Latihan Pliometrik bertujuan untuk meningkatkan kuasa otot seperti aktiviti bounding yang diperlukan untuk acara sukan yang memerlukan kuasa otot kaki. Latihan ini memerlukan banyak rutin melompat dan melantun. Teknik untuk melakukan aktiviti ini ialah dengan melompat, mendarat dan melonjak.
Konsep : membina kecekapan otot untuk mengecut secara maksimum dalam masa singkat; membentuk keanjalan otot yang penting untuk kuasa; membantu dalam pembentukkan kekuatan.
Objektif : membina dan meningkatkan kekuatan otot dan daya otot; membina keupayaan mengeluarkan kuasa dalam masa singkat; membina dan meningkatkan koordinasi; meningkatkan daya tahan kardiovaskular.