Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Selasa, 16 Oktober 2012

KHASIAT TELUR : Siri 3





Reputasi telur ayam sebagai perosak jantung masih kuat. 

Selain sumber protein yang mudah, mudah dan baik termasuk kandungan vitamin B dan mineral di dalamnya, ianya cukup tersohor dengan kandungan kolestrolnya. 

Begitupun, kelihatannya pakar yang dahulunya mengatakan telur dardar (omelet) menyebabkan serangan jantung kini sudah menyenaraikan telur sebagai sebahagian deri diet pesakit mereka. 

Benarkan telur akan meningkatkan kadar kolesterol kepada penggemarnya? Aku menjawab, “semestinya tidak!” 

Malah sumbangannya terlalu kecil untuk aku berasa bimbang. 

Ini kerana kajian menunjukkan telur tidak layak menerima reputasi negative selama ini sebagai penyumbat arteri. 

Hakikatnya telur memang kaya dengan kolesterol. 

Sebiji telur bersaiz besar mengandungi lebih kurang dua pertiga daripada jumlah maksimum yang diperlukan setiap hari (300 miligram) seperti yang disarankan American Heart Association (AHA).

Tidak hairanlah kebanyakan pengamal perubatan mula menyarankan kepada pesakit untuk berwaspada dengan pengambilan telur sekitar tahun-tahun 70-an, seperti kajian yang menunjukkan pesakit kolesterol tinggi dalam darah berisiko tinggi mengalami penyakit jantung.

Pengkaji kini tahu kolesterol dalam makanan hanya memberikan impak kecil pada tahap kolesterol dalam darah. 

Lemak tepu dan lemak trans adalah punca utama yang sebenarnya. Bila anda makan daging, donut atau memakan pelbagai jenis makanan yang sarat dengan lemak ini, hati anda memproses keluar kolesterol yang boleh melambatkan aliran darah dan mengakibatkan serangan jantung. 

Sudah tentu tidak dinafikan banyak makanan yang tinggi kandungan kolesterolnya juga sarat dengan lemak tepu. 

Beberapa kajian telah dibuat di seluruh dunia telah banyak membantu mengembalikan persepsi pengamal perubatan dan pakar nutrisi terhadap fungsi sebenar telur. 

Contohnya Farmingham Heart Study mendapati tiada kaitan antara makan telur ayam dan serangan jantung. 

Begitu juga kajian yang telah dibuat di Universiti Harvard gagal mencari sebarang kaitan antara telur dan penyakit jantung selepas menganalisis diet hampir 118,000 lelaki dan wanita sihat. 

AHA masih menyarankan pengambilan sebiji telur sehari disamping mengurangkan makanan lain yang juga tinggi kandungan kolesterol pada hari yang sama. 

Tetapi usah bimbang kerana kajian itu juga menunjukkan pengambilan dua biji telur dardar tidak akan membunuh anda.

Percaya atau tidak, tepuk dada tanya selera!

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...