Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Rabu, 22 Jun 2011

PERTUKARAN MOMENTUM

Momentum boleh dihasilkan dan juga boleh diubah arah serta boleh dipindah dari satu tempat ket tempat yang lain. Sebagai contoh, pecutan tangan digunakan untuk menghayun raket tenis dan momentum yang dihasilkan itu dipindahkan kepada bola tenis dan seterusnya menukar arah pergerakan bola tenis tersebut.


Pemain rugby bertubuh kecil boleh bergerak lincah dan dapat mengelak dari pemain lawan yang jauh lebih besar. Ini disebabkan pemain yang bertubuh kecil mempunyai momentum yang lebih rendah bagi memudahkan baginya menukar arah pergerakan. Jisim yang lebih berat sukar digerakkan tetapi jika ianya digerakkan maka adalah sukar untuk mengubah arah atau mengehentikan pergerakannya. 


Momentum merupakan sifat yang ada pada setiap objek. Momentum berkadar terus dengan jisim serta berkadar terus dengan halaju. Sebagai contoh, dalam sukan gusti sumo Jepun, kedua-dua ahli gusti akan memecut ke arah pusat bulatan gelanggang dan sesiapa yang ditolak keluar dianggap kalah. Objektif sukan ini adalah untuk mengubah momentum diri dan pihak lawan, oleh itu jisim yang besar adalah penting dalam sukan ini.




Kedua-dua ahli gusti sumo akan bertembung di tengah-tengah bulatan gelanggang, dan kita menjangkakan ahli sumo yang berjisim lebih rendah akan ditolak keluar gelanggang, tetapi kedua-dua pihak tidak dapat menolak mana-mana pihak ke belakang. Ini disebabkan momentum selain bergantung kepada jisim tetapi ianya bergantung juga kepada halaju. Ini bermaksud mereka berlanggar dengan momentum yang sama. Memontum = mv. Sekiranya ahli gusti di sebelah kiri berjisim 246 kg dan halaju pergerakan 2.0 m/s, maka pihak lawan yang berjisim 123 kg perlulah menggandakan halaju pergerakannya iaitu 4.0 m/s atau lebih.


Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...