Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Rabu, 28 September 2011

PASANGAN dan PENYAKIT JANTUNG


Corak kehidupan seseorang itu akan mempengaruhi tahap kesihatannya. 

Satu daripada faktor yang mempengaruhi kesihatan jantung adalah sokongan daripada pasangan kita. 

Pasangan kita sebenarnya akan membantu di antara satu sama untuk mempengaruhi corak tabiat gaya hidup sihat untuk jantung yang sihat. 

Beritish Family Heart (1997) dalam kajiannya terhadap 1,477 orang lelaki berusia 40 hingga 59 tahun bersama isteri masing-masing telah dijemput secara rawak untuk menjalani pemeriksaan keluarga di 13 kawasan di Britain. 

Selepas setahun, 1,204 pasangan diperiksa sekali lagi dan didapati mereka yang dapat mengurangkan faktor risiko penyakit jantung mempunyai pasangan yang ingin mengurangkan risiko tersebut. 

Kesimpulan yang dibuat terhadap ujian tersebut ialah, setiap orang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung apabila pasangan mereka bercadang untuk melakukan perkara yang sama juga. (Sumber: Persatuan Jantung Malaysia)

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...