Sistem liga membolehkan semua
pasukan yang bertanding mengambil bahagian melebihi sekali. Seiap pasukan
akan bertemu dengan pasukan lain sebanyak mungkin bergantung kepada bilangan
ahli kumpulan masing-masing. Sistem ini priktikal digunakan apabila penyertaan
yang ramai dan tempoh masa yang panjang. Setiap pasukan akan diberi mata dimana
pasukan menang diberi 3 mata, seri 1 mata dan kalah 0 mata. Johan ditentukan
dengan kutipan mata tertinggi. Jika terdapat pasukan yang mempunyai mata yang
sama, penganjur boleh menentukan dengan
purata markah dan perbezaan gol.
- Jumlah semua perlawanan dalam system liga ditentukan dengan formula;
Jumlah perlawanan = N ( N – 1 )
2
(N = Jumlah pasukan)
Contoh
pengiraan:
- Jika jumlah pasukan yang bermain adalah 6 pasukan, maka jumlah semua perlawanan adalah 15.
Jumlah
perlawanan = 6 ( 6 – 1 )
2
= 6 x 5
2
= 30
2
=
15 perlawanan
- Jumlah perlawanan setiap pasukan ditentukan dengan formula N – 1. Maka jumlah perlawanan setiap pasukan ialah 6 – 1 = 5 perlawanan.
- Jumlah pusingan perlawanan ditentukan dengan formula N – 1 bagi penyertaan angka genap (2, 4, 6 ….). Jika N = 6, maka jumlah pusingan perlawanan bagi 6 pasukan ialah 6 – 1 = 5 pusingan.
- Jumlah pusingan perlawanan ditentukan dengan formula N bagi penyertaan angka ganjil (3, 5, 7, …). Jika N= 7, maka jumlah pusingan perlawanan bagi 7 pasukan ialah N = 7 = 7 pusingan.
- Jumlah perlawanan sesuatu pusingan untuk penyertaan angka ganjil = N – 1 2
- Jika N=6, jumlah perlawanan dalam sesuatu pusingan = 6 2
= 3 perlawanan