Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Selasa, 14 Jun 2011

KHASIAT TELUR : Siri 1


Jika kita pergi ke jemputan kahwin, kita akan diberi bunga telur atau sebiji telur terutamanya kepada tetamu “istimewa”. 

Ini menunjukkan betapa telur mempunyai martabat yang amat tinggi di kalangan masyarakat Melayu. 

Mungkin secara kebetulan sahaja, adat orang-orang Melayu menjadikan telur sebagai lambing kepada kesuburan dan kekayaan terutamanya kepada sepasang suami isteri yang akan menempuh alam rumahtangga. 

Zaman dahulu masyarakat Melayu sebenarnya mengetahui betapa berkhasiatnya telur dan menjadikan ianya sebagai komiditi yang sangat berharga. 

Setiap ayam betina peliharaan, akan dibuatkan “tarang” iaitu berupa sarang untuk ayam-ayam peliharaannya bertelur dengan selesa. 

Ayam yang sedang bertelur akan ‘ditatang seperti minyak yang penuh” 

Ramai orang takut memakan telur kerana keinginan mereka untuk kekal langsing atau dengan kata terus-terangnya ‘takut gemuk’. 

Jika mereka ingin memakan telur, mereka akan memakan bahagian putih telur sahaja sementara bahagian kuning telur akan dibazirkan begitu sahaja. 

Hipotisis mereka mengatakan, dengan memakan bahagian kuning telur, tubuh mereka akan bertambah “montel” di sebabkan kandungan kolestrol yang dikatakan tinggi. 

Mereka telah terbawa-bawa dengan kaedah ujikaji matapelajaran sains di dalam makmal semasa di bangku sekolah, di mana kuning telur akan diletakkan di atas kertas surih dan didedahkan kepada cahaya Matahari. 

Keputusannya, kertas surih tersebut akan menyerap minyak dari kuning telur. 

Chegu yang mengajar sains tersebut terus membuat keputusan bahawa kuning telur mengandungi banyak minyak, dan seterusnya mengandungi banyak lemak dan seterusnya boleh memudaratkan tubuh badan dan akhir sekali telur kuning merupakan makanan yang tidak baik untuk kesihatan. 

Kemungkinan itulah yang menyebabkan tanggapan nagetif saya dan sebahagian besar dari masyarakat kita terhadap kuning telur.

Zaman serba moden ini, setelah dibuat kajian dan telah diujikaji di dalam makmal, telur ayam sememangnya merupakan satu-satunya makanan semula jadi yang sangat berkhasiat dan juga antara sumber protein yang paling baik di muka bumi ini.   

Dalam tiga daripada empat kaedah saintifik yang lazim diguna untuk mengukur kualiti protein, telur memperolehi skor yang jauh lebih tinggi dari sumber-sumber protein lain seperti susu, daging lembu, daging kambing, daging khizir, whey, malt dan soya. 


Selain daripada mengandungi kesemua sembilan asid amino, 15 jenis vitamin dan kolestrol kuning telur mengandungi tujuh nutrient istimewa antaranya: 

  • Cholin dan Phosphatodylcholine – memelihara kesihatan otak, jantung hati dan membrane sel. 
  • Lutin dan Zeoxanthin – memelihara kesihatan mata; Sulfur – memelihara kesihatan rambut dan kuku.
  • Selenium dan Transfer Factor _ menguatkan immunity untuk melawan kanser

Telur, makanan yang paling berkhasiat, lazat dan amat ringkas untuk disediakan di dalam sajian seharian. Dulu semasa di kolej, ianya merupakan menu utama bersama mee segera, cepat dimasak dan sedap dimakan dan jimat belanja. Tidak ada rakan-rakan kita yang gemuk dan mati disebabkan kerap memakan telur dan sehingga sekarang sihat walafiat... yang penting bersenam.


Sebenarnya kuning telur mempunyai banyak khasiat dan menafaat kepada tubuh. Di dalam bahagian kuning telur terkandung choline dan phosphytidylcholine yang membantu mengelak longgokan kolestrol dan lemak di dalam hati dan pembuluh darah. 

Choline juga membentuk metabolite dipanggil betaine yang berfungsi mengurangkan homocystin, salah satu faktor yang menyebabkan serangan jantung. 

Menurut Havard Medical School Guide to Healthy Eating, tidak pernah ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa orang memakan telur dengan banyak mendapat lebih banyak serangan jantung daripada orang yang memakan sedikit telur. 

Jadi selepas ini, janganlah dibazirkan kuning telur tersebut, gaulkan dengan nasi panas bersama kichap soya…..mmmm betapa lazatnya sehinggakan mak mertua garang lalu kat belakaang kita tak nampak.


Inilah dia Nasi Lemak dengan Sambal Tumis dan Telur Mata Lembu makanan kebanggaan masyarakat Melayu turun-temurun. Dahulu menjadi penyambung tenaga untuk berkerja mengerah kudrat empat kerat. Sekarang dikata penyebab utama murid-murid di Malaysia menjadi gemuk pulak.

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...