukan mempunyai sijil kejurulatihan 
  4. Menghantar jurulatih berkursus keluar negeri untuk meningkatkan profesional mereka. 
  5. Mendapat khidmat jurulatih luar negara. 
  6. Menghantar atlet berlatih ke luar negara.
Objektif
  1. Membuka peluang kepada individu yang berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sukan-sukan di bawah Program Sukan Teras. 
  2. Memanifestasikan Dasar Sukan Negara ke arah mencapai matlamat perpaduan nasional, serta pembinaan bangsa yang harmoni dengan penglibatan pelbagai bangsa dan suku kaum.

Tujuan Program Sukan Berprestasi Tinggi
  1. Mengenal Pasti Bakat 
  2. Penambahan Bilangan Atlet Berbakat 
  3. Penambahan Pusat Latihan Negeri dan Daerah 
  4. Penambahan Bilangan Pegawai Teknikal 
  5. Memperbanyakkan Peluang Pertandingan 
  6. Memperkukuhkan Pengurusan Persatuan 
  7. Penambahan Bilangan Jurulatih
Falsafah Pengurusan Pendidikan Jasmani
Satu aktiviti mentadbir dan mengelola dalam pendidikan jasmani bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial

Falsafah Pengurusan Sukan
Mentadbir dan menguruskan sukan sebagai alat membawa kebaikan kepada manusia sejagat, menjalinkan persahabatan serta memupuk semangat toleransi, kerjasama persefahaman dan perpaduan.

Prinsip Pengurusan Pendidikan Jasmani
  1. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. 
  2. Melahirkan masyarakat yang akan menjadikan senaman dan aktiviti fizikal sebagai budaya atau rutin harian serta dilaksanakan secara berterusan. 
  3. Membolehkan pelajar menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri. 
  4. Melahirkan masyarakat yang dapat mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal. 
  5. Membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai murni, sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan norma-norma masyarakat.
Prinsip Pengurusan Sukan
  1. Satu aktiviti yang paling berkesan membentuk kecergasan dan kesihatan dari segi fizikal dan mental. 
  2. Satu penglibatan pembangunan sosial melalui penyertaan semua kalangan masyarakat. 
  3. Keperluan asas manusia merangkumi berbagai-bagai faktor daripada keperluan fisiologi kepada kepuasan mutlak diri.
   

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...