Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Rabu, 4 April 2012

PENGAJIAN SAINS SUKAN


Tumpuan yang diberikan oleh negara kepada kecemerlangan sukan telah membuka banyak penerokaan bidang baru berkaitn dunia sukan tempatan.

Selain aspek kejuruteraan dan mekanikal yang bertujuan membangunkan teknologi dan peralatan canggih sebagai sokongan kepada atlet, dunia sukan juga memerlukan sokongan mereka yang pakar dan berpengalaman dalam aspek pemakanan dan kesihatan.

Malah, kepakaran dalam dua bidang ini merupakan peranan paling utama kearah kecermelangan sesuatu jenis sukan kerana setinggi mana teknologi yang dicipta sekalipun, ia tidak bermakna jika atlet tidak cergas dan kurang stamina.






Mencabar !. Falkulti Sains Sukan UPSI merupakan satu-satunya universiti di rantau
 ini yang menawarkan kursus kemahiran   Kayak  'White Water'
Justeru, keperluan kepada pakar-pakar kesihatan dan pemakanan itu telah membuka peluang-peluang kerjaya yang cukup luas di negara ini dan bagi melahirkan pakar profesional, kursus pengajian berkaitan sukan turut dibuka di IPT dan IPTS di seluruh negara.

Kerjaya yang ditawarkan dalam bidang sukan juga meliputi sebagai seorang jurulatih bertauliah, namun ia lebih kepada mereka yang berpengalaman dalam bidang itu, yang mengambil keputusan untuk bersara.
Skop pengajian berkenaan Sains Sukan juga cukup meluas bermula dari pengurusan sukan, psikologi sehinggalah kepada sosiologi.

Malahan cabang ilmu sukan seperti anatomi dan fisiologi turut diberi perhatian termasuk memahami dengan jelas sistem rangka, otot, saraf, kardiovaskular, respiratori, endokrin, dan tenaga.

Turut ditekan ialah berkaitan kecergasan, prinsip latihan fizikal, pemakanan sukan, perancangan program latihan, penilaian kecergasan dan keselamatan serta kecerdaan sukan.



Di dalam Pengajian Sains Sukan, kursus 'Out Door' merupakan kursus
yang amat menyeronokan dan amat mencabar fizikal dan mental pelajar.
Topik lain ialah lakuan motor dan biomekanik yang banyak membincangkan mengenai asas kawalan motor, perkembangan motor, pembelajaran kemahiran motor dan biomekanik.

Asas pembelajaran mengenai sains sukan ini sudah dipelajari di peringkat sekolah menengah dan ia lebih menyeluruh apabila seseoran pelajar mengambil jurusan Sains Sukan yang ditawarkan di kebanyakan IPT dan IPTS.

Sukan antara universiti telah melahirkan ramai jaguh sukan negara
Memandangkan kursus mengenai pengajian Sains Sukan ini adalah berasaskan sains, pelajar  yang berminat untuk menyambung ke peringkat Ijazah sarjana Muda  perlu sekurang-kurangnya mempunyai latar belakang pendidikan sains.

Bagaimanapun, syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh sesebuah university adalah berbeza dan untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web setiap university tersebut seperti berikut:

UKM – www.ukm.my
UNIMAS – www.unimas.my
UMS – www.ums.my
UiTM – www.uitm.edu.my

Bagaimanapun, bagi pelajar lepasan metrikulasi, peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains sukan mungkin lebih mudah dan berikut merupakan kelayakan minumam yang mungkin diperlukan oleh sesebuah IPT:

STPM – Lulus sekurang-kurang C+ (NGMP 2.33) salah satu matapelajaran Matematik T  atau Matematk Lanjutan T atau Sains pada peringkat STPM.

Metikulasi – Metrikulasi Sains Hayat/Sains Fizikal, sekurang-kurangnya PNGK 2.30 dan lulus sekurang-kurang C+ salah satu matapelajaran sains atau Matematik.

Kemasukan Setaraf – Diploma dari UPM atau diploma dari insttusi lain yang sama atau setara yang diiktiraf dan memusakan jawatankuasa Pemilih.


Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...