Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Rabu, 19 Jun 2013

KESEIMBANGAN


KONSEP KESEIMBANGAN
Imbangan ialah kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat yang sama rata di kedua-dua belah paksi menegak. Imbangan juga boleh dinyatakan sebagai kebolehan seseorang yang dapat mengekalkan posisi tubuhnya ketika berada di dalam keadaan ststik atau dinamik. Contoh-contoh imbangan ialah seperti aksi-aksi berjalan, berlari, melompat, berguling dan meluncur yang merupakan antara lakuan memindahkan beban yang lazim.

Difinisi keseimbangan ialah kemampuan untuk mempertahankan keseimbangan tubuh ketika ditempatkan dipelbagai posisi. Selain itu, keseimbangan adalah kemampuan untuk mempertahankan tubuh dalam posisi seimbang walaupun di dalam keadaan static atau dinamik dengan menggunakan aktiviti otot yang minima. Keseimbangan juga diertikan sebagai kemampuan relative untuk mengawal tubuh/center of mass atau pusat griviti/center of gravity terhadap bidang tumpu/base of support.

Keseimbangan melibatkan pelbagai gerakan di setiap bahagian tubuh dengan disokong oleh sistem otot dan bidang tumpu/base of support bagi membolehkan seseorang berkemampuan melakukan aktiviti secara efektif dan efesien.

Jenis-jenis Keseimbangan
Terbahagi dua:
  • Keseimbangan Statik: Kemampuan tubuh untuk mengekalkan keseimbangan pada posisi tetap (berdiri dengan sebelah kaki, berdiri di atas papan keseimbangan.
  • Keseimbangan Dinamik: Kemampuan tubuh mengekalkan dan mempertahankan keseimbangan ketika di dalam keadaan bergerak.
Keseimbangan merupakan interaksi yang kompleks dari intergrasi/interaksi sistem sensori (vestibular, visual, somatosensori dan proprioceptor) serta musculoskeletal (sistem otot rangka dan sistem sendi) yang dimodifikasi di dalam otak (kawalan motor, sensori, basal ganglia, cerebellum, dan kawasan asosiasi) sebagai respon terhadap perubahan keadaan dalam dan luaran. Keseimbangan juga dipengaruhi oleh factor seperti usia, motivasi, lingkungan, kecergasan, pengaruh bahan rangsangan, ubat-ubatan, alcohol dan pengalaman lalu.

FISIOLOGI KESEIMBANGAN
Kemampuan tubuh mengekalkan keseimbangan dan kesetabilan postur oleh aktiviti motorik berkait langsung dengan lingkungan dan sistem regulasi yang berperanan dalam pembentukkan keseimbangan. Keseimbangan perlu bagi tujuan menyanggah tubuh melawan griviti dan factor luaran lain bagi mengekalkan pusat griviti (pusat massa) tubuh agar seimbang dengan bidang tumpu serta menstabilkan bahagian tubuh ketika bahagian lain bergerak.

KOMPONEN-KOMPONEN KESEIMBANGAN
Sistem Maklumat sensori
  • Visual
Visual berperanan penting dalam sistem sensori. Cratty and martin (1969) menyatakan, keseimbangan akan terus berkembang sesuai dengan umur. Mata akan membantu agar tetap focus pada titik utama untuk mempertahan keseimbangan, dan sebagai monitor tubuh selama melakukan gerak static atau dinamik. Visual juga merupakan sumber utama maklumat tentang lingkungan dan tempat tubuh berada. Visual akan mengintitifikasi dan mengatur jarak gerak sesuai lingkungan pada kedudukan tubuh. Mata akan menerima sinar yang berasal dari objek sesuai dengan jarak pandang. Dengan maklumat visual, tubuh akan menyesuaikan terhadap perubahan bidang pada lingkungan aktiviti sehingga otot berkerja secara sinergi untuk mempertahankan keseimbangan tubuh.

  • Sistem Vestibular
Komponen vestibular merupakan sistem sensoris yang berfungsi penting dalam keseimbangan, mengawal kepala dan pergerakan bebola mata. Reseptor sensori vestibular berkedudukan di dalam telinga. Reseptor pada sistem vestibular meliputi kanalis semisirkularis, utrikulus serta sakulus. Reseptor dari sietem sensoriini disebut sebagai sistem labyrinthine. Sistem labyrinthine mengesan perubahan posisi kepala yang mengakibatkan perubahan sudut pada tubuh berlaku. Refleks vestibule-occular mengawal gerak mata terutama ketika melihat objek yang sedang bergerak. Refleks ini menghantar maklumat melalui saraf kranialis VIII ke nucleus vestibular yang berada di batang otak. Beberapa stimulus tidak menuju ke nucleus vestibular tetapi ke serebelum, formation retikularis, thalamus dan korteks sereberal.

  • Somatosensori
Sistem somatiosensori terdiri daripada proprioseptif serta persepsi-kognitif. Informasi propriosepsi disalurkan ke otak melalui kolumna drosalis medulla spinalis. Sebahagian besar input proprioseptif menuju sesebrlum, tetapi ada pula yang menuju ke korteks serebral melalui lemniskus medialis dan thalamus.
Kesedaran posisi pelbagai bahagian tubuh dalam ruang bergantung pada impuls yang datang dari panca indra sendi. Panca indra tersebut adalah hujung saraf yang beradaptasi perlahan di synovial dan ligamen. Impuls dari reseptor pada kulit, serta otot diproses di korteks menjadi kesedaran posisi tubuh dalam ruang.
  
Respon Otot-otot Postural sinergis (Postural Muscles Response Synergies)
Respon otot-otot postural yang sinergis mengarah pada waktu dan jarak dari aktiviti kelompok otot yang diperlukan untuk mempertahan keseimbangan dan kawalan postur. Beberapa kelompok otot berfungsi mempertahankan postur saat ketika berdiri tegak serta mengatur keseimbangan tubuh dalam pelbagai gerakan. Keseimbangan pada tubuh dalam pelbagai posisi hanya akan berlaku jika respon dari otot-otot postural berkerja secara sinergi sebagai reaksi dari perubahan posisi, titik tumpu, daya griviti dan aligment tubuh. Otot yang bertindak secara sinergi menandakan terdapat respon yang tepat (kepantasan dan kekuatan) otot terhadap otot yang lain dalam melakukan fungsi gerakan tertentu.

Kekuatan Otot (Muscle Strength)
Kekuatan otot diperlukan dalam melakukan aktiviti. Semua gerakan yang dihasilkan adalah daripada penguncupan otot-otot sebagai respon motor. Kekuatan otot adalah kemampuan otot-otot menahan daya luaran dan daya dalaman. Kekuatan otot mempunyai hubungan dengan neuromuscular iaitu kemampuan sistem saraf mengaktifkan otot-otot untuk melakukan kontraksi. Semakin banyak bahagian otot-otot yang diaktifkan, maka semakin besar kekuatan otot yang terhasil. Otot-otot di bahagian kaki, lutut dan pinggul penting untuk mempertahankan keseimbangan tubuh sekiranya terdapat daya yang dikenakan dari luar. Kekuatan otot-otot di bahagian ini berhubung secara langsung dengan kemampuan otot untuk melawan daya griviti serta bebanan luaran lainnya yang secara berterusan mempengaruhi posisi tubuh.

Sistem Adaptasi (Adaptive System)
Kemampuan adaptasi akan memodifikasi input sensori dan output sensori ketika terjadinya perubahan kedudukan tempat bersesuaian dengan kawasan/karakteristik lingkungan

Lingkungan/Lingkup Gerak Sendi (Joint Range Motion)
Kemampuan sendi untuk membantu gerak tubuh dan mengarahkan gerakan terutama saat gerakan yang memerlukan keseimbangan yang tinggi.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEIMBANGAN
  • Pusat Griviti (Center of Gravity – COG)
Pusat griviti terdapat pada setiap objek, yang terletak tepat ditengah-tengah objek tersebut. Pusat griviti merupakan titik utama pada tubuh yang akan mendistribusikan massa tubuh secara seimbang (sama rata). Bila kedudukan pusat griviti ini berada pada kedudukan tepat ditengah-tengah tubuh, maka kedudukan tubuh berada di dalam keseimbangan. Pada manusia, pusat griviti saling bertukar kedudukan, sesuai dengan arah atau perubahan berat. Pusat griviti ketika berdiri tegak adalah tepat di atas pinggang di antara depan dan belakang vertebra sacrum ke dua. Pusat griviti dipengaruh oleh empat faktor:
  1. Ketinggian dari titik pusat griviti dengan bidang tumpu
  2. Ukuran bidang tumpu
  3. Lokasi garis griviti dengan bidang tumpu
  4. Berat badan

  • Garis Griviti (Line of Gravity – LOG)
Gari griviti ini merupakan garisan imej yang berada di vertical melalui pusat griviti dengan pusat bumi. Garisan pusat griviti akan mempengaruhi bidang tumpu dan seterusnya mempengaruhi kesetabilan tubuh seseorang.




  • Bidang Tumpu (Base of Support – BOS)
Bidang tumpu merupakan bahagian dari tubuh yang berhubung dengan permukaan tumpuan. Ketika garis griviti tepat berkedudukan dengan bidan tumpu, tubuh berada di dalam keadaan seimbang. Kesetabilan yang baik terbentuk dari luasnya kawasan bidang tumpu. Semakin besar bidan tumpu, semakin tinggi kestabilannya. Contohnya, berdiri dengan kedua-dua belah kaki lebih stabil dibandingkan berdiri dengan sebelah kaki sahaja. Semakin dekat bidang tumpu dengan pusat griviti, maka semakin stabil kedudukannya.



KESEIMBANGAN BERDIRI
Pada posisi berdiri seimbang, saraf-saraf pusat berfungsi untuk menjaga pusat massa tubuh (center of body mass) dalam keadaan stabil dengan batas bidang tumpu tidak berubah kecuali tubuh membentuk batas bidang tumpu yang lain, contohnya ketika seseorang itu sedang berjalan atau berlari).

Pengawalan keseimbangan pada tubuh terdiri dari tiga komponen:
  1. Sistem informasi sensori (visual, vestibular dan somatosensori)
  2. Central processing
  3. Efektor
Pada sistem maklumat, visual berperanan dalam contras sensitivity (membezakan pola dan bayangan) dan membezakan jarak. Selain itu, input visual berfungsi sebagai pengawal keseimbangan, memberi informasi serta menentukan di mana datangnya gangguan. Bahagian vestibular berfungsi sebagai pemberi maklumat gerakan dan posisi kepala ke susunan saraf pusat untuk respon dan membuat keputusan tentang perbezaan gambaran visual dengan gerak yang sebenar. Input proprioseptor pada sendi, tendon dan otot dari kulit di telapak tangan juga merupakan perkara penting untuk mengatur keseimbangan ketika berkedudukan berdiri statik atau dinamik. Central processing berfungsi memetakan lokasi titik griviti, menyatakan rispon serta mengorganisasikan respon dengan sensorimotor. 

Postur merupakan posisi atau kedudukan tubuh. Tubuh dapat membentuk pelbagai postur yang memungkinkan tubuh berada di posisi yang selesa selam mungkin. Pada saat berdiri tegak, hanya terdapat gerakan kecilyang berlaku pada tunuh yang biasanya disebut sebagai ayunan tubuh. Luas dan arah ayunan diukur dari permukaan tumpuan dengan menghitung gerakan yang menekan di bawah tapak kaki yang disebut pusat tekanan (center of pressure -COP). Jumlah ayunan tubuh ketika berdiri tegak dipengaruhi oleh fak tor posisi kaki dan lebar dari bidang tumpu.


Posisi tubuh ketika berdiri dapat dilihat semetri dengan: kaki selebar pinggul, lengan di sisi tubuh dan mata menetap ke hadapan. Walaupun posisi ini dapat dikatakan sebagai posisi yang paling selesa, tetapi tidak bertahan lama, kerana seseorang akan segera bertukar-tukar posisi untuk mencegah keletihan.

LATIHAN-LATIHAN KESEIMBANGAN
  • Sensitiviti Sensor Proprioseptif
Sensitiviti Sensor Proprioseptif berfungsi mengatur keseimbangan tubuh yang membuat kita menyedari posisi tubuh sedang berada pada kedudukan berdiri, duduk atau sedang melakukan aktiviti tanpa terjatuh atau teroleng-oleng/terhuyu-hayang. Proprioseptif dapat ditemui pada beberapa bahagian tubuh seperti pada kulit, otot dan sendi. Degenerasi fungsi proprioseptif merupakan gangguan awal keseimbangan yang sering berlaku ketika mulai memasuki usia 50an. Proses tersebut akan menyebabkan metabolism otot menurun sehingga lemak mudah mengumpul dan terhimpun menyebabkan otot kehilangan kekuatan mengakibatkan keseimbangan tubuh semakin berkurangan.

Latihan keseimbangan merupakan latihan khusus yang dilakukan untuk membantu meningkatkan kekuatan otot pada anggota bawah terutamanya kaki dan untuk meningkatkan vestibular/keseimbangan tubuh. Latihan ini penting terutamanya kepada Iansia (lanjut usia) keranan membantu mempertahankan tubuh agar stabil dan mengurangkan risiko terjatuh pada usia begini. Otak, otot dan tulang merupakan sasaran terpenting dan dioptimakan pada latihan keseimbangan.

LATIHAN-LATIHAN KESEIMBANGAN
Latihan Penguatan
Latihan penguiatan berfungsi untuk meningkatkan metabolism tubuh dengan focus pada otot-otot kaki, paha, perut dan pinggul. Otot-otot tersebut berfungsi sebagai penahan tubuh. Jika otot-otot di bahagian ini lemah, tubuh akan mudah terjatuh. Latihan awal dilakukan tanpa beban dan bebanan akan ditambah berperingkat-peringkat antara 0.5 – 1.0 kg. Bebanan ditumpukan pada bahagian pergelangan kaki bertujuan meningkatkan kualiti kekuatan otot.








  •  Penguatan 1
Berdiri tegak dengan kaki kiri diangkat ke sisi selama termampu yang boleh dan kemudian ke posisi normal. Ulangi hingga 10 kali dan lakukan pada kaki sebelah.
  •  Penguatan 2
Berdiri tegak dengan mengangkat sebelah kaki ke hadapan dan tahan selama mampu yang boleh kemudian kembali ke normal. Ulangi 10 kali dan lakukan dengan kaki sebelah pula.
  • Penguatan 3
Duduk di kerusi dengan badan tegak dengan punggung di alas dengan bantal. Tarik tubuh ke belakang, tahan sehingga termampu dan kembali ke posisi normal. Ulangi hingga 3 – 5 set.

Latihan Keseimbangan
Latihan keseimbangan bertujuan untuk mengasah sensitivity sensor proprioseptif. Kedudukan duduk dan kemudian berdiri dilakukan secara berulang-ulang.



  • Keseimbangan 1
Duduk di kerusi dengan tubuh tegak kemudian berdiri dan tahan semampu terdaya. Lakukan hingga 3 – 5 set. Dan bila sudah serasi lakukan dengan mata tertutup.

  • Keseimbangan 2
Berdiri tegak dan berjalan lurus perlahan dengan kaki dirapatkan, tumit menyentuh hujung ibu jari kaki. Berjalan sejauh yang mungkin, kemudian bila sudah biasa lakukan dengan mata tertutup.

CONTOH-CONTOH LATIHAN KESEIMBANGAN























Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...