Kawalan Motor merupakan bidang kajian berkaitan pergerakan atau tindakan yang dapat dihasilkan dengan adanya kemampuan seseorang individu. Sistem tubuh badan adalah berkaitan rapat dengan unsur persekitaran untuk menghasilkan pergerakan yang sempurna. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi system tubuh adalah : Visual – melibatkan rangsangan yang dihasilkan oleh reseptor sensori; Vestibular – berpusat pada organ telinga yang mengawal system keseimbangan selain otak; Kinestatik – melibatkan tindakan antara fizikal dengan system saraf pusat juga dikenali sebagai somatosensori. Peranan persekitaran dalam kawalan motor terbahagi kepada: Rangsangan – berbentuk maklumat yang dikesan daripada persekitaran di mana rangsangan disalurkan melalui reseptor sensori; Daya Fizikal – wujud secara natural di mana penghasilannya bergantung pada cara memanipulasikan daya.Rangsangan yang wujud daripada persekitaran dapat ditafsirkan oleh sistem persepsi. Sistem ini berbeza antara atlet elit dengan atlet novis. Contohnya, di dalam permainan bola futsal, seorang penyerang telah menerima bola pada sudut yang sukar untuk menjaringkan gol. Sekiranya pemain itu mempunyai banyak pengalaman dan berkemahiran tinggi maka dia dapat bertindak dengan bijak untuk menjaringkan gold dan sebaliknya. Sistem Aksi dapat direalisasikan oleh system persepsi. Setelah mentafsir rangsangan yang diterima, system biologi merangsang system aksi untuk bertindak balas dengan cepat dan bijak tetpi bergantung pada penguasaan kemahiran motor oleh atlet terlibat.
Disclaimer
SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.
Label
Langgan:
Catatan (Atom)
Featured post
Metos Makan Waktu Malam
Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...