Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Rabu, 10 September 2014

SISTEM KARDIOVASKULAR

PENGENALAN

  • Jantung berbentuk kon
  • Terletak pada bahagian mediastanum.
  • Kedudukannya mengunjur ke bawah sebelah kiri diagfram di dalam sangkar toraks antara dua paru-paru
ANATOMI JANTUNG


  • Jantung terdiri daripada atrium dan ventrikal
  • Atrium kanan- menerima darah yang kembali dari tubuh yang kurang oksigen  banyak karbon dioksida.
  • Atrium kiri – menerima darah dari paru-paru setelah dibersih dan kaya dengan oksigen dan kurang karbon dioksida.
  • Ventrikal Kanan –Menerima darah dari atrium kanandan dipam ke paru-paru untuk proses pembersihan. Oksigen diambil dan karbon dioksida dikeluarkan.
  • Ventrikal kiri – Darah ‘bersih’ yang kaya dengan oksigen memasuki ventrikal kiri dan seterusnya dipam ke seluruh badan untuk membekalkan oksigen ke tisu-tisu melalui aorta.
  • Jantung menerima darah beroksigen melalui arteri koroneri iaitu aorta 

INJAP-INJAP JANTUNG



SALURAN DARAH


  • Jenis salur darah
  1. Arteri
  2. Kapilari
  3. Vena
  • Dinding salur darah arteri dan vena terbentuk oleh tiga lapisan:

  1. Tunica extema(lapisan luar)
  2. Tunica media (lapisan tengah)
  3. Tunica intima (lapisan dalam)
  • Salur arteri membawa darah beroksigen daripada jantung ke tisu-tisu.
  • Darah mengalir daripada salur arteri ke arteriol seterusnya ke kapilari.
  • Kapilari merupakan salur darah yang nipis dan kecil serta bercabang-cabang.
  • Ini membolehkan peresapan nutrien, perkumuhan dan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. 
  • Darah meninggalkan kapilari dan memasuki vena kecil dipanggil venul
  • Venul-venul bercantum membentuk vena yang membawa darah mengalir semula ke jantung.
  • Arteri Utama


  •  Vena Utama



KITARAN KARDIAK

  • Kitaran kardiak merujuk kepada satu degupan jantung yang lengkap
  • Darah mengalir masuk ke dalam jantung dan dipam keluar dengan satu turutan koordinasi pengecutan otot-otot jantung.




KITARAN SISTEMIK DAN PULMONARI

  • Peredaran Sistemik
  1. Atrium kiri menerima darah beroksigen daripada paru-paru.
  2. Ventrikel kiri mengepam darah tersebut ke seluruh tubuh melalui aorta
  3. Oksigen dibekalkan kepada tisu-tisu tubuh dan karbon dioksida diangkut keluar. 
  • Peredaran Pulmonari
  1. Atrium kanan menerima darah daripada tisu-tisu badan.
  2. Ventrikel kanan mengepam darah tersebut ke paru-paru melalui batang pulmonari
  3. Di paru-paru, darah mengambil oksigen dan melepaskan karbon dioksida. 

KESIMPULAN
  • Tahukah Anda?
  1. Saiz jantung sebesar gengaman tangan dominan
  2. Berat jantung lebih kurang 255 g bagi perempuan dan 310 g bagi lelaki
  3. Jantung berdenyut lebih 100 000 kali sehari untuk mengepam 3784 liter darah
  4. Darah mengalir sejauh 100 000 km sehari.
  5. Kekuatan jantung adalah dua kali ganda kekuatan otot kaki pelari pecut.
  6. Panjang salur darah ialah lebih kurang 60,000 batu.

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...