Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Ahad, 28 Julai 2013

SISTEM PEMBIAKAN MANUSIA

 1. Sistem Pembiakan Lelaki




berfungsi untuk;



Testis / buah zakar     
  • tempat penghasilan sperma dan hormone lelaki utama (testosterone)
Kelenjar aksesori
  • merembes cecair yang membawa sperma ke penis. Gabungan cecair ini dengan sperma dipanggil “semen”/air mani.
Salur aksesori
  • menyimpan dan menyalur semen dari testis dan kelenjar aksesori ke penis 
Penis
  • memancut sperma ke dalam vagina semasa persetubuhan

bahagian lain ialah;
  1. skrotum – karung kulit yang mengandungi dua buah zakar
  2. semen  -- gabungan rembesan dari epidedymis, vesikal air mani, kelenjar prostate dan bulbgouretharal dengan sperma. 
Testis
  • organ pembiakan lelaki atau (gonad) yang menghasilkan sperma.
  • terdiri dari 700 – 1000 tubul seminiferus iaitu sel-sel spermatogonia
  • dua fungsi iaitu mengeluarkan sperma dan menghasilkan testosterone.
  • hormon seks lelaki ialah;  (rujuk modul ms 217)
  • “spermatozoa” adalah sel benih pada lelaki. 


2. Sistem Pembiakan Wanita

terdiri dari dua bahagian;
  • Organ seks utama (dalaman) – ovari, uterus, tiub fallopio dan vagina
  • Organ seks asesori (luaran) – genitalia luar (vulva), perineum, introitus, labia major, labia minor dan kelentit.    

Ovum adalah sel benih dalam ovari. Hormon estrogen dirembeskan oleh ovari sejak kanak-kanak hingga putus haid. Penting untk mengembangan organ seks, sifat kelamin sekunder serta menyebabkan perubahan anak gadis pada masa puberti dan kualiti mental yang menanda wanita normal. Progesteron dirembeskan oleh korpus luteum, dan melanjutkan pekerjaan yang dimulakan oleh estrogen terhadap endometium iaitu menyebabkan endometium menjadi tebal, lembut serta sepertri baldu bersedia untuk penerimaan ovum yang telah dipersenyawaan. Progesterone menyekat haid.   

      

A. Kitaran Ovari  

ialah perkembangan dan pengeluaran ovum secara berkitar dengan kitaran haid. Jangkamasa yang diambil oleh kedua-dua system ini berubah-ubah, tetapi secara puratanya ialah selama 28 hari. Biasanya kitaran ini bermula dengan pendarahan haid dan ianya dikira sebagai hari pertama kitaran.


 Kitaran ini boleh dibahagikan kepada dua;


  1. fasa folikular 


  • bermula dari hari 1 haid sehingga hari ke 14.                       
  • pengaruh hormone gonadotropin (FSH dan LH) – membesar dan membentuk rongga di ovum.
  • salah satu folikel ini membesar dengan begitu cepat dan menghalang folikel lain dari menjadi matang
  • perkembangan folikel primer bermula dengan pembesaran oosit primer dan penggandaan sel granulosa yang mengelilinginya.


    2. fasa luteal
  • selepas ovulasi, bekuan fibrin terbentuk dalam ruang folikel yang telah pecah.
  • sel granulosa dan teka yang menggaris dinding folikel mengalami peluiteinan dan korpus luteum terbentuk.
  • kepekatan progesterone dan estradiol dalam plasma meningkat.
  • wanita tidak hamil, fasa luteal berlangsung selama 14 hari.        



Ovulasi 
  • Biasanya berlaku antara hari ke 14 kitaran haid.
  • Berlaku selepas satu rembesan mendadak LH dari pitituari anterior
  • Bila masa ovari hampir tiba, bahagian fimbria tiub follopio bergerak menuju ke arah ovari sebagai persediaan untuk menerima ovum.
  • Waktu ini dikenali demgan waktu subur.
  • Kaedah yang boleh digunakan ialah mengetahui suhu badan di mana ada peningkatan sedikit dari hari biasa.
  • Waktu subur ini kemungkinan besar antara hari ke 13 dan 15 kitaran
  • Pengawalan fungsi ovari berlaku melalui tindak 2 hormon protin yang disintesiskan dan dirembes oleh kelenjar pitituari anterioer iaitu FSH & LH
  • Hormon FSH dikawal oleh hormon pelepas gonadotropin dari hipotalamus.


B. Kitaran Haid 
  • Dari menarke hingga menopause, endometrium menanggung perubahan berkisar yang mengakibatkan pendarahan dari uterus. Pendarah ini dikenali dengan nama “haid”. Haid berakhir selepas 4 hingga 6 hari dan berulang setiap 28 hari kecuali berlaku kehamilan.
  • Endometrium iaitu membrane lendir yang melapisi sebelah dalam uterus terdiri dari lapisan sel epitelium tunggal dan beberapa lapisan tisu perantara disegut stroma. Dalam stroma terletak kelenjar tubular yang membuka ke dalam rongga uterus. Pada setiap kitaran ovari, lapisan fungsian mengalami perubahan berkitar yang disebabkan oleh estrogen dan progestogon.



Kitaran haid boleh dibahagikan kepada; 
  1. fasa proliferasi.
  • bermula pada akhir kejadian haid dan berterusan kira-kira 9 hari. Selama 3 hari pertama lapisan fungsian endometrium diperbaiki ke keadaan asal.
  • bilangan kapilari dan kelenjar bertambah.
  • stroma juga mengalami hipertrifi supaya pada akhir fasa ini, ketebalan endometrium berukuran kira-kira 4 mm.
  • Fasa proliferasi disebabkan oleh estrogen dan tamat dengan kejadian ovulasi

    2.  fasa rembesan
  • fasa ini bermula selepas ovulasi.
  • masa ini endometrium terus membesar dan mencapai ketebalan 7 mm.
  • saiz kelanjar uterus juga membesar dan mula mengeluarkan rembesan yang kaya dengan nutrient terutama glikogen
  • fasa ini bergantung kepada estrogen dan progesterone yang dirembes oleh korpus luteum.
  • tanpa kehamilan ia berlangsung selama 12/13 hari.


    3.  fasa pendarahan
  • sekiranya penghamilan tidak berlaku, korpus luteum mulai merosot kira-kira pada hari ke 26 dan 27 kitaran ovari atau 12 dan 13 hari selepas ovari.
  • rembesan estrogen dan progesterone mulai menurun, kelenjar uterus menjadi sempit dan ateri spiral dimiometrium menjadi lentik serta berbelit-belit.
  • kesemua inimengakibatkan penurunan aliran darah ke endometrium, pengurangan volum sel endometrium dan penipisan lapisan endotelim salur darah.
  • kekurangan progesterone merangsang pengecutan uterus dan  menyingkir tisu nekrotik serta darah ke dalam vagina dan seterusnya keluar membentuk aliran haid.
  • fasa pendarahan berlangsung selama 4 – 6 hari. Kira-kira 50 – 70 ml darah hilang setiap kitaran haid dan sebahagian besarnya berlaku pada 3 hari pertama pendarahan.
Hormon Dalam Sistem Pembiakan Wanita
  • estrogen – sumbernya di folikel ovari dan korpus luteum.
  1. merangsang penipisan dinding uterus
  2. merangsang permatangan oosit
  3. merangsang ciri-ciri seks sekunder wanita
  4. menghalang rembesan FSH
  5. meningkat rembesan LH 
  • FSH (Follicle stimulating hormone) di kelenjar pitituari
  1. menyebabkan proses kematangan dan perkembangan oosit dan folikel.
  2.  menginkatan rembesan estrogen
  3. merangsang formasi pembentukan gamet
  4. merangsang perkembangan dinding uterus selepas haid 
  • GnRH (gonaddotropin releasing hormon) di hipotalamus
  1. mengawal rembesan kelenjar pitituari iaitu (FSH dan LH) 
  • hCG di membrane embrio plasenta
  1. mencegah korpus luteum dari berpecah
  2. merangsang rembesan estrogen dan progesterone dari korpus luteum 
  • LH (luteinzing hormone) di kelenjar pitituari
  1. merangsang perkembangan oosit dan folikel
  2. merangsang kitaran ovari
  3. meningkatkan rembesan progestetone
  4. membantu perkembangan korpus luteum 
  • Oksitosin di kelenjar pitituari
  1. merangsang penguncupan uterus semasa proses penghamilan
  2. merangsang kelenjar mamari mengeluarkan susu selepas bersalin 
  • Progesteron di korpus luteum
  1. merangsang penipisan dinding uterus
  2. merangsang formasi duktus mamari 
  • Prolaktin
  1. meningkatkan penghasilan susu oleh kelenjar mamari selepas bersalin 

Wanita Menopous 
  • kitaran haid menjadi kurang teratur dan lama kelamaan terus berhenti 
  • bagi perempuan yang sihat ianya berlaku ketika berusia melebihi 45 tahun 
  • menopous berlaku kerana folikel primer yang berada dalam ovari gagal matang dan dengan ini tidak mengeluarkan jumlah estrogen dan progesterone yang sempurna. 
  • hasilnya kepekatan estrogen & progesteron dalam plasma turun ke paras terendah. 
  • Kerana tiada pengawalan melalui mekanisme maklumbalas negatif, rembesan FSH dan LH dari kelenjar pitituari bertambah dan kepekatan hormon-hormon ini dalam plasma meningkat dengan banyaknya

Kekurangan estrogen menyebakan perubahan fisiologi dan psikologi seperti;
  1. perasaan panas
  2. kemerahan pada muka
  3. perubahan berat badan
  4. atrofi organ jantina sekunder
  5. pengecilan saiz kelenjar mamari
  6. osteoprosis
  7. kelesuan dan kegelisahan 

Sindrom menopous dirawat dengan pemberian estrogen

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...