Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Selasa, 3 Mei 2011

Makan di Luar : Pilih Secara Bijak

Makan di luar telah menjadi perkara biasa bagi penduduk Malaysia. Amatlah penting bagi memastikan makanan tersebut berkhasiat di samping kelazatannya. Dengan mempelbagaikan pilihan makanan akan memastikan tubuh anda memperolehi zat-zat dan khasiat yang diperlukan. Jangan hanya memakan satu jenis makanan dengan banyak. Tiada makanan yang perlu dihindari kecuali atas sebab-sebab kesihatan. Pilihan yang bijak akan menjamin kesihatan anda dan tidak perlu untuk menghindari makanan kesukaan anda. Nikmatilah suasana makan di luar anda dan nikmatilah makanan anda. Jika anda ingin mengurangkan berat badan, perhatikan apa yang anda makan dan imbangkan dengan aktiviti fizikal. Pelbagaikan pilihan makanan yang rendah lemak dan tingkatkan kegiatan fizikal.

Bila makan di luar, pilihlah permis makanan dan gerai yang bersih serta mengamalkan kebersihan makanan. Berhati-hati dan pilihlah permis makanan: Terletak jauh dari jalan raya; bebas dari haiwan yang berkeliaran seperti kucing, anjing, lalat, lipas, tikus dan habuk serta asap. Dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan air yang bersih, elektrik, longkang yang tidak tersumbat, tong sampah yang bersih dan kemas, tandas yang bersih, bag plastik bagi membuang sisa makanan; Menggunakan peralatan yang bersih dan sesuai serta meja yang bersih; Menutup makanan yang telah dimasak; Pastikan perkerja-perkerja permis makanan tersebut mendapat suntikan daripada Kementerian Kesihatan, kemas, bersih, menutup kepala, tidak memakai cincin, tidak merokok, memakai kasut yang bersih, memakai pakaian yang bersih, bebas dari penyakit kulit AWAS!!!! kepada penggemar kedai yang beroperasi 24 jam, pandang-pandang dan lihat-lihatlah persekitaran permis serta perkerja yang diimport dari luar, jika anda berselera juga ...tepuk dada tanyalah selera. Kesihatan dan keselamatan makanan yang dimakan adalah di atas diri kamu sendiri.




Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...