Di kenali sebagai hukum pecutan (Law of Acceleration). Hukum ini menyatakan, apabila sesuatu objek dikenakan suatu daya, ia akan bergerak ke arah yang sama dengan daya berkenaan. Pecutan adalah berkadar terus dengan daya yang di kenakan dan berkadar songsang dengan saiz dan jisim objek tersebut.
Ciri-ciri hukum ini ialah: (i) F (daya); (ii) Jisim (m); (iii) Pecutan (a) dan hubungan antara ciri-ciri tersebut ialah F = ma
Hukum pecutan ini amat penting kerana di dalam sukan, setiap atlet sering menggerakkan tubuh mereka bersama peralatan seperti raket, lembing, cakera, bola dan sebagainya. Atlet perlu tahu apakah kesan penggunaan hayunan yang lembut berbanding dengan hayunan yang keras dan kuat. Umpamanya, adakah raket atau bola boling yang berat lebih berkesan berbanding yang lebih ringan?
Inersia juga berkadar langsung dengan berat sesuatu peralatan sukan yang digunakan. Maka raket atau bola boling yang lebih berat adalah lebih sukar diubah kedudukan dan pecutannya. Peralatan sukan yang lebih berat, lebih sukar untuk dihayun, dilontar atau diputarkan tetapi jika ianya digerakkan, peralatan tersebut mempunyai momentum yang lebih besar. Begitu juga dengan atlet bertubuh besar, gerakan mereka adalah lebih sukar untuk diubah arah atau dihentaikan.
Dari persamaan ini, adalah jelas bahawa momentum (daya) yang dihasilkan dalam satu hayunan raket tenis adalah bergantung kepada berat raket dan pecutan raket berkenaan (kekuatan hayunan tangan). Raket yang berat adalah sukar dihayun tetapi tidak banyak tenaga diperlukan untuk menghasilkan pukulan yang sama kencang dengan sebatang raket yang lebih ringan (hayunan lebih kuat dan tenaga lebih banyak diperlukan). Ramai pemain tenis profesional menggunakan raket yang lebih berat kerana otot-otot tangan mereka lebih kuat untuk menghayun raket yang lebih berat dan dengan itu berkebolehan membuat pukulan bola yang lebih kencang dengan lebih mudah.
Pemilihan raket berat biasanya digunakan oleh pemain yang gemar bermain secara rali di garisan belakang kerana dengan menggunakan raket yang berat, pemain tersebut tidak akan membebankan dan seterusnya mencederakan otot-otot tangannya untuk melakukan beratus-ratus pukulan dari garisan belakang di dalam satu-satu kejohanan Grand Slam.
Bagi pemain profesional yang gemar bermain secara menyerang ke arah net, mereka akan memilih raket yang lebih ringan kerana raket yang lebih ringan dapat digerakan dengan lebih mudah dan pantas. Selain itu, pemain-pemain ini mempunyai kekuatan otot-otot tangan yang lebih kuat yang membolehkannya menghayun raketnya dengan lebih pantas untuk menghasilkan pukulan bola yang kuat.
Momentum hanyunan raket akan di alih kepada bola dan saiz momentum inilah yang menentukan halaju bola tersebut. Momentum bergantung kepada jisim dan halaju bola berkenaan. Halaju pula ditentukan oleh daya yang digunakan untuk menggerakan bola tersebut.