Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Jumaat, 19 April 2013

TEORI PENGUNCUPAN OTOT RANGKA






Apabila otot mengecut, didapati kawasan pertindihan antara myosin dan aktin (zon gelap) bertambah lebar. Zon terang (zon H) bertambah sempit. Garis Z menjadi bertambah dekat di antara satu sama lain. Ketiga-tiga pemerhatian di atas boleh dijelaskan dengan hipotesis bahawa aktin yang teratur mengelilingi myosin bergelungsur kea rah tengah myosin.




Proses pengelungsuran filament boleh dihuraikan berasaskan tahap molekul iaitu terdapat bebola unjuran di kedua-dua hujung myosin. Apabila pengecutan berlaku, setiap unjuran ini akan melekat pada aktin yang terdekat.  Pelekatan unjuran myosin dengan molekul aktin disebut cross bridge


Tiada cross bridge kelihatan semasa otot tidak menguncup. Setiap unjuran dibekalkan dengan satu molekul ATP. Apabilaa arahan diterima supaya otot mengecut, unjuran myosin melekat pada aktin dan pemecahan molekul ATP akan membekalkan tenaga untuk membengkokkan unjuran ke arah tengah myosin. Ini mengakibatkan aktin mengelungsur ke arah tengah myosin.


Kemudiannya, unjuran myosin melepaskan lekatannya dengan aktin, kembali ke posisi asal (posisi sebelum membengkok) dibekalkan dengan ATP baru dan kemudiannya melekat ke tempat baru pada aktin. Unjuran membengkok semula dan seterusnya menyebabkan pengelungsuran.


Sesuatu otot yang mengecut sepenuhnya akan memendek sebanyak 20% dan memerlukan cross bridge mengulangi proses ini beribu-ribu kali di dalam masa beberapa milisaat. Ca++ diperlukan dalam pengecutan otot kerana ion ini menyebabkan pembentukan cross bridge. Semasa pengecutan otot tidak berlaku, tiada Ca++ dipersekitaran myofibril.








Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...