Pendidikan Luar merangkumi pelbagai tujuan dan amalan yang dapat
memperkayakan dan memperkukuhkan pengalaman pendidikan formal dengan
melihat alam semulajadi sebagai ‘makmal hidup’. Pemanfaatan persekitaran dan
alam semulajadi sebagai tempat pembelajaran secara terus akan menajamkan
kepekaan individu apabila pengetahuan yang diperolehi melibatkan deria. Dalam
hal ini Pendidikan Luar mengutamakan aspek penaakulan oleh individu dan
perlakuan motor yang melibatkan semua deria umpamanya dalam mengenal alam flora
dan fauna. Pendekatan pendidikan luar banyak tertumpu kepada kaedah
penemuan, eksperimen dan kajian lapangan. Penekanan pembelajaran dalam
pendidikan luar menggalakkan pelajar memperolehi pengalaman melalui sesuatu
yang dilakukan sendiri.
Pendidikan Luar merupakan salah satu daripada pelbagai kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang amat menarik dan berkesan dilaksanakan elektif dan
bijaksana. Pendekatan, pemeringkatan, pengolahan dan pengisian aktiviti secara
teori dan praktikal akan membantu pelajar meneroka pengetahuan dan pengalaman
baru.
Knap (1981) menyatakan “Pendidikan Luar sebagai alat untuk mencapai
matlamat dan objektif organisasi” Apa yang dimaksudkan dari pernyataan tersebut
adalah pendidikan luar boleh dijadikan satu kaedah untuk mengorientasikan
individu atau kumpulan berdasarkan falsafah, pelaziman dan pengukuhan pembelajaran.
Hammerman ( 1985 ), pula menyatakan “ Pendidikan Luar sebagai landasan
untuk mengenalpasti pengalaman yang boleh dipraktikkan dalam situasi harian”
Pendidikan luar adalah sebagai salah satu sub disiplin ilmu dalam pendidikan.
Kemahiran-kemahiran ikhtiar hidup seperti berenang, memanjat, mendaki,
menyelesaikan masalah dan tekanan banyak dipelajari dalam pendidikan luar.
Ford ( 1981 ), menegaskan “Pendidikan Luar sebagai program yang meliputi
penggunaan persekitaran semulajadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan
pembelajaran dalam kurikulum yang sedia ada” Ini merangkumi perkembangan
penegetahuan, kematangan san sikap. Khususnya dalam penggunaan waktu senggang.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menegaskan bahawa pendidikan di Malaysia adalah
suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) berdasarkan kepercayaan
kepada Tuhan. Oleh yang demikian Program Pendidikan Luar dapat dijadikan media
untuk memurnikan hasrat berkenaan.
Pendidikan Luar merangkumi pelbagai tujuan dan amalan yang dapat
memperkayakan dan memperkukuhkan pengalaman pendidikan formal dengan
melihat alam semulajadi sebagai ‘makmal hidup’. Pemanfaatan persekitaran dan
alam semulajadi sebagai tempat pembelajaran secara terus akan menajamkan
kepekaan individu apabila pengetahuan yang diperolehi melibatkan deria. Dalam
hal ini Pendidikan Luar mengutamakan aspek penaakulan oleh individu dan
perlakuan motor yang melibatkan semua deria umpamanya dalam mengenal alam flora
dan fauna.
Pendekatan pendidikan luar banyak tertumpu kepada kaedah penemuan,
eksperimen dan kajian lapangan. Penekanan pembelajaran dalam pendidikan luar
menggalakkan pelajar memperolehi pengalaman melalui sesuatu yang dilakukan
sendiri. Konsep pendekatan yang sedemikian diamalkan kerana pegangan falsafah
pendidikan luar yang mempercayai bahawa adalah sukar mengajar seseorang itu
belajar tetapi lebih mudah menolong seseorang itu belajar.
Disamping itu ianya juga adalah satu proses pembelajaran secara
langsung (learning by doing so). Ilmu, pengetahuan dan pengalaman diperolehi
dengan konsep ‘hands on’ / ‘first hand experience’. Pendedahan kepada
kedua-dua konsep ini secara tidak langsung akan melahirkan seorang individu
yang sempurna dimana segala aspek yang diberi penekanan iaitu fizikal, mental,
emosi, sosial dan rohani dapat dimantapkan.
Dengan melibatkan diri kepada corak pendidikan seperti ini potensi individu
akan dapat dikembangkan secara menyeluruh. Individu dapat meningkatkan tahap
kreativitinya dengan menggabungjalin dan menggembelingkan segala ilmu
pengetahuan dan fakta-fakta yang diperolehinya bagi mencetuskana satu corak
pemikiran kreatif.
Jenis-jenis pendidikan luar boleh dikategorikan kepada aktiviti yang berorientasikan:
- Aktiviti air : jenis-jenis aktiviti yang dilaksanakan di atas air yang merupakan sungai, tasik dan laut seperti aktiviti keselamatan di air, snorkeling, berkayak, berakit dll.
- Aktiviti darat : jenis-jenis aktiviti yang dilaksanakan di hutan dan di gunung seperti perkhemahan, abseiling, treking, mendaki, ‘orienteering’ dan lain-lain..
Alam semulajadi merupakan sebuah makmal hidup yang kaya dengan sumber
pendidikan. Pendekatan pendidikan luar banyak tertumpu kepada kaedah penemuan,
eksperimen dan kajian lapangan. Alam luar digunakan bagi meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran kurikulum untuk mengembangkan pengetahuan,
kemahiran dan sikap. Pendidikan Luar sebagai landasan untuk mengenalpasti
pengalaman yang boleh dipraktikkan dalam situasi harian. Pendidikan Luar
sebagai program yang meliputi penggunaan persekitaran semulajadi bagi tujuan
mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum yang sedia ada.
Pengelolaan dan Pengurusan
Perkhemahan adalah salah satu aktiviti pendidikan luar yang sering
dilaksanakan untuk memenuhi masa lapang bagi merehatkan fikiran. Di
samping perkhemahan, pelbagai aktiviti yang terancang boleh dilakukan semasa
perkhemahan. Dalam menjayakan aktiviti pendidikan luar yang efisyen,
jawatankuasa perlu dibentuk bagi menjalankan program yang dirancang.
Antara jawatankuasa yang perlu dilantik ialah urusetia, penyelaras
aktiviti, alatan, pengangkutan, keselamatan dan makanan. Program pendidikan
luar yang dirancang dengan rapi boleh meberi kesan yang positif kepada mereka
yang terlibat seperti lebih yakin, berdikari, bertanggungjawab setelah
mengikuti program perkhemahan.
Pengelolaan dan pengurusan Pendidikan Luar di matrikulasi/IPG/sekolah
Pengelolaan dan pengurusan program pendidikan luar boleh dikategorikan
kepada tiga fasa iaitu :
- Pra-Pelaksanaan
Sebelum menjalankan sebarang aktiviti pendidikan luar yang terancang ada
beberapa perkara utama yang perlu dilaksanakan dalam proses pra pelaksanaan.
Antaranya adalah :
- Perlantikan ahli jawatankuasa Induk dan ahli jawatankuasa kerja.Mengenalpasti personel ( jurulatih dan fasilitator ).
- Menyedia dan memeriksa alatan.
- Memeriksa dan mengenal persekitaran lokasi dan tempat.
- Pelan alternatif.
- Memaklumkan kepada pihak yang terlibat.
- Surat kebenaran.
- Mesyuarat pra-pelaksanaan.
- Pendaftaran peserta.
- Taklimat Program.
- Semasa Pelaksanaan
Fasa ini merupakan langkah pelaksanaan tahap kedua sebelum bermulanya
aktivti. Tahap ini perlu diambilkira kerana di fasa ini penyampaian ilmu
bermula, diperkaya, dipraktik dan diperkukuhkan. Fasa ini adalah kemuncak
pelaksanaan aktiviti. Jika sekiranya persiapan tidak mantap atau tidak
mempunyai perancangan yang terstruktur ianya akan menjejaskan pelaksanaan.
Frederik Taylor telah menggariskan tiga prinsip pelaksanaan iaitu :
- Penentuan kerja, pengagihan tugas da peranan setiap ahli. Setiap individu harus tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing semasa melaksanakan aktiviti.
- Pengkhususan kerja, mengkhususkan individu mengikut kepakaran dan kebolehan. Ini oleh membantu kelancaran kerja. Bagi melancarkan tugasan adalah lebih baik jika individu diberikan tugasan dengan mengutamakan kebolehan dan minat.
- Perancangan dan penjadualan yang rapi, pelaksanaan akan menjadi lebih sistematik dan terarah.
Mengikut
Thorndike, individu dipastikan sudah dalam keadaan besedia
sebelum pembelajaran bermula. Persediaan mental
dan fizikal memainkan peranan penting dalam proses pengajaran individu.
Kecergasan fizikal untuk menghadapi kegiatan aktiviti yang dirancang
akan membawa penghayatan, penglibatan optima dan pencapaian kendiri. Kecergasan
juga membantu kepada pengurangan berlakunya kemalangan. Kurang kecergasan akan
menyebabkan seseorang cepat lesu dan daya tumpuan akan menurun.
Perancangan dan penjadualan yang rapi harus dibuat berasaskan kebolehan
individu. Jika program yang dirancang tanpa mengambilkira kriteria dan kehendak
serta keperluan individu akan mengundang kegagalan dan seterusnya menimbulkan
konflik serta persoalan yang panjang.
Fayol
berpendapat personel mesti melaksanakan lima kriteria semasa pelaksanaan
aktiviti iaitu :
- autoriti
- disiplin
- penghargaan
- pemusatan
- kekitaan
Autoriti adalah sebagai hak memberi arahan dan kuasa untuk menarik
seseorang menurut arahan. Ketua kumpulan dilantik dan di amanahkan membantu
personel dan memimpin kumpulan bagi menjalankan tugas. Asas disiplin ialah
menurut arahan dan prosedur serta menghomati persetujuan yang telah
dibuat. Kerjasama, sokongan, ketaatan, tindakbalas positif
oleh individu hendaklah dihargai. Penghargaan dalam bentuk pengukuhan patut
dibuat. Ini akan memberi motivasi intrinsik kepada individu yang akan memberi
rangsangan kepada perlakuan atau pencapaian yang baik. Sistem pemarkahan atau
merit akan memangkinkan penghasilan norma dan nilai kumpulan atau individu.
Dendaan bolehlah dilaksanakan tetapi haruslah berbentuk pengajaran dan bukannya
hukuman.
Walaupun personel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kumpulan tetapi ahli
kumpulan harusnya diberikan kuasa dalam melaksanakan tugas dengan efektif.
Individu digalakkan berfkiran kreatif, menyoal dan diberikan peluang untuk
mengemukakan pendapat. Pemusatan yang sebegini akan dapat membantu perjalanan
aktiviti mengikut prosedur dan teknik yang selamat.
Potensi diri pelajar hendaklah dicungkil, diasah dan diketengahkan.
Galakkan mereka aktif, kreatif, inovatif dan proaktif semasa melakukan aktiviti
dan tugasan dikalangan ahli bertujuan boleh mewujudkan perpaduan dan keteguhan
organisasi keharmonian. Semangat kerjasama dan kerja bersama-sama akan
mengukuhkan lagi semangat kekitaan dalam pasukan.
Kesimpulannya fasa ini dapat dirumuskan sebagai fasa yang sangat panjang
dan penting. Kelancaran fasa ini melambangkan keberkesanan aktiviti untuk
mencapai objektif. Personel bertindak sebagai pembimbing, penasihat, rakan,
penyampai maklmat dan penjana kualiti diri individu. Dengan itu penggembelingan
pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kepakaran personel amat penting bagi
menjayakan sesuatu program.
- Pasca Pelaksanaan
Antara perkara yang perlu diambilkia dalam fasa ini adalah :
- Pemulangan dan
pengumpulan peralatan yang digunakan
Segala peralatan yang telah digunakan hendaklah dipulangkan dan dikumpulkan
ditempat yang telah ditetapkan.
- Gerakendur ( ‘cooling down’ )
Setiap aktiviti bagi setiap kumpulan yang terlibat haruslah
menjalankan aktiviti gerak kendur ( cooling
down ) bertujuan untuk memastikan semua otot-otot besar dan kecil yang
terlibat dengan aktiviti kembali ke keadaan relaksasi.
- Pemeriksaan ahli
/ bilangan
Selepas berakhirnya sesuatu aktiviti jurulatih atau fasilitator yang
bertanggungjawab haruslah memastikan jumlah dan bilangan peserta yang
menyertainya haruslah sama jumlahnya dengan sebelum aktiviti bermula. Sebarang
kecederaan samada serius ataupun kecil haruslah dilaporkan supaya tindakan
sewajarnya dapat diambil.
- Maklumbalas
keadaan dan kesihatan peserta
Sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti setiap peserta haruslah berkeadaan
sihat dan bersedia untuk melakukan aktiviti. Jika sekiranya tidak sihat
haruslah memaklumkan kepada Jurulatih atau fasilitator tidak kira samada ianya
kecederaan ringan atau berat.
- Pengisian oleh
Jurulatih / fasilitator
Semua jurulatih dan fasilitator yang terlibat dalam sesuatu program
haruslah mahir dan mempunyai kemahiran serta pengetahuan yang tinggi. Ini
bertujuan supaya segala pengisian yang diberikan pada setiap kumpulan adalah
sama dan standard.
- Syor dan
cadangan
Setelah menjalankan sesuatu aktiviti dicadangkan supaya diadakan suatu sesi
untuk mendapatkan maklumbalas tentang segala kebaikan dan kelemahan dalam
pengendalian dan pelaksanaan aktiviti oleh sesuatu kumpulan. Ianya bertujuan
supaya dapat mengolah segala kekuatan dan kelemahan dalam melakukan dan
pelaksanaan aktiviti. Syor dan cadangan yang bernas
diambilkira dan diperbincangkan bersama. Aspek kelemahan di atasi
sementara aspek kekuatan dikekalkan atau dipertingkatkan.
- Senggaraan dan
penyimpanan peralatan
Semasa sesuatu aktiviti dijalankan keperluan kemudahan, peralatan dan
lokasi perlu dikemas dan dikenalpasti. Pengemasan perlatan perlu dilaksanakan sebaik
sahaja aktiviti selesai. Peralatan yang dikemaskan perlu diteliti
supaya ianya mencukupi, bersih dan dalam keadaan yang baik seperti sebelum
digunakan.
Peralatan yang mudah rosak atau sensitif perlu dipastikan keadaaan semasa
pengemasan. Berpandukan senarai semak, peralatan yang rosak perlu diasingkan
bagi tujuan pembaikpulihan. Semua peralatan yang dibawa dan digunakan haruslah
dipastikan supaya tidak tercicir atau tertinggal di lokasi aktiviti bertujuan
untuk meminimakan kecuaian.
Penyimpanan alat-alat dalam setor perlu diklasifikasikan dan dipastikan
tersusun mengikut kelompok dan kumpulannya atau kategori yang ditentukan dengan
merujuk sistem penstoran yang ditetapkan. Penggunaan rak-rak yang dilabelkan
adalah dicadangkan bagi tujuan pengendalian keluar masuk alatan dari aspek
pengurusan.
- Pengiktirafan
Pengiktirafan dalam setiap aktiviti dan program amat perlu kepada peserta
dan juga jurulatih. Sekiranya dalam sesuatu program itu mempunyai penilaian
tahap atau kemahiran yang tinggi dan meliputi ujian-ujian yang perlu dilalui
oleh peserta maka satu pengiktirafan perlu diberikan sebagai satu bukti
pencapaian. Ianya boleh dilaksanakan dengan penganugerahan pangkat atau sijil
sebagai media memperakui kejayaan.
Dengan pengiktirafan melalui sijil atau penganugerahan pangkat akan dapat
memberikan motivasi dan galakan untuk jurulatih menyertai dan melaksanakan
program pada masa akan datang.
Penilaian
Setelah menjalankan aktiviti penilaian dilaksanakan bertujuan untuk
memperbaiki reka bentuk aktiviti dan program, mengetahui tahap pencapaian
matlamat dan objektif program, memperbaiki teknik dan kaedah pelaksanaan
aktiviti dan program, mempertingkatkan penggunaan ilmu dan kemahiran dikuasai
oleh individu setelah tamat program.
Penilaian boleh dijalankan melalui beberapa bentuk seperti ujian bertulis,
soalan-soalan semasa perbincangan lisan atau menjawab soalan melalui
soal-selidik. Penilaian boleh dijalankan secara formatif atau sumatif. Antara
komponen penilaian yang difokuskan adalah:
Kesihatan dan
kecerdasan keseluruhan
Aktiviti yang dicadangkan atau dijalankan adakah bertujuan untuk
meningkatkan kesihatan yang meliputi mental, fizikal, emosi dan sosial secara
intra ataupun inter-personal. Proses peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan
keseluruhan berhubung rapat dengan setiap aktiviti. Melalui pendedahan dan
keberadaan dalam suasana sebenar dikelilingi alam semulajadi dan persekitaran
yang nyaman secara otomatis dapat meningkatkan kesihatan dan kecergasan
keseluruhan.
Hubungkait dengan
akademik
Penglibatan secara langsung dalam setiap aktiviti memberi peluang untuk
memperkembangkan dan mengaplikasikan segala ilmu, pengetahuan dan pengalaman
lampau. Ini memberi peluang kepada individu untuk mencuba dan meneroka serta
menggabungjalin semua ilmu, pengetahuan dan pengalaman merentasi kurikulum
sebagaimana aspirasi negara.
Matlamat dan
objektif
Sejauh mana pencapaian matlamat dan objektif dapat diketahui melalui tahap
pencapaiannya. Sekiranya tidak tercapai punca dan penyebabnya akan dikenalpasti
bertujuan untuk mencari penyelesaiannya.
Pos-mortem
Pos-mortem perlu dibuat bagi tujuan mengenalpasti kelemahan, kekurangan dan
kelebihan yang telah dilaksanakan. Dua cara pengendalian pos-mortem disyorkan
adalah :
- Menerusi borang penilaian peserta, maklumbalas dan soal selidik yang dibuat secara bertulis atau lisan.
- Menerusi mesyuarat yang diadakan bersama jawatankuasa pengelola, urusetia dan jurulatih terlibat.
Melalui proses pos-mortem tersebut pengelola akan dapat mengenalpasti
kelemahan yang perlu di atasi, kelebihan yang perlu dikekalkan dan kebaikan
yang perlu dipertingkatkan lagi supaya perancangan dan pelaksanaan akan dapat
diperkemaskan lagi.
Dokumen Laporan.
Pelaporan sesuatu aktiviti atau program perlu dilaksanakan di semua
peringkatbagi tujuan memantau pelaksanaan pada masa yang akan datang. Pelaporan
haruslah dalam bentuk dokumentasi dan perlu dikemukakan kepada pihak-pihak
tertentu yang ada kaitan dengan program seperti pihak kementerian, jabatan,
serta penaja yang mempelopori penganjuran.
Ciri-ciri terbaik dalam mendokumentasikan laporan ialah dengan memasukkan
perkara-perkara berikut :
- pendahuluan
- tarikh, hari , masa dan lokasi
- bilangan penyertaan
- prosedur dan jadual kerja / aktiviti
- senarai jawatankuasa
- laporan aktiviti yang dilaksanakan
- laporan kewangan
- laporan jawatankuasa kerja / jawatankuasa kecil
- laporan maklumbalas atau penilaian keseluruhan
- masalah / pandangan / cadangan mengatasi
- penutup
Rumusan
- Program pendidikan luar adalah satu aktiviti yang terancang
- Terdapat tiga peringkat utama dalam mengendalikan aktiviti program pendidikan luar iaitu perancangan sebelum, semasa dan selepas perkhemahan.
- Jawatankuasa aktiviti perkhemahan perlu menyediakan perancangan aktiviti yang sesuai.
- Untuk tujuan keselamatan, semua arahan, peraturan dan langkah-langkah keselamatan harus dipatuhi oleh peserta perkhemahan.
- Program-program pendidikan luar yang dirancang dapat memberikan kesan yang positif kepada mereka yang terlibat seperti lebih yakin, berdikari, dan bertanggungjawab setelah mengikuti program perkhemahan.