Sistem
saraf manusia menyelaras aktiviti-aktiviti tubuh dengan menghantar masej dalam
bentuk impuls sebagai tindakbalas terhadap rangsangan (stimuli). Sistem saraf
meliputi seluruh tubuh.
Sistem saraf manusi terdiri daripada:
- Sistem Saraf Pusat
- Sistem Saraf Periferi
SISTEM
SARAF PUSAT (CENTRAL NERVOUS SYSTEM/CNS)
Merupakan
pusat untuk menerima impuls saraf dari reseptor organ deria untuk ditafsirkan.
CNS
meliputi otak dan saraf tunjang (spinal coard)
SISTEM
SARAF PERIFERI (PERIPHERAL NERVOUS SYSTEM)
Sistem
Saraf Soma
Somatic
Nervous System adalah sistem yang mengawal tindakan terkawal (Voluntary
Action).
Sistem
saraf soma terbahagi kepada dua:
- Saraf Kranium (Carnial Nerves) – Bertempat di bahagian atas leher yang mengawal aktiviti seperti melihat, menghidu dan mendengar.
- Saraf Spina (Spinal Nerves) – Bertempat di bahagian bawah leher yang mengawal aktiviti seperti menulis, menari dan berlari.
SISTEM
SARAF AUTONOMI
Autonomic
Nervous System merupakan sistem yang mengawal tindakan luar kawal (Involuntary
Action). Sistem ini mengawal aktiviti seperti rembesen enzaim, bernafas,
denyutan jantung dan pencernaan makanan.
Autonomic
Nervous System terbahagi kepada dua:
- Sistem Saraf Simpatetik
- Sistem Saraf Parasimpatetik
Perbezaan:
Simpatetik
|
Parasimpatetik
|
Membesarkan anak mata
|
Mengecilkan anak mata
|
Menahan perembesen air liur
|
Merangsang perembesen air liur
|
Mempercepatkan denyutan jantung
|
Memperlahankan denyutan jantung
|
Menambahkan tekanan darah
|
Mengurangkan tekanan darah
|
Menahan peristalsis
|
Merangsang peristalsi
|
SARAF
DAN NEURON
Saraf
Merupakan
tisu khusus berbentuk tali.
Berfungsi
untuk mengalirkan impuls dari sistem saraf pusat ke bahagian badan yang lain
dan sebaliknya.
Neuron
Merupakan
unit asas bagi sistem saraf. Ianya juga dikenali sebagai sel saraf. Satu sel
terangsang secara elekterik yang memproses dan memindahkan maklumat melelui
isyarat elektrik dan kimia. Isyarat kimia berlaku secara sinaps, satu sambungan
khas antara sel. Neuron bersambung antara satu sama lain membentuk rangkaian
neural.
Neuron
terdiri dari:
- Badan sel
- Akson
- Dendron
- Dendrit
Tiga
jenis neuron:
- Neuron Motor – menghantar impuls dari saraf tunjang ke otot.
- Neuron Deria/Sensory Neuron – menghantar impuls dari organ ke saraf pusat/CNS
- Neuron Perantara/Relay Neuron – menghubungkan neuron deria dengan neuron motor.
SISTEM
SARAF PUSAT / CNS
Saraf
Tunjang / Spinal Cord
Saraf
tunjang ialah bahagian sistem saraf pusat yang terdapat di dalam tulang
belakang.
Keratan
rentas saraf tunjang menunjukkan jirim kelabu di bahagian tengah dan jirim
putih di luarnya. Jirim kelabu terdiri daripada banyak badan sel neuron. Jirim
putih terdiri daripada gentian saraf bermeilin.
Fungsi
Saraf Tunjang:
- Bertindak sebagai pusat tindakan reflex.
- Membolehkan laluan impuls di antara otak dengan sistem saraf periferi.
Otak
Otak
merupakan orgam bagi pusat kawalan utama bagi tubuh. Ia menerima maklumat
melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisis maklumat ini kemudian
menghantar arahan kepada anggota badan yang mengawal fungsi dan tindakkannya.
Otak menyimpan memori lepas dan merupakan pusat bagi fikiran, mood dan emosi.
Otak
terbahagi kepada:
- Serebrum
- Serebellum
- Pengkalan Otak (Otak Tengah, Medulla Oblongata,Pons).
Serebrum
Serebrum
adalah bahagian terbesar dan disebut dengan nama Cerebral Cortex, Forebrain
atau Otak Depan. Serebrum merupakan bahagian otak yang membezakan antara
manusia dan haiwan. Serebrum menjadikan manusia memiliki kemampuan berfikir,
menganalisis, mengira, berbahasa, kesedaran, mencerna, mengingat dan kemampuan
melihat. IQ manusia juga ditentukan oleh kualiti serebrum.
Serebrum
terbahagi kepada empat bahagian yang dipanggil lobus. Bahagian lobus yang
menonjol disebut gyrus. Keempat lobus ialah: Lobus Frontal, Lobus Parietal,
Lobus Occipital dan Lobus Temporal.
Serebrum
terbahagi kepada dua bahagian/belahan: Otak Kanan dan Otak KIri. Kedua-dua
belahan itu dihubungkan oleh kabel-kabel saraf di bahagian bawahnya. Secara
umum, belahan otak kanan mengawal sebelah kiri tubuh dan belahan otak kiri
mengawal sebelah kanan tubuh. Otak kanan terlibat dalam aktiviti dan kemampuan artistic
sementara otak kiri untuk mengira dan berfikiran rasional.
Fungsi
Serebrum:
- Menerima impuls saraf dan mentafsir impuls.
- Pusat intelek, ingatan, kewarasan.
- Pusat kawalan pergerakan.
- Pusat kawalan deria, pengelihatan, pendengaran, bau, sejuk, sentuhan, panas, tekanan.
Serebellum
Serebellum
/ Otak kecil terletak di bahagian belakang kepal, berdekatan dengan hujung
leher bahagian atas. Serebellum mengawal banyak fungsi automatic otak,
antaranya mengawal kelakuan atau kedudukan tubuh, keseimbangan, mengkoordinasi
otot dan gerakan tubuh. Serebellum juga menimpan dan menjalankan gerakan automatic
yang dipelajari seperti gerakan mengendalikan kereta, gerakan tangan ketika
menulis, gerakan mengunci pintu dan sebagainya.
Jika
berlaku kecederaan pada serebellum, ianya boleh mengakibatkan gangguan pada
sikap dan koordinasi gerak otot. Gerakan jadi tidak koordinasi, contohnya tidak
berkemampuan memasukkan makanan ke dalam mulut atau tidak dapat membutang baju.
Fungsi
serebellum:
- Menyelaras pergerakan tubuh.
- Mengawal keseimbangan badan.
Madula
Oblongata
Berfungsi
sebagai penyambung saraf tunjang ke otak. Berfungsi sebagai:
Mengawal
fungsi automatic tubuh (tindakan luar kawal).
- Kadar denyutan jantung.
- Kadar respirasi.
- Kadar peristalisis.
- Pengembangan dan pengecutan saluran darah.
- Batuk, bersin dan muntah.