Kata orang, semua penyakit bermula dari perut. Kenyataan itu sememangnya ada kebenaran. Risiko untuk mendapat penyakit jantung adalah lebih tinggi bagi orang yang berperut boroi berbanding orang yang ramping. Ini menunjukan, lemak di perut telah terbukti ada hubung kait dengan pelbagai masalah kesihatan. Dengan kata lain, perut boroi merupakan isyarat utama bagi masalah sindrom metabolik yang berkait rapat dengan penyakit jantung, kencing manis, ghout, darah tinggi dan sebagainya.
Sesungguhnya tiada jalan mudah untuk mengatasi perut boroi kecuali berusaha bersungguh-sungguh dalam menjalani kehidupan yang aktif seperti bersukan, bersenam, beriadah serta menjaga pemakanan agar seimbang.
Menghilangkan lemak di perut amat sukar dan memerlukan motivasi yang amat tinggi. Justeru sesiapa yang belum berperut boroi, pastikan anda menjaga kesihatan fizikal sebelum mendapat masalah tersebut.
Ada yang mengambil jalan pintas seperti menyedut lemak, mini sauna, barut, bengkung ajaib, ubat-ubatan dan pelbagai makanan “mengempis” perut yang dijual melalui skim MLM dan sebagainya. Walaupun ianya dianggap selamat dan berkesan, tetapi peluang untuk berperut boroi semula juga amat tinggi jika tidak mengamalkan kaedah pemakanan seimbang dan melakukan aktiviti fizikal secara istiqamah.
Moralnya; Semoga kita dapat memotivasikan diri dalam mengatasi masalah ini. Jangan tertarik dengan skim MLM, mereka hanya inginkan wang kita sahaja untuk membayar loan kereta mewah yang mereka gunakan untuk “memancing” orang ramai di dalam skim MLM mereka semata-mata.