Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Ahad, 6 Julai 2014

Contoh Kertas Kerja 1M1S

KERTAS KERJA
 1 MURID 1 SUKAN


1.        Tujuan
Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan bagi memohon peruntukan untuk melaksanakan aktiviti Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia peringkat kolej.

2.        Rasional
2.1        Program ini telah dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di mana ia merupakan satu usaha penglibatan secara menyeluruh dan bersepadu semua pihak untuk menjayakan Dasar 1M 1S,KPM.
2.2        Memberi peluang kepada pelajar untuk mendapat markah bonus dalam markah 10% kokurikulum.
2.3        Memberi peluang kepada kesemua warga Kolej Matrikulasi Labuan untuk melaksanakan satu aktiviti bersama.

3.      Sasaran
   3.1         2300 orang pelajar Kolej Matrikulasi Labuan.
   3.2         300 orang Pensyarah dan Kakitangan Kolej Matrikulasi Labuan.

4.       Maklumat Aktiviti
Tarikh   : 2 Julai 2011 (Sabtu)
Masa     : 6.30 pagi
Tempat: Kolej Matrikulasi Labuan

5.      JAWATANKUASA
      Penasihat                                   : En Sawang B Amit (Pengarah)
Pengerusi                                   : En Kamarudin  B Mansur (Tim Pengarah)
Penyelaras                                  : En Azrulnizam Bin Yaacob (Ketua Unit Kokurikulum)
Ketua AJK Pendaftaran Peserta: En Mahamad Yusof B Abdul Rani
Ketua AJK Trek Larian                  : En Zamsyaril B Halib
Ketua AJK Senamrobik                : Puan Mili Malina Bt Mohamed
Ketua AJK Makanan/Minuman       : Puan Ramlah Bt Hamzah
Ketua AJK Sijil                                : En Masah B Abu Mansor
Ketua AJK Dokumentasi                : En Muhammad Shariel B Abdul Samat
Ketua AJK Fotografi                      : En Syed Nassir B Syed Ahmad
Ketua AJK Keselamatan dan
Lalulintas                                        : En Azrulnizam B Yaacob
Ketua AJK Publisiti                       : En Abu Talib B Ramli
Ketua AJK Permulaan/Penamat : En Iskandar Zulfadzli B Abdullah    
Ketua AJK Kebersihan                 : Puan Haslinda Bt Radzali

6.    CADANGAN PELAKSANAAN LARIAN 1M 1S 1MALAYSIA PERINGKAT KOLEJ
6.1                        Tarikh  : 2 Julai 2011
6.2                        Masa   : 7.45 pagi (Larian Bermula)
6.3            Jarak   : Minimum 3 km
6.4                        Cadangan Tentatif  Program:

Masa

Aktiviti

6.30 pagi

·         Semua peserta melapor diri dan berkumpul
·         Ketibaan Pengarah Kolej
·         Nyanyian Lagu Negaraku
·         Bacaan Doa
·         Bacaan Perutusan YAB Timbalan Perdana Menteri


7.15 pagi

Senamrobik dan aktiviti memanaskan badan

7.45 pagi

Bermula larian Serentak 1M 1S 1Malaysia

9.00 pagi

Bersurai

7.    ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA

JUMLAH

Makanan dan Minuman Peserta
RM 2.00 X 2600 orang peserta


RM 5200.00

Nombor Peserta
      a)    Kain Putih
      b)    Pin
      c)    Pen Marker Dakwat Hitam


RM  500.00
RM  300.00
RM  200.00

Banner

RM  200.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM 6400.00


8.    Kelulusan Yang Dipohon
Mohon pertimbangan kelulusan Permohonan Peruntukan untuk Pelaksanaan Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia Peringkat Kolej Matrikulasi Labuan 2011 bagi warga  Kolej Matrikulasi Labuan .


Disediakan oleh:



Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...